ARA San Juan (S-42)
ARA San Juan (S-42) adalah sebuah kapal selam diesel-elektrik kelas-TR-1700 yang berkhidmat dengan Tentera Laut Argentina sebagai sebahagian daripada Pasukan Kapal Selam Argentina antara tahun 1986 hingga 2017. Ia telah dibina di Jerman Barat dan memasuki perkhidmatan pada 19 November 1985, dan menjalani peningkatan setengah hayat bermula pada tahun 2008 hingga 2013.
ARA San Juan (S-42) pada tahun 2007
| |
Sejarah | |
---|---|
Argentina | |
Nama: | San Juan |
Bersempena dengan: | Wilayah San Juan, Argentina |
Pembina: | Thyssen Nordseewerke, Emden, Jerman Barat |
Disiapkan: | 28 |
Ditauliah: | 19 |
Ditarik keluar dari perkhidmatan: | 15 |
Pemasangan semula: | 2014 |
Struck: | 2017 |
Pelabuhan asal: | Mar del Plata |
Pengenalan: | Nombor pennant S-42 |
Takdir: | Meletup; karam di dalam Lautan Atlantik[1] |
Ciri-ciri umum | |
Kelas dan jenis: | kapal selam kelas-TR-1700 |
Sesaran: |
|
Panjang: | 67.30 m (220.8 ka) |
Lunas: | 8.36 m (27.4 ka) |
Draught: | 7.34 m (24.1 ka) |
Jana kuasa: | |
Halaju: |
|
Jarak: | 12,000 nmi (22,000 km) pada 8 kn (15 km/j) permukaan |
Ketahanan: | 30 hari |
Kedalaman ujian: | 300 m (980 ka) |
Anak kapal: | 37 |
Sistem penderia dan pemprosesan: |
|
Persenjataan: |
|
Pada 15 November 2017, San Juan telah hilang dalam satu rondaan rutin di Lautan Atlantik, luar pantai Argentina, dipercayai mengalami satu kegagalan elektrikal, dan satu operasi pencarian pelbagai negara dilancarkan. Semasa dalam jam-jam terakhir transmisi San Juan, satu anomali akuastik konsisten dengan letupan telah dikesan berdekatan dengan lokasi terakhir kapal selam ini. Pada 30 November, operasi cari dan selamat telah dihentikan.
Pada 16 November 2018, setelah setahun lebih kehilangan kapal selam ini, Tentera Laut Argentina melaporkan sebuah kapal Amerika, Seabed Constructor telah menemui San Juan dengan menggunakan sebuah kenderaan selam kawalan jauh. Bangkai kapal selam ini terletak kira-kira 460 kilometer (290 bt) tenggara Comodoro Rivadavia pada kedalaman 907 meter (2,976 ka).[2] The submarine’s imploded wreckage was strewn up to 70 meter (230 ka) from the hull.[3][4]
Rekabentuk
suntingDibina oleh Thyssen Nordseewerke,[5][6] San Juan telah dibaringkan pada 18 Mac 1982 dan dilancarkan pada 20 Jun 1983. Ia merupakan rekabentuk berdinding tunggal, haluan dan buritan ringan; dan struktur super kalis air di bahagian tengah. Kapal sebelumnya, ARA Santa Cruz, merupakan satu-satunya kapal dalam kelas yang sama, meskipun awalnya program ini bertujuan untuk membina sejumlah besar kapal selam.[7]
Nama
suntingKapal selam ini dinamakan bersempena dengan nama wilayah San Juan; nama-sama kesemua kapal selam Argentina bermula dengan huruf S. Kapal-kapal sebelumnya dengan nama yang sama adalah sebuah pembinasa (1911), sebuah peninjau (1929), dan sebuah bot torpedo (1937).[8]
Awalan ARA adalah akronim dalam Tentera Laut Argentina dalam bahasa Sepanyol merujuk kepada (Sepanyol: Armada de la República Argentina[9][10]
).Sejarah operasi
suntingKapal selam ini memasuki perkhidmatan pada 18 November 1985.[11]
Pada tahun 1994, semasa latihan FleetEx 2/94 "George Washington" bersama dengan Tentera Laut Amerika Syarikat, San Juan berjaya mengelak daripada dikesan oleh pasukan anti kapal selam Amerika Syarikat sepanjang latihan permainan perang berlangsung, menembusi pertahanan pemusnah dan berjaya "mengaramkan" kapal arahan USS Mount Whitney.[12][13] Kapal selam ini juga menyertai latihan-latihan lain termasuk Gringo-Gaucho dan UNITAS.[11]
Kapal ini menjalani peningkatan pertengahan hayat antara tahun 2008 hingga 2013, lebih lama daripada rancangan asal ekoran kekangan dana.[14][15] Kos peningkatan ini sekitar 100 juta peso Argentina (AS$12.4 juta) yang mana terdiri daripada lebih daripada 500,000 jam-kerja yang mana menyaksikan kapal selam ini dipotong kepada dua bagi mengantikan empat buah enjin MTU dan bateri.[16] Kerja-kerja ini dilakukan oleh Kompleks Industri Laut Argentina (CINAR) Tandanor dan limbungan kapal Storni.[7] Kemudian, San Juan telah ditugaskan untuk melaksanakan latihan peninjauan di zon ekonomi ekslusif sekitar Puerto Madryn, terutamanya dalam peranan menentang perikanan haram.[17][18]
Kehilangan dan usaha-usaha menyelamat
suntingPada 17 November 2017, satu pengumuman dibuat menyatakan bahawa berita daripada San Juan tidak diperolehi sejak 15 November apabila kapal selam ini berada 430 kilometer (270 bt) daripada pantai, diluar Teluk San Jorge dalam perjalannya ke Mar del Plata daripada Ushuaia setelah menyertai satu latihan tentera, dan satu operasi cari dan selamat telah dilancarkan di kawasan yang sama.[20][21][22][23] Terdapat 44 orang anak kapal di dalam kapal selam yang hilang ini,[24] termasuk pegawai kapal selam wanita pertama Argentina, Eliana María Krawczyk.[25] Kapal selam ini membawa oksigen tidak lebih daripada tujuh hari semasa menyelam.[26][25]
Operasi cari dan selamat telah dilancarkan di bawah penyeliaan Pejabat Perhubungan Penyelamatan dan Melepaskan Diri Kapal Selam Antarabangsa, sebuah pertubuhan yang dianggotai lebih 40 buah negara yang ditubuhkan pada tahun 2003[27] berikutan malapetaka kapal selam Kursk.[28] Kawasan pencarian bersaiz 482,507 kilometer persegi (186,297 bt2)[29] dan keadaan cuaca yang berubah-ubah sepanjang operasi cari dan selamat, menjadikan tugas ini lebih sukar dengan ombak besar dan angin kuat.[30][31]
Pada 23 November, Tentera Laut Argentina mengatakan bahawa peristiwa ini konsisten dengan letupan yang dikesan[32] di 46°07′S 59°41′W / 46.12°S 59.69°W[33] oleh Preparatory Commission for the Comprehensive Nuclear-Test-Ban Treaty Organization pos-pos mendengar di Pulau Ascension dan Kepulauan Crozet pada hari yang sama kapal selam ini terputus hubungan komunikasi.[34][32][35][36]
Menjelang 24 November, operasi cari dan selamat yang melibatkan lebih 30 buah pesawat dan kapal daripada Argentina, United Kingdom, Brazil, Amerika Syarikat, Chile dan negara-negara lain. Keseluruhannya, lebih daripada 4,000 anggota daripada 13 buah negara membantu dalam operasi pencarian ini yang sebesar negara Sepanyol.[37]
Pada 27 November, satu laporan didedahkan kepada pihak akbhar berdasarkan laporan terakhir kapal selam bermula pada 15 November, kebocoran pada snorkel San Juan telah menyebabkan air memasuki simpanan bateri depan pada hari sebelumnya, yang mana mencetus satu kebakaran. Selepas api dipadamkan, anak kapal memutuskan sambungan bateri pada bateri simpanan depan. Kapal selam meneruskan pelayaran dengan menggunakan bateri buritan.[38]
Pada 30 November, 15 hari selepas kehilangan San Juan, pihak tentera laut mengistiharkan bahawa fasa penyelamtan operasi dihentikan, tetapi pencarian kapal selam di dasar laut akan diteruskan.[1] Kematian 44 anak kapal merupakan angka kematian tertinggi di dalam kapal selam sejak peristiwa kepincangan tugas kapal selam China 361 pada bulan April 2003,[39] mengatasi kemalangan K-152 Nerpa pada tahun 2008. Satu siasatan jenayah telah dilancarkan berikutan kehilangan ini.[3]
Penemuan bangkai
suntingPada 16 November 2018, ARA San Juan telah dijumpai pada kedalaman 907 meter (2,976 ka), di 45°56′59″S 59°46′22″W / 45.94972°S 59.77278°W [40] (20 km atau 12 bt due NNW from the seismic anomaly previously reported by the CTBTO) and nearly 270 batu nautika (500 km; 310 bt) from Comodoro Rivadavia, by Ocean Infinity, a private maritime company hired by the Argentine government. The area was previously assigned 90 percent of probability of locating the wreck, but previous searches failed to find it due to insufficient technology and presence of numerous submarine canyons.[41] A "hydro-acoustic anomaly" consistent with an implosion had been detected 30 batu nautika (56 km; 35 bt) north of the submarine's last known position at 10:31 (13:31 UTC) on 15 November 2017. Photographs were released showing the shattered remains of the submarine broken up on the seabed. Ocean Infinity will receive a reward of US$7.5 million for finding the missing vessel.[3][4] Jurucakap Tentera Laut Argentina Kapten Jorge Balbi mempertontonkan gambar-gambar dekat bangkai kapal ini dalam satu sidang akhbar. Gambar menunjukkan dinding kapal yang meletup, dengan bahagian buritan, layar dan bebaling bertaburan dalam kawasan seluas 8,000 meter persegi (86,000 ka2).[42][43]
Galeri
sunting-
Kapal selam San Juan dan Santa Cruz, di pangkalan tentera laut Mar del Plata, 2007
-
Kapal selam San Juan, dok tentera laut Buenos Aires, Mei 2017
Rujukan
sunting- ^ a b "Submarino ARA San Juan: la Armada dio por finalizado el operativo de rescate y ya no busca sobrevivientes". La Nacion (dalam bahasa Spanish). 30 November 2017. Dicapai pada 30 November 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-18. Dicapai pada 2018-11-20.
- ^ a b c "Argentine submarine: Missing ARA San Juan imploded, navy confirms". BBC News. 17 November 2018. Dicapai pada 17 November 2018.
- ^ a b Politi, Daniel (17 November 2018). "Argentine Submarine That Vanished With 44 Aboard Is Found, Navy Says". The New York Times. Dicapai pada 17 November 2018.
- ^ Latinoamericana, Comunidad Submarinista. "Reparación de Media Vida Submarino Tipo TR1700 ARA San Juan S-42 (Segunda Parte)". Dicapai pada 17 November 2017.
- ^ Miller, David (2002). The Illustrated Directory of Submarines. Zenith Press. m/s. 480. ISBN 0-7603-1345-8. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - ^ a b Castro, Pablo (5 March 2009). "Reparación de Media Vida Submarino Tipo TR1700 ARA San Juan S-42 (Primera Parte)". www.elSnorkel.com (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 18 November 2017.
- ^ "Por qué se llama San Juan el submarino que es intensamente buscado". Diario de Cuyo. 17 November 2017. Dicapai pada 19 November 2017.
- ^ F. A. Buttress; H. J. Heaney (6 December 2012). World Guide to Abbreviations of Organizations. Springer Science & Business Media. m/s. 104. ISBN 978-1-4684-8742-8.
- ^ A. Donaghy (2 September 2014). The British Government and the Falkland Islands, 1974-79. Palgrave Macmillan UK. m/s. 10. ISBN 978-1-137-32956-1.
- ^ a b Latinoamericana, Comunidad Submarinista. "Submarino Argentino ARA San Juan vuelve a estar en el agua". www.elSnorkel.com (dalam bahasa Sepanyol) (2 July 2014). Dicapai pada 22 November 2017.
- ^ "El día que el ARA San Juan sorprendió a la Armada de Estados Unidos". La Nacion. 22 November 2017. Dicapai pada 22 November 2017.
- ^ Latinoamericana, Comunidad Submarinista (8 December 2014). "Ejercicio Fleetex 2/94 "George Washington"". www.elSnorkel.com (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 22 November 2017.
- ^ Kiernan, Sergio (3 August 2014). "El arte de reparar submarinos". Pagina 12 (dalam bahasa spanish). Dicapai pada 18 November 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Piñeiro, Luis (20 September 2016). "Comienza en Argentina la modernización del submarino TR-1700 ARA Santa Cruz-noticia defensa.com". Defensa.com. Dicapai pada 18 November 2017.
- ^ "Argentine Navy receives refurbished TR1700 class submarine ARA San Juan". MercoPress. 19 June 2014. Dicapai pada 17 November 2017.
- ^ "How Did Argentina Lose a Submarine And Its Crew?". Telesur. 17 November 2017. Dicapai pada 17 November 2017.
- ^ Morales, Fernando (17 November 2017). "Cómo es el submarino ARA San Juan que es intensamente buscado". Infobae (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 18 November 2017.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamabangkai kapal
- ^ "Argentine navy loses contact with submarine". BBC. Dicapai pada 17 November 2017.
- ^ "Operaciones integradas del Comando de Adiestramiento y Alistamiento | Gaceta Marinera". gacetamarinera.com.ar (dalam bahasa Sepanyol). 6 November 2017. Dicapai pada 21 November 2017.
- ^ "La Flota de Mar despliega su esplendor en Ushuaia". Zona Militar (dalam bahasa Sepanyol). 7 November 2017. Dicapai pada 21 November 2017.
- ^ "Desapareció un submarino argentino y se desplegó un operativo de rescate" (dalam bahasa spanish). La Nacion. 16 November 2017. Dicapai pada 18 November 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Melgar, Ana; Gallón, Natalie; Hanna, Jason. "Argentine navy says its lost contact with submarine". CNN. Dicapai pada 17 November 2017. Unknown parameter
|lastauthoramp=
ignored (bantuan) - ^ a b Politi, Daniel; Londoño, Ernesto (17 November 2017). "Search Underway for Argentine Navy Submarine With 44". New York Times. Dicapai pada 17 November 2017. Unknown parameter
|lastauthoramp=
ignored (bantuan) - ^ Uki Goñi (20 November 2017). "Missing Argentinian submarine running out of air as search enters 'critical phase'". The Guardian. Dicapai pada 20 November 2017.
- ^ "An officer of Italian Navy at the head of ISMERLO". Marina Militare. 17 July 2015. Dicapai pada 22 November 2017.
- ^ "Qué es Ismerlo, el sistema internacional que alertó al mundo sobre el ARA San Juan". La Nacion. 21 November 2017. Dicapai pada 21 November 2017.
- ^ "Submarino ARA San Juan: qué se sabe hasta ahora sobre su desaparición y la búsqueda para encontrarlo". La Nacion. 21 November 2017. Dicapai pada 21 November 2017.
- ^ "Con las mejoras meteorológicas, se intensifica la búsqueda del submarino". Telam. 21 November 2017. Dicapai pada 21 November 2017.
- ^ "El fuerte viento demora el operativo y complica las tareas de rescate". La Nacion (dalam bahasa Spanish). 26 November 2017. Dicapai pada 26 November 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ a b "'Explosion' dashes sub crew survival hopes". 23 November 2017. Dicapai pada 23 November 2017 – melalui www.bbc.co.uk.
- ^ "Exclusivo: detalles del informe que recibió el Gobierno sobre la explosión en el submarino ARA San Juan". InfoBAE. InfoBAE. Dicapai pada 19 November 2018.
- ^ "Submarino ARA San Juan: cómo se detectó la explosión y qué podría significar". La Nacion. 23 November 2017. Dicapai pada 23 November 2017.
- ^ "Vocero de la Armada: "Hubo un evento singular consistente con una explosión" en el ARA San Juan". Telam. 23 November 2017. Dicapai pada 23 November 2017.
- ^ "Búsqueda del ARA San Juan: cómo se detectó la explosión y por qué se conoció una semana después". Infobae (dalam bahasa Sepanyol). 23 November 2017. Dicapai pada 23 November 2017.
- ^ "U.S. Navy plane scours South Atlantic in search for Argentine sub". 24 November 2017. Dicapai pada 14 December 2017 – melalui Reuters.
- ^ Clarin.com. "Submarino ARA San Juan: cómo fue el principio de incendio en las baterías" (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 28 November 2017.
- ^ Politi, Daniel; Londoño, Ernesto (30 November 2017). "Hope for Argentina Submarine Crew Fades". The New York Times. Dicapai pada 13 July 2018.
- ^ "ARA San Juan: el clima adverso le dio dramatismo a un hallazgo con el último aliento". La Nacion. Dicapai pada 18 November 2018.
- ^ "Argentina minister says country without means to rescue submarine". Toronto Star. 17 November 2018. Dicapai pada 18 November 2018.
- ^ Rogoway, Tyler. "Argentina's Lost Submarine Has Finally Been Found (Updated)". The Drive (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-11-17.
- ^ "La Armada Argentina dice que el submarino San Juan implosionó y se partió en varias partes". RTVE.es (dalam bahasa Sepanyol). 2018-11-17. Dicapai pada 2018-11-17.
Bacaan lanjut
sunting- Amendolara Bourdette, Ignacio (2005). Guia de los buques de la Armada Argentina 2005–2006 (dalam bahasa Spanish dan English). Buenos Aires. ISBN 9874394005.CS1 maint: unrecognized language (link)
- Burzaco, Ricardo (1999). Submarinos de la Armada Argentina 1933–2000 (dalam bahasa Spanish). Buenos Aires: Eugenio B. ISBN 978-9879676417.CS1 maint: unrecognized language (link)
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan ARA San Juan (S-42) |
- Submarine Shipyard Nordseewerke official site Templat:Ger
- CN (RS) Carlos A Zavalla. "La Entrega del Submarino San Juan" (dalam bahasa Spanish). Fundacion Histarmar. Dicapai pada 9 December 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
- Carlos Mey. "TR-1700, Imagenes del Interior" [ARA San Juan, interior pictures] (dalam bahasa Spanish). Fundacion Histarmar. Dicapai pada 10 December 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)