McDonnell-Douglas (kini Boeing) A-4 Skyhawk adalah sejenis pesawat penyerang yang direka khusus untuk beroperasi dari kapal induk Tentera Laut Amerika Syarikat. Kapal terbang ini masih berada dalam perkhidmatan dengan angkatan tentera beberapa buah negara lain seperti Argentina

A-4 Skyhawk
Pesawat A-4M Skyhawks Milik Kor Marin A.S
Peranan Pesawat serangan darat
Pengeluar Douglas Aircraft Company
McDonnell Douglas
Direka oleh Ed Heinemann
Penerbangan sulung 22 Jun 1954
Diperkenalkan Oktober 1956
Dihentikan 2003, Tentera Laut Amerika Syarikat
1998, Kor Marin Amerika Syarikat
Status Aktif dengan pengguna selain A.S
Pengguna utama Tentera Laut Amerika Syarikat
Kor Marin Amerika Syarikat
Jumlah dibina 2,960
Kos seunit AS$860,000 bagi 500 unit pertama
Kelainan A-4AR Fightinghawk
A-4SU Super Skyhawk

Sejarah

sunting

Pesawat A-4 Skyhawk dicipta oleh Ed Heinemann untuk memenuhi keperluan Tentera Laut Amerika Syarikat yang mencari kapal terbang bagi menggantikan pesawat A-1 Skyraider. Ed Heinemann memilih untuk mencipta pesawat yang paling ringan dan paling kecil dan paling mudah dikendalikan. Hasilnya, pesawat A-4 Skyhawk ciptaan Ed Heinemann hanya separuh daripada berat yang ditetapkan oleh Tentera Laut dan buka sayapnya kecil sehingga tidak memerlukan sayapnya dilipat untuk simpanan dalam hangar kapal. Kelasakan pesawat ini memberikan jolokan "Scooter".

Dalam tahun 1952, Tentera Laut memberikan kontrak kepada McDonnell-Douglas untuk pembekalan kapal terbang A-4 Skyhawk. Penerbangan sulung dilakukan pada 22 Jun 1954 dan penghantaran kepada skuadron Tentera Laut Amerika Syarikat dan Kor Marin Amerika Syarikat bermula pada akhir tahun 1956. Skyhawk berterusan dibuat sehingga tahun 1975 dengan 2960 unit dibina, termasuk 555 pesawat dua tempat duduk.

Semasa penerbangan sulungnya pesawat A-4 Skyhawk didorong oleh enjin Curtiss-Wright J65-W-2 dengan tujahan 7,200 lb. Model pengeluaran A-4A menggunakan enjin-enjin J65-W-4 yang lebih berkuasa dengan tujahan 7,700 lb. pesawat pertama memasuki khidmat peringkat skuadron diserahkan kepada VA-72 dalam bulan Oktober 1956. Ketika dalam siri program ujian A-4A mencatatkan rekod kelajuan 695.163 bsj (1,112.260 kmj) melintasi litar tertutup sejauh 500 batu.

Model A-4B dilengkapkan dengan keupayaan mengisi minyak semasa penerbangan, dan beberapa pengingkatan kekuatan strukturnya. Model A-4C mempunyai peralatan radar di bahagian muncung dan sebuah kerusi lenting yang lebih baik. Model A-4E pula menggunakan enjin Pratt and Whitney J-52 dengan tujahan 8,500 lb yang lebih ekonomi dalam penggunaan bahan api, membolehkannya meningkatkan jarak penerbangan sebanyak 25%. Model TA-4 Skyhawk adalah versi latihan dengan dua tempat duduk.

Tentera Laut mula menarik baik pesawat A-4 Skyhawk daripada perkhidmatan skuadron dalam tahun 1967 untuk penggantian dengan pesawat A-7 Corsair II. Kor Marin terus menggunakan pesawat A-4 Skyhawk sehingga pertengahan tahun 1990-an apabila ia digantikan oleh pesawat AV-8 Harrier.

Pengguna

sunting

Tentera Udara Diraja Malaysia

sunting
 
A-4 Skyhawk Tentera Laut A.S.


Dalam tahun 1982, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan pembelian 80 buah kerangka A-4C dan A-4L yang sebelumnya digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat yang disimpan di Pengkalan Udara Davis Monthan untuk pengubahsuaian kepada satu standard A-4PTM (Peculiar to Malaysia). Program ini adalah sebahagian daripada program pembesaran 'Perista' Angkatan Tentera Malaysia.

40 daripada kerangka tersebut dimodenkan dan dibaikpulih oleh Grumman Bethpage sementara yang selainnya disimpan untuk kegunaan alat ganti dengan 34 buah A-4PTM dan 6 buah pesawat TA-4PTM dibina. Antara penambahbaikan yang dibuat adalah pemasangan komputer pengeboman Hughes ARBS, kelengkapan radio baru dan keupayaan membawa lebih banyak ordnans. Pesawat A4-Skyhawk mula dihantar kepada TUDM dalam bulan Disember 1984 dan ditempatkan di TUDM Kuantan dan berkhidmat dengan Skuadron No. 6 dan skuadron No. 9 TUDM.

Pesawat A-4 Skyhawk PTM yang digunakan TUDM menggunakan enjin Wright J65-W-420 yang telah diubahsuai dengan tujahan 3,465 kg dan mampu terbang pada kelajuan 1,083 kmj. A-4PTM juga dilengkapi dengan alat mengisi minyak dalam penerbangan daripada pesawat induk KC-130H Hercules atau dari pesawat Skyhawk lain yang dipasangkan dengan buddy tank. Malangnya pesawat A-4 Skyhawk mengalami pelbagai masalah senggaraan sepanjang perkhidmatannya dengan TUDM dan mengalami kadar kemalangan yang agak tinggi yang berakhir dengan kematian juru terbang. Berikutan itu, pesawat A-4 Skyhawk dihentikan perkhidmatannya apabila TUDM menerima pesawat BAE Hawk 108 dan Hawk 208 untuk peranan serangan darat.

Spesifikasi (A-4F Skyhawk)

sunting
 
Orthographically projected diagram of the A-4 Skyhawk.

Data dari globalsecurity.org

Ciri umum

  • Anak kapal: 1 (2 bagi model TA-4J, TA-4F, OA-4F)
  • Panjang: 40 kaki 3 in (12.22 m)
  • Rentang sayap: 26 kaki 6 in (8.38 m)
  • Tinggi: 15 kaki (4.57 m)
  • Sayap luas: 259 kaki² (24.15 m²)
  • Aerofoil: NACA 0008-1.1-25 pangkal, NACA 0005-0.825-50 hujung
  • Berat kosong: 10,450 lb (4,750 kg)
  • Berat berisi: 18,300 lb (8,318 kg)
  • Berat berlepas maksimum: 24,500 lb (11,136 kg)
  • Loji kuasa:Pratt & Whitney J52-P8A turbojet, 9,300 lbf (10,000+ USMC A-4M and OA-4M) (41 kN)

Prestasi

Persenjataan

Lihat juga

sunting

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting