383 SM
Milenium: | milenium pertama SM |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
Peristiwa
suntingMengikut tempat
suntingYunani
sunting- Raja Amyntas III dari Macedon, membuat perikatan sementara dengan Liga Chalcidice. Sparta yang dasarnya adalah untuk memecahbelahkan Yunani, menghantar sebuah ekspedisi ke utara untuk mengganggu Liga Chalcideice, sebuah gabungan kota-kota semenanjung Chalcidice yang terletak di arah timur Macedon.
- Phoebidas, komander Sparta yang sedang merentasi Boeotia dalam kempen ketenteraannya, mengambil kesempatan daripada persengketaan awam di Thebes untuk memasuki kota itu dengan askar-askarnya, Sebaik sahaja mereka berada di dalam kota itu, beliau menawan Cadmeia (kubu kota Thebes), dan memaksa puak anti-Sparta untuk melarikan diri daripada kota itu. Kerajaan Thebes diletakkan di tangan puak pro-Sparta yang dibantu oleh sebuah garison Sparta yang ditempatkan di Cadmeia. Banyak daripada bekas pemimpin Thebes dibuang negeri. Epaminondas, walaupun dikaitkan dengan puak anti-Sparta, dibenarkan tinggal.
Mengikut topik
suntingAstronomi
sunting- Kitaran qamari 19-tahun diperkenalkan ke dalam takwim Babylonia.
Agama
sunting- Sejarah Buddhisme - Majlis Buddhisme Kedua diadakan oleh Raja Kalasoka di Vaisali.