AKB48

kumpulan idola Jepun

AKB48 (dipendekkan daripada akihabara48) merupakan kumpulan idola remaja wanita Jepun yang diasaskan oleh Akimoto Yasushi. Kumpulan ini juga merupakan kumpulan pop wanita terbesar di dunia telah tercatat dalam Rekod Dunia Guinness. Kumpulan ini merupakan kumpulan idola Jepun yang paling popular di Jepun pada masa ini.

AKB48
AKB48 di Los Angeles pada Julai 2010
Latar belakang
Berasal dariAkihabara, Tokyo, Jepun
GenreJ-pop
Tahun aktif2005 - kini
Syarikat rakaman
AKS (2005 - kini)
DefSTAR Records (Oktober 2006 - Jun 2008)
You, Be Cool! / King Records (Ogos 2008 - kini)
Pengkarya berkait
SKE48
SDN48
NMB48
JKT48
HKT48
SNH48
Nogizaka46
NGT48
BEJ48
GNZ48
MNL48
BNK48
TPE48
Keyakizaka46
AhliSenarai Anggota AKB48
Bekas ahliBekas Anggota Kumpulan

Penubuhan AKB48 datang daripada idea Akimoto Yasushi. AKB48 membuat konsert sekali-sekala dan kebanyakannya dilihat di televisyen, mempunyai teater sendiri dan melaksanakan persembahan di sana pada setiap hari; peminat sentiasa dapat pergi dan melihat artis-artis idaman mereka secara langsung. Pada masa ini, AKB48 masih melakukan persembahan di teater pada setiap hari. Walau bagaimanapun, kerana permintaan yang besar, tiket hanya diedarkan melalui loteri.

Sejarah sunting

Pada bulan Julai 2005, Akimoto Yasushi mengadakan sebuah uji bakat untuk sekumpulan idola perempuan berdasarkan teater. Daripada 7,924 orang yang mendaftar, hanya 45 orang yang telah berjaya dalam pusingan pertama. Akhirnya, hanya 24 orang sahaja yang terpilih untuk menganggotai kumpulan. Pada bulan Disember 2005, kumpulan ini telah muncul buat pertama kalinya di dalam teater mereka dengan hanya 20 orang ahli, yang kemudiannya dikenali sebagai Team A. Pada Januari 2006, Shinoda Mariko menyertai kumpulan ini lalu menjadi anggota terbaru Team A. Uemura Ayako dan Usami Yuki kemudiannya keluar (graduated) pada tahun yang sama.

Pada bulan Disember 2005, uji bakat baru telah diumumkan dan dijalankan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi Jepun, NTT DoCoMo. Uji bakat ini merupakan uji bakat pertama di mana setiap peserta dikehendaki menghantar video penyertaan mereka melalui telefon bimbit. 19 daripada 11,892 penyertaan telah dipilih untuk menyertai AKB48, tetapi hanya 18 orang sahaja yang dapat menyertai kumpulan ini yang dikenali sebagai Team K pada April 2006.

Pada Oktober 2006, dilansir[[:]] daripada blog Kibezine.com, satu lagi uji bakat telah diadakan untuk mewujudkan Team B dan 18 anggota baru telah menyertai pada Disember 2006.

AKB48 muncul dengan album single pertama mereka, Sakura no Hanabiratachi pada Februari 2006 yang mencatat tangga #10 dalam carta Oricon dan 22,011 unit telah dijual dalam minggu pertama – sesuatu yang amat mengejutkan bagi satu kumpulan di bawah label bebas. Pada Ogos 2006, mereka menandatangani kontrak dengan DefSTAR Records, satu label sebahagian daripada Sony Music Entertainment. Single pertama mereka di bawah DefSTAR Records, Aitakatta, telah dikeluarkan pada 25 Oktober 2006 dan mencapai tangga #12 carta Oricon.

Pada bulan Disember 2006, satu perubahan telah dilakukan ke atas ketiga-tiga kumpulan; Urano Kazumi, Watanabe Shiho, dan Hirajima Natsumi daripada Team A telah dimasukkan ke dalam Team B. Ori Ayumi telah keluar (graduated), tetapi muncul bersama unit Crayon Friends from AKB48 selepas keluar.

Pada 31 Januari 2007, single keempat AKB48 (kedua di bawah DefSTAR Records), Seifuku ga Jama wo Suru telah dikeluarkan dan mencapai tangga ke-7 Oricon iaitu yang tertinggi setakat ini. Terdapat spekulasi menyatakan lirik dan video muzik menggambarkan "enjo kosai" – iaitu pelacuran bawah umur secara rela, tetapi andaian ini tidak pernah dinyatakan kesahihannya. Single yang seterusnya, Keibetsu Shiteita Aijou, menggambarkan tema pembulian melalui lirik dan video muzik.

Pada April 2007, Team B telah dimasukkan ke dalam laman sesawang rasmi AKB48, dengan kekurangan sebanyak lima orang anggota. Kekurangan ini menyebabkan bilangan kesemua anggotanya turun daripada 53 orang kepada 48 orang, yang menggambarkan nama kumpulan itu sendiri.

Imai Yu, Hoshino Michiru dan Takada Ayana telah keluar (graduated) lebih kurang pada waktu yang sama, iaitu pada Jun 2007. Walau bagaimanapun, Takada telah muncul dalam video muzik single keenam BINGO!, yang dikeluarkan pada 18 Julai 2007.

Pada 21 Oktober 2009, AKB48 memasarkan single RIVER dan merupakan single pertama AKB48 mendapat tempat pertama dalam carta mingguan Oricon dan juga mendapat jualan single tertinggi kumpulan wanita pada tahun 2009.

Pada 31 Disember 2009, AKB48 membuat persembahan lagu RIVER-Surprise special remix di 60th NHK Kouhaku uta gassen. Seramai 72 orang ahli (kesemua ahli AKB48, Kenkyusei dan 3 ahli SKE48) mengambil bahagian untuk membuat persembahan itu.

Kumpulan ini telah mengeluarkan single ke-25 mereka, "GIVE ME FIVE!", pada 15 Februari 2012. Single ini telah memilih 18 orang anggota untuk menghabiskan enam bulan belajar bagaimana untuk bermain peralatan muzik supaya mereka boleh melaksanakan lagu ini dan menubuhkan kugiran "Baby Blossom". Lagu ini pertama kali disaksikan pada hari terakhir konsert AKB48 Request Hour Set List Best 100 2012 di Tokyo Dome City Hall.

Pada 24 Mac 2012, 5 orang pelajar Kenkyuusei telah menjadi anggota rasmi Team 4, seterusnya mengisi sehingga 16 slot dalam kumpulan tersebut. Dua orang anggota dilantik sebagai anggota AKB48 iaitu Matsui Jurina daripada SKE48 Team S (Team K) dan Watanabe Miyuki daripada NMB48 Team N (Team B) untuk menggantikan Hirajima Natsumi dan Yonezawa Rumi, yang telah meninggalkan kumpulan itu sebelum ini kerana masalah skandal. Dalam pengumuman yang sama, telah didedahkan bahawa AKB48 akan membuat persembahan di Tokyo Dome buat kali pertama. Persembahan di Tokyo Dome telah menjadi salah satu matlamat utama kumpulan itu sejak penubuhannya. Persembahan ini telah berlangsung dari 24 Ogos hingga 26 Ogos 2012.

Dalam pengumuman yang sangat mengejutan, didedahkan bahawa Maeda Atsuko akan tamat pengajian (graduasi) daripada AKB48 pada 25 Mac. Pengumuman ini telah dilaporkan secara meluas di media Jepun, termasuk akhbar-akhbar utama Jepun. Khabar angin juga merebak bahawa pelajar dari Universiti Tokyo telah membunuh diri kerana berita ini, walaupun berita itu kemudiannya terbukti palsu. Kemudian, telah didedahkan bahawa Maeda akan meletak jawatan secara rasmi selepas Konsert AKB48 Tokyo Dome 2012 pada 27 Ogos 2012. Pada keesokan harinya, telah diumumkan bahawa Pilihan Raya Senbatsu Ke-4, yang akan menampilkan 243 orang anggota daripada AKB48 dan kumpulan kembarnya (SKE48, NMB48, dan HKT48) akan mengambil tempat pada 6 Jun 2012.

Pada 23 April 2012, kumpulan baru dari negara yang ketiga telah diumumkan. Kumpulan tersebut dinamakan SNH48, yang berpangkalan di bandar Shanghai, China. Pada 23 Mei 2013, single ke-26 "Manatsu no Sound Good" mula dipasarkan. Pada hari tersebut, single ini telah menjual 1,170,554 buah salinan dan merupakan single yang ke-3 menjual melebihi 1 juta salinan. Pada 17 Jun 2012, Sashihara Rino telah dipindahkan kepada HKT48 sebagai "mula semula" kerana skandal yang didakwa melibatkan bekas teman lelaki beliau. Persembahan terakhir beliau di AKB48 telah diadakan pada Julai 2012. Pada 24 Jun 2012, enam orang pelajar Kenkyuusei generasi 10 dan 11 telah dinaikan pangkat. Kumpulan yang ditugaskan mereka belum diumumkan. Selain itu, Pertandingan Janken (Batu-Gunting-Kertas) kali ke-3 telah berlangsung pada 18 September 2012.

Pada 15 Ogos 2012, kumpulan ini telah mengeluarkan album ke-4 (album studio ke-2), 1830m. Pada 24 Ogos 2012, hari pertama yang ditunggu-tunggu oleh anggota AKB48 iaitu siri konsert Tokyo Dome AKB48 2012 dan juga rombakan antara pasukan telah diumumkan. Team 4 telah dibubarkan lalu anggotanya dipindahkan kepada Team A, K, dan B. Juga, Oota Aika dipindahkan ke HKT48, Takajo Aki dan Nakagawa Haruka ke JKT48, Miyazawa Sae dan Suzuki Mariya ke SNH48. Takahashi Minami telah dilantik sebagai ketua pemimpin kumpulan AKB48, SKE48, NMB48, HKT48, JKT48, dan SNH48 manakala Mariko Shinoda telah menggantikan beliau sebagai kapten Team A, kapten baru Team K ialah Oshima Yuko, dan kapten baru Team B ialah Umeda Ayaka, yang telah dipindahkan dari Team K. Pada 27 Ogos 2012, Maeda Atsuko telah graduasi pada hari selepas konsert Tokyo Dome AKB48 selama tiga hari. Pada 29 Ogos 2012, single ke-27 "Gingham Check" dipasarkan dan jualan pada hari tersebut sebanyak 906,617 buah salinan.

Pada 18 September 2012, Pertandingan Batu-Gunting-Kertas telah berlangsung. Shimazaki Haruka menjadi juara dalam pertandingan tersebut. Pada 31 Oktober 2012, single ke-28 "UZA" mula dipasarkan. Pada bulan Oktober 2012, AKB48 telah menyanyi lagu penutup tema iaitu "Sugar Rush" untuk filem Disney, Wreck-It Ralph. Pada 5 Disember 2012, single ke-29 "Eien Pressure" mula dipasarkan.

Pada 26 Januari 2013, pada hari ketiga pada konsert AKB48 Request Hour Set List Best 100 2013 di Tokyo Dome City Hall, AKB48 dan kumpulan kembarnya telah membuat satu siri konsert secara langsung yang bertajuk AKB48 Guruupu Rinji Soukai 〜 Shirokuro Tsukeyou Janai Ka!〜 di Nippon Budokan pada akhir bulan April 2013. Pada hari berikutnya, pengumuman telah dibuat mengenai AKB48 Super Festival, acara siaran langsung terbuka di Nissan Stadium (Stadium Yokohama) pada bulan Jun. Stadium ini boleh menumpang lebih 70,000 orang penonton dan AKB48 akan menjadi artis wanita pertama untuk mengadakan konsert langsung solo di sana.

Pada 31 Januari 2013, diumumkan melalui blog rasmi AKB48 bahawa Minegishi Minami telah diturunkan kepada status Kenkyuusei pada 1 Februari 2013, selepas skandal beliau telah dilaporkan oleh Shukan Bunshun. Migenishi Minami menjadi anggota pertama AKB48 diturunkan kepada Kenkyusei semenjak 4 tahun yang lalu sejak Saotome Miki diturunkan pada akhir Januari 2009. Beliau juga muncul di saluran rasmi AKB48 di YouTube pada hari yang sama pengumuman turun pangkat dan sanggup dibotakkan rambut menunjukan tanda meminta maaf kepada kru dan peminat beliau.[1]

Pada 1 Februari 2013, anggota AKB48 Itano Tomomi membuat pengumuman akan "graduasi" daripada kumpulan ini dalam tahun 2013. Pengumuman itu dibuat semasa ucapan pentas untuk filem dokumentari, Documentary of AKB48: No Flower Without Rain: Shoujo Tachi wa Namida no Ato ni Nani o Miru?, yang dikeluarkan di pawagam pada hari itu. Pada 20 Februari 2013, single ke-30 iaitu "So long!" dipasarkan. Pada 28 April, semasa mengadakan Konsert AKB48 Guruupu Rinji Soukai 〜 Shirokuro Tsukeyou Janai Ka!〜 di Nippon Budokan, satu lagi rombakan team telah diumumkan. Rombakan tiga daripada empat orang ahli memegang jawatan dalam kumpulan kembar di luar negara akan menyertai semula dalam anggota AKB48. 4 orang anggota tersebut iaitu Yokoyama Yui (Team A AKB48 dan Team N NMB48), Kitahara Rie (Team K AKB48 dan Team S SKE48), Ishida Anna (Team KII SKE48 dan Team B AKB48) dan Kotani Riho (Team N NMB48 dan Team A AKB48) dibatalkan sebagai anggota kumpulan serentak. Seramai 5 orang anggota yang baru menjadi anggota kumpulan serentak iaitu Oba Mina (Team B AKB48 dan Team KII SKE48), Ichikawa Miori (Team B dan Team N NMB48), Furuhata Nao (Team E SKE48 dan Team K AKB48) dan Yagura Fuuko (Team M NMB48 dan Team A AKB48) dan Kodama Haruka (Team H HKT48 dan Team A AKB48). Nito Moeno dan Tomomi Kasai merupakan konsert terakhir mereka dalam kumpulan AKB48.

Pada 22 Mei 2013, AKB48 telah mengeluarkan single ke-32 iaitu "Sayonara Crawl" yang telah dijual melebihi 1.9 juta salinan pada bulan tersebut. Single ini telah memecah rekod yang telah dipegang oleh kumpulan gadis idola Jepun iaitu SPEED dalam singlenya, White Love pada 1997. Pada 8 Jun 2013, keputusan Pilihan Raya Senbatsu 5 telah diumumkan. Shinoda Mariko mengumumkan bahawa beliau akan graduasi daripada kumpulan. Sashihara Rino telah mendapat tempat pertama dan dia merupakan anggota selain AKB48 yang pertama mendapat tempat pertama dalam pilihan raya tersebut. Pada 18 Jun 2013, kejutan besar daripada teater JKT48 bahawa anggotanya Nozawa Rena serentak menjadi anggota JKT48 dan AKB48 kerana ibu bapanya kembali ke Jepun. Pada 22 Julai 2013, kapten Team A Shinoda Mariko telah graduasi dalam kumpulan ini dan Yokoyama Yui telah dilantik sebagai kapten Team A yang baru. Pada 23 Julai 2013, AKB48 mengumumkan pertandingan batu-gunting-kertas untuk menentukan barisan untuk single ke-34. Acara ini telah dijadualkan pada 18 September 2013 di Budokan Nippon Arena.[2]

Pada 21 Ogos 2013, kumpulan ini telah memasarkan single yang ke-32, "Koi Suru Fortune Cookie", yang mencapai nombor satu di Carta Harian Oricon. Single ini juga mengandungi lagu-lagu graduasi bagi Shinoda Mariko dan Itano Tomomi. Kumpulan kembar AKB48, JKT48 juga mengeluarkan versi sendiri "Fortune Cookie Yang Mencinta" pada hari yang sama. Pada 24 Ogos 2013, AKB48 telah mengumumkan penubuhan semula Team 4, Minegishi Minami dilantik sebagai kapten, dan semua anggota daripada kenkyuusei Generasi ke-13 dan ke-14 menyertai Team 4.

Pada 18 September 2013, Pertandingan Janken (Batu-Gunting-Kertas) kali ke-4 berlangsung di Budokan Nippon Area. Matsui Jurina menjuarai pertandingan tersebut lalu menjadi penyanyi tengah dalam single ke-34 yang dipasarkan pada 11 Disember 2013. Pada 30 Oktober 2013, single ke-33 "Heart Electric" dipasarkan.

Pada 6 November 2013, nama tajuk single ke-34 telah diumumkan. Nama single tersebut ialah "Suzukake no Ki no Michi de "Kimi no Hohoemi wo Yume ni Miru" to Itte Shimattara Bokutachi no Kankei wa Dou Kawatte Shimau no ka, Bokunari ni Nannichi ka Kangaeta Ue de no Yaya Kihazukashii Ketsuron no You na Mono". Penggubah lagu ini ialah Oda Tetsuro. Pada 31 Disember 2013, Oshima Yuko mengumumkan bahawa dia akan graduasi daripada kumpulan ini pada tahun 2014.

Pada 22 Januari 2014, AKB48 telah mengeluarkan album Tsugi no Ashiato yang telah mencapai kedudukan nombor satu dalam Carta Mingguan Album Oricon dengan menjual 962,000 salinan dalam minggu pertama. Single ke-35, "Mae Shika Mukanee" (Jepun: 前しか向かねえ, "Saya hanya boleh menghadap ke hadapan") yang dipasarkan pada 26 Februari. Kumpulan ini juga mengumumkan rancangan untuk mewujudkan satu pasukan kelima, "Team 8", di mana calon-calon daripada setiap 47 wilayah Jepun akan diberi peluang untuk uji bakat.

Anggota kumpulan sunting

Kedudukan anggota AKB48 tertakluk kepada perubahan yang kerap disebabkan oleh graduasi, kemasukan, rombakan pasukan, dan pemindahan antara AKB48 dan pelbagai kumpulan kembarnya.

Unit sunting

Sub-Unit sunting

Bekas Sub-unit sunting

Diskografi sunting

Filemografi sunting

Anugerah sunting

Tahun Majlis Anugerah Dicalonkan Keputusan
2011 Anugerah Rakaman Jepun ke-53 Grand Prix "Flying Get" Menang
Anugerah Muzik Billboard Japan[3] Artis pada tahun ini Menang
Artis pop terbaik Menang
Hot 100 of the Year "Everyday, Kachuusha"[4] Menang
Hot 100 Single Sales of the Year "Everyday, Kachuusha"[4] Menang
2012 Anugerah Muzik Asia Mnet ke-14 Artis Jepun Terbaik di Asia "UZA" Menang
Anugerah Muzik Billboard Japan[5] Artis pop terbaik Menang
Artis pada tahun ini Menang
Hot 100 of the Year "Manatsu no Sounds Good!" Menang
Hot 100 Single Sales of the Year "Manatsu no Sounds Good!" Menang
Anugerah Rakaman Jepun ke-54 Grand Prix "Manatsu no Sounds Good!" Menang
2013 Anugerah Muzik Billboard Japan Artis pada tahun ini Menang
Artis pop terbaik Menang
Hot 100 of the Year "Koi Suru Fortune Cookie" Menang
Hot 100 Single Sales of the Year "Sayonara Crawl" Menang
Anugerah Rakaman Jepun ke-55 Grand Prix "Koi Suru Fortune Cookie" Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ "AKB48 pop star shaves head after breaking band rules". bbc.co.uk (dalam bahasa Inggeris). BBC News. 2013-02-01. Dicapai pada 2013-01-31.
  2. ^ "AKB48 Holds Their 34th Single Senbatsu Janken Tournament at Nippon Budokan". Kibezine.com. 23 Jun 2013.
  3. ^ "AKB48, Avril Lavigne Win Big at Billboard Japan Music Awards". Billboard. 2012-03-06. Dicapai pada 2012-04-01.
  4. ^ a b "Billboard JAPAN Music Awards 2011 Special TV Program[ビルボードジャパン ミュージックアワード2011 特別番組] | TVO テレビ大阪" (dalam bahasa Japanese). Television Osaka Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-28. Dicapai pada 2012-07-27.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "AKB48がアーティスト・オブ・ザ・イヤー含む4冠を2年連続で達成│Daily News│Billboard JAPAN" (dalam bahasa Bahasa Jepun). Billboard Japan. 2012-12-15. Dicapai pada 2012-12-15.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan Luar sunting