AOA (Hangul: 에이오에이; sebuah akronim untuk Ace of Angels) ialah sebuah kumpulan wanita Korea Selatan dibawah FNC Entertainment. Kumpulan ini mempunyai empat orang ahli iaitu : Yuna, Hyejeong, Seolhyun dan Chanmi. Pada asalnya kumpulan yang terdiri daripada lapan orang ahli, Youkyung meninggalkan kumpulan tersebut pada Oktober 2016, diikuti oleh Choa pada bulan Jun 2017, Mina pada bulan Mei 2019 dan Jimin pada Julai 2020. Kumpulan ini membuat kemunculan pertama secara rasmi pada 9 Ogos 2012 dalam M Countdown.

AOA
160924 AOA 인천한류관광콘서트.jpg
Dari kiri ke kanan: Choa (bekas ahli), Chanmi, Mina (bekas ahli), Jimin (bekas ahli), Seolhyun, Hyejeong and Yuna
Latar belakang
Berasal dariKorea Selatan Seoul, Korea Selatan
Genre
Tahun aktif2012 (2012)–kini
Syarikat rakaman
  • FNC
  • Delicious Deli Records
  • Virgin Music
Pengkarya berkait
  • AOA Black
  • AOA White
  • AOA Cream
Laman sesawang
fncent.com/aoa
Ahli
Bekas ahli

Pada 11 Mac, 2017, AOA mengadakan konsert solo Korea pertama mereka "Ace Of Angels" di Olympic Hall, Seoul.

SejarahSunting

2012: Elvis dan Wanna BeSunting

Kelapan-lapan ahli diperkenalkan secara individu melalui gambar teaser dari 16 sehingga 23 Julai (mengikut urutan: Seolhyun, Choa, Hyejeong, Chanmi, Yuna, Mina, Jimin, & Youkyoung).[1] AOA didedahkan sebagai sebuah kumpulan tarian dengan sesetengah ahli juga bermain alat muzik. Video muzik untuk lagu "Elvis" dikeluarkan pada 30 Julai. AOA membuat persembahan pentas pertama mereka pada 9 Ogos dalam M! Countdown dan kemudiannya Music Bank pada 10 Ogos.

FNC mengesahkan bahawa kumpulan ini akan membuat kemunculan kembali menerusi album single kedua mereka, "Wanna Be" pada 10 Oktober. Kulit album dikeluarkan bersama pengumuman; kulit album menampilkan lapan ahli sebagai karakter fiksyen berlainan.[2] Ia telah disahkan bahawa unit kumpulan lima ahli, AOA Black akan membuat persembahan pentas semasa minggu pertama promosi untuk "Get Out".[3] AOA Black membuat kemunculan kembali semasa siaran 10 Oktober KM's Music Triangle dan mempersembahkan versi kumpulan untuk "Get Out" buat kali pertama.[3] Kumpulan ini membuat penampilan kedua mereka semasa siaran 12 Oktober Music Bank.[3]

2013: AOA Black dan Red MotionSunting

 
AOA di Gimpo Airport, Seoul, pada bulan Oktober 2013.

Pada 11 Julai, ia telah disahkan bahawa sub-unit kumpulan, AOA Black (yang terdiri daripada Jimin, Choa, Yuna, Youkyung dan Mina) akan membuat kemunculan kembali menerusi album single ketiga mereka bersama lagu utama, "MOYA". Album single ketiga dan video muzik "MOYA" dikeluarkan pada 26 Julai dan AOA Black membuat persembahan pentas dalam Music Bank pada hari yang sama.[4] Pada 9 Oktober, video muzik untuk "Confused" dikeluarkan.[5] Album penuh, Red Motion dikeluarkan pada 13 Oktober.[6]

2014: Miniskirt, Short Hair dan Like A CatSunting

Pada 16 Januari, AOA kembali dengan satu lagi konsep seksi dan mengeluarkan album single kelima mereka (bersama sebuah video muzik) bertajuk "Miniskirt".[7] Pada 9 Februari, AOA meraikan kemenangan rancangan muzik pertama mereka dalam Inkigayo menerusi lagu "Miniskirt".[8]

AOA mengeluarkan lagu "Short Hair" dalam album mini pertama mereka pada 19 Jun. Album ini menduduki tempat pertama dalam carta berlainan dan menduduki tempat pertama dalam carta M!Countdown pada bulan Julai. Pada 11 November 2014, kumpulan ini mengeluarkan album mini kedua mereka, Like a Cat. Pada 19 November, AOA memperoleh kemenangan kedua mereka dalam Show Champion menerusi lagu "Like A Cat".

2015: Heart AttackSunting

 
AOA semasa KCON 2015 di Los Angeles

AOA mengeluarkan versi Jepun untuk lagu Like a Cat pada 25 Februari 2015; single ini juga datang bersama versi Jepun untuk "Elvis" dan "Just the Two of Us".[9] Pada 2 Februari, FNC mengeluarkan versi pendek video muzik "Like a Cat",[10] dan ia menduduki tempat pertama dalam ranking harian dan mingguan jumlah tontonan Gayp!.[11] Like a Cat menduduki tempat ke-6 dalam Carta Harian Oricon dan menduduki tempat pertama dalam Tower Records Shibuya semasa hari pertama keluaran; ia juga menduduki tempat ketiga dalam kedudukan tertinggi mereka Carta Harian Oricon.[12]

Rancangan realiti pertama AOA, "Open Up! AOA" ditayangkan buat pertama kali pada 26 Februari dalam laman portal Naver. Siri ini terdiri daripada 10 episod, setiap satu 10 minit panjang dan disiarkan setiap hari Khamis. Kesemua lapan ahli termasuk Youkyung berada dalam program ini.[13] AOA mula menjalani penggambaran rancangan varieti baru mereka bersama MBC Music bertajuk AOA One Fine Day di Pulau Monyet Nanwan, Hainan, China pada 7 April 2015. 'One Fine Day' mula disiarkan pada 13 Jun 2015.[14]

Pada 2 Jun 2015, AOA mengesahkan kemunculan kembali mereka pada pertengahan bulan Jun menerusi "Heart Attack" dan persembahan kemunculan kembali mereka diadakan pada 22 Jun 2015 di AX-Hall Seoul.[15] Pada bulan Ogos 2015, kumpulan ini membuat persembahan pertama mereka di Amerika Syarikat semasa KCON 2015 di Los Angeles pada 2 Ogos dan New York pada 8 Ogos. Pada bulan yang sama, ia telah didedahkan bahawa AOA akan membuat kemunculan kembali di Jepun menerusi album penuh menampilkan 8 lagu single Jepun mereka yang sebelumnya dan 3 lagu baru termasuk lagu "Oh Boy".[16] Album ini dikeluarkan pada 14 Oktober 2015. Seolhyun telah dipilih untuk mengacara Anugerah Hiburan KBS 2015 bersama-sama pelawak, Shin Dong-yup dan penyanyi, Sung Si-kyung.[17]

2016: AOA CreamSunting

Pada 1 Januari, ia telah diumumkan bahawa AOA akan membuat kemunculan kembali semasa separuh pertama tahun ini dan bahawa AOA Black juga akan mengeluarkan muzik baru.[18] Pada 27 Januari, FNC berkata dalam satu temuramah bahawa "Chanmi, Hyejeong dan Yuna akan mempromosi sebagai sebuah unit kumpulan. Mereka merancang untuk mengeluarkan lagu baru pada bulan Februari .[19] Pada 31 Januari, mereka mengumumkan bahawa sub-unit baru akan diberi nama AOA Cream dan bahawa mereka akan membuat kemunculan pertama mereka pada 12 Februari. Pada hari berikutnya, mereka mengeluarkan teaser di laman rasmi mereka.

Pada 3 Mac, Jimin membuat kemunculan solo pertamanya menerusi Call You Bae menampilkan Xiumin dari EXO.[20] Pada 12 April, AOA mengacarakan program realiti “OnStyle Live” – "Channel AOA”.[21] FNC Entertainment mengumumkan pada 1 Mei bahawa AOA akan mengeluarkan album mini keempat mereka, Good Luck pada 16 Mei.[22] Pada 15 Oktober 2016, ia telah diumumkan bahawa Youkyung telah meninggalkan kumpulan ini selepas kontraknya berakhir tetapi akan menjadi ahli tetamu dalam mana-mana aktiviti AOA Black pada masa hadapan.[23]

2017: Angel's Knockdan Choa meninggalkan kumpulanSunting

AOA mengeluarkan album studio Korea pertama mereka bertajuk Angel's Knock bersama lagu Excuse Me dan Bing Bing pada 2 Januari 2017.[24]

Pada 22 Jun, Choa mengumumkan pemergian beliau dari kumpulan ini.[25] FNC Entertainment kemudiannya menafikan kenyataan tersebut.[26] Pada 30 Jun, mereka mengesahkan bahawa Choa telah meninggalkan kumpulan ini.

Pada bulan November, AOA menghadiri acara di Icheon, di mana mereka telah dilantik untuk menjadi duta goodwill bagi Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018.[27]

2018-2019:Bingle Bangle, Mina meninggalkan kumpulan, Queendom, dan New Moon'Sunting

 
AOA outside KBS New Wing Open Hall to film pada bulan Jun 2018.

Pada 28 Mei 2018, kumpulan ini comeback dengan album mini kelima mereka yang itu Bingle Bangle dengan tajuk lagu yang sama.[28] Single album ini memuncak di #4 di Gaon Digital Chart dan kumpulan itu mendapat Bonsang di Soribada Best K-Music Awards.[petikan diperlukan]

Pada akhir April 2019, rundingan kontrak telah dimulakan berikutan jangka masa tamat kontrak anggota.[29]FNC menanggapi laporan tidak lama setelah menyatakan bahawa rundingan kontrak dengan para anggota sedang berjalan dan perbincangan mengenai pengunduran diri berjalan positif.[30] Mina akhirnya memutuskan untuk tidak memperbaharui kontraknya dan meninggalkan kumpulan ini untuk meneruskan karier solo.[31] Dalam kenyataan mereka, mereka mengesahkan bahawa kumpulan ini akan mempromosikan sebagai lima orang ahli.

Pada bulan Ogos 2019, AOA menyertai rancangan realiti survival Mnet iaitu Queendom, yang menyaksikan enam aksi kumpulan wanita K-pop bersaing dalam siri ini, dan pada episod akhir, setiap kumpulan akan mengeluarkan lagu terakhir pada hari yang sama untuk bersaing untuk mendapat tempat yang teratas.[32][33] Siri ini mula ditayangkan pada 29 Ogos, dan setelah tayangan perdana, AOA mulai mendapat banyak sambutan positif dan perhatian yang meluas untuk penampilan mereka di rancangan itu.[34] Pada siri itu mereka telah mengcover lagu daripada Mamamoo iaitu "Egotistic" dan menjadi topik yang sedang popular di Naver dan perilisan digital untuk lagu tersebut memasuki banyak carta muzik Korea.[35]Pada 25 Oktober, enam peserta Queendom mengeluarkan lagu terakhir mereka di perkhidmatan streaming Korea.[36] AOA mengeluarkan single bertajuk "Sorry" dan ini rasmi menandakan single pertama mereka sebagai lima ahli.

AOA mengeluarkan album mini keenam mereka iaitu New Moon dengan single utama "Come See Me" pada 26 November 2019.[37]

2020: Tuduhan buli dan Jimin meninggalkan kumpulanSunting

Pada awal bulan Julai 2020, bekas anggota Mina membuat serangkaian catatan Instagram di mana dia mendakwa bahawa Jimin telah membuli dia selama sepuluh tahun, mendorongnya untuk mencederakan diri sendiri dan cuba membunuh diri. Berikutan tuduhan itu, FNC Entertainment mengeluarkan pernyataan yang berjanji untuk menguruskan artis mereka dengan lebih baik dan mengumumkan bahawa Jimin telah dikeluarkan dari kumpulan itu.

Pada 4 Julai, Jimin telah meninggalkan AOA dan menghentikan semua aktivitinya dalam industri hiburan.[38][39]

AhliSunting

Bekas ahli

DiskografiSunting

Diskografi Korea
Diskografi Jepun

RujukanSunting

  1. ^ "FNC Unveils First Member Teaser For FT Island and CN Blue's Sister Group, Ace of Angels". Enewsworld.mnet.com. 2012-07-16. Dicapai pada 2014-02-12.
  2. ^ "AOA to make comeback with "Get Out"". Allkpop.com. Dicapai pada 2012-09-29.
  3. ^ a b c "AOA to Promote ′Get Out′ in First Week with Five Member Band Unit, AOA Black". enewsworld.mnet.com. Dicapai pada 2012-10-11.
  4. ^ "AOA's band unit, AoA Black, put on their thinking caps for a new teaser image". allkpop.com. 2013-07-11. Dicapai pada 2014-02-12.
  5. ^ "AOA switch on their sexy charms with 'Confused' MV". allkpop.com. 2013-10-09. Dicapai pada 2014-02-12.
  6. ^ "AOA gets into 'Red Motion' with their album release! + 'Confused' dance practice clip (eye contact ver.)". allkpop.com. 2013-10-13. Dicapai pada 2014-02-12.
  7. ^ "[Comeback] Ladies Group AOA Has Put On Their "Miniskirts" By Releasing Music Video + Album Tracklist : News". KpopStarz. Dicapai pada 2014-02-12.
  8. ^ "'인가' AOA, 데뷔 19개월만 가요프로 첫 1위..감격 눈물 : 네이버 뉴스". News.naver.com. Dicapai pada 2014-02-12.
  9. ^ "Discography of AOA". Universal Music Japan. 2015-01-02. Dicapai pada 2015-01-02.
  10. ^ "AOA Japan 2nd Single「Like a Cat」사뿐사뿐 (Japanese) MV Short version". Universal Music Japan. 2015-02-02. Dicapai pada 2015-02-02.
  11. ^ "AOA Like A Cat #1 on Gyao!". Universal Music Japan. 2015-02-04. Dicapai pada 2015-02-04.
  12. ^ "デイリー CDシングルランキング!". Universal Music Japan. 2015-02-24. Dicapai pada 2015-02-25.
  13. ^ "Girl Group AOA to Star in Their First Reality Show". Soompi. 2015-02-26. Dicapai pada 2015-02-26.
  14. ^ "AOA plan getaway to Hainan for their first travel reality appearance on 'One Fine Day'! - allkpop.com".
  15. ^ (Korea)AOAvs씨스타, 오는 22일 동시 쇼케이스 '누가 웃을까'
  16. ^ "Aoa Official Website". Aoa-official.jp. 2015-08-21. Dicapai pada 2015-12-30.
  17. ^ Lim, Jeong-yeo. "Seolhyun to host KBS Entertainment Awards". KPOP Herald. Herald Corporation. Dicapai pada 2015-12-21.
  18. ^ K, J. (2016-01-01). "AOA Shares Plans for New Album in 2016 and AOA Black Comeback".
  19. ^ Lim, Jeong-yeo. "AOA announces the three members of their upcoming unit group". Daum. Dicapai pada 2016-01-27.
  20. ^ "AOA Jimin's new solo release to feature Xiumin! - allkpop.com".
  21. ^ ilmare42. "AOA to Star in Live Reality Show "Channel AOA"". Soompi. Dicapai pada 2016-04-11.
  22. ^ ilmare42. "AOA 4th Mini Album GoodLuck Teaser Site Open! 05.16 Release". Twitter. Dicapai pada 2016-05-03.
  23. ^ Do, K. (2016-10-14). "AOA's Youkyung Leaves FNC Entertainment, Agency Explains".
  24. ^ Beansss (2016-12-29). "AOA give fans a preview of their 1st full album with a highlight medley!". Allkpop. Diarkib daripada yang asal pada 2017-03-14.
  25. ^ "초아, 팀 탈퇴…에이오에이(AOA)는 초아의 빈자리를 채울 수 있을까?". Top Star News. 2017-06-22. Dicapai pada 2017-06-22.
  26. ^ "초아 "AOA 탈퇴" VS FNC "결정된 사안 아냐"… 엇갈린 의견". Ten Asia.
  27. ^ administrator. "AOA to Promote PyeongChang Olympics" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-12-10.
  28. ^ "AOA tease roller skating concept and announce official comeback date" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-05-13.
  29. ^ "[단독]'FA 대어' AOA, 현 소속사 FNC와 재계약 임박". Naver (dalam bahasa korean). Dicapai pada 2019-10-28.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  30. ^ "FNC 측 "AOA 멤버들과 재계약? 긍정적으로 논의중"[공식입장]". Naver (dalam bahasa korean). Dicapai pada 2019-10-28.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  31. ^ "FNC 측 "AOA 5인 재계약 후 팀유지, 민아는 탈퇴"(공식입장 전문)" (dalam bahasa Korea). Naver. May 13, 2019. Dicapai pada May 13, 2019.
  32. ^ "[단독] 마마무·AOA→러블리즈·아이들, 걸그룹 예능 '퀸덤' 출연". Naver (dalam bahasa korean). Dicapai pada 2019-10-28.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  33. ^ "'퀸덤' 측 "오마이걸 마마무 AOA 러블리즈 아이들 박봄 출연 확정"(공식)". Naver (dalam bahasa korean). Dicapai pada 2019-10-28.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  34. ^ "'퀸덤' 마마무・AOA・박봄, 제대로 이 갈았다 '박빙'..커버곡 승자는 누구?[어저께TV]". Naver (dalam bahasa korean). Dicapai pada 2019-10-28.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  35. ^ ""8년차 걸그룹의 재발견"...'퀸덤' AOA, 나오길 잘했다 [엑's 초점]". Nate (dalam bahasa korean). Dicapai pada 2019-10-28.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  36. ^ "[투데이IS] '퀸덤' AOA·마마무→오마이걸·아이들, 동시 음원발매". Naver (dalam bahasa korean). Dicapai pada 2019-10-28.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  37. ^ "'5인조' AOA, 26일 컴백 확정...타이틀 곡은 '날 보러 와요'". entertain.naver.com (dalam bahasa Korea). 2019-11-14. Diarkib daripada yang asal pada December 28, 2019. Dicapai pada 2019-11-14.
  38. ^ "지민, AOA 탈퇴...FNC 측 "모든 연예 활동 중단"(공식)". Naver. July 3, 2020.
  39. ^ [1],Sebab membuli jimin akhirnya tinggalkan kumpulan aoa

Pautan luarSunting