A. Romzi
A. Romzi dilahirkan di Singapura pada tahun 1946. Beliau adalah salah satu penyanyi era pop yeh yeh yang popular di tahun 1960an hingga awal 1970an, selain turut membuat kemunculan semula di pertengahan tahun 1980an.
A. Romzi | |
---|---|
Latar belakang | |
Juga dikenali sebagai | A. Romzi |
Pekerjaan | Penyanyi |
Tahun aktif | 1960an - pertengahan 1980an |
Pada tahun 1967, A. Romzi membuat rakaman pertama bersama kumpulan The Hooks The Hooks di bawah naungan syarikat EMI Singapura. Empat lagu yang dirakam dalam rekod tersebut ialah Dendang Remaja, Zunika, Menanti Dewi dan Sengsara. Lagu Dendang Remaja dan Zunika telah mendapat sambutan hangat di kalangan para peminat dan kekal popular hingga kini.
Di tahun itu juga, mereka diundang membuat persembahan oleh Shaw Brothers' Malay Film Production dalam filem A-Go-Go 67 di mana mereka menyanyikan lagu Ratapanku. Lagu ini juga dimasukkan dalam sebuah rekod SP juga terbitan EMI Singapura.
Selepas dari itu, mereka menghasilkan dua buah rekod EP keluaran 1968. Salah satu darinya mengandungi lagu bertajuk Ada-Ada yang menimbulkan kontroversi apabila ia diharamkan daripada siaran Radio Singapura pada 1970. Pengharaman siaran lagu itu berpunca daripada pelancaran Kempen Anti Narkotik (ganja) oleh Kementerian Kebudayaan Singapura, kerana dakwaan bahawa senikata lagu itu dikatakan "mengandongi unsor2 yang memuja penggunaan ganja"[1]
Mulai 1970, A. Romzi mula merakam dengan Malaysian Musical Industries (MMI) bersama kugiran The Wanderers. Selain membuat satu EP solo, beliau juga merakam tiga rekod EP dengan menyanyi berpasangan dengan S. Roha. Lagu duet mereka, Usek-Mengusek Membawa Bahgia, mendapat sambutan hangat. Mereka akhirnya berumahtangga, namun jodoh mereka tidak panjang.
Setelah menyepi lama, pada tahun 1986, A. Romzi dipelawa merakam lagu duet bersama Datuk Ramli Sarip di bawah label WEA. Lagu mereka berdua, Bukan Kerana Nama, mendapat sambutan hangat. Pada tahun berikutnya, A. Romzi membuat album solo bersama WEA, selain sebuah lagi album duet bersama seorang penyanyi orang kurang upaya (OKU) penglihatan bernama Suhaime Roa.
Kemudian A. Romzi menyepi lagi kerana mengikuti aktiviti-aktiviti keagamaan. Rakaman terakhir beliau ialah pada tahun 2001 bertajuk Nada Solawah.
Pada masa kini, A. Romzi menetap di Singapura.
Album
sunting- Bersama The Hooks: 3 EP, 1 SP dan 1 CD kesemuanya keluaran EMI Singapura
- Bersama The Wanderers: 1 EP solo, 3 EP duet bersama S. Roha. Kesemuanya keluaran MMI.
- Bersama Datuk Ramli Sarip (1 album), Suhaime Roa (1 album dan 1 album solo A. Romzi sendiri. Kesemuanya keluaran WEA.
- Nada Solawah keluaran 2001
Lagu-lagu (antaranya)
sunting- Zunika
- Dendang Remaja
- Menanti Dewi
- Sengsara
- Ke Tanah Suci
- Burulah
- Katakan Padaku
- Ratapanku
- Sepuluh Budak Hitam
- Alam Baru
- Usek Mengusek Membawa Bahgia (duet dengan S. Roha)
- Bukan Kerana Nama (duet dengan Datuk Ramli Sarip)
Pautan luar
suntingJika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.