Abdul Halim Abdul Kadir

ulama Malaysia

Dato’ Syeikh Haji Abdul Halim Abdul Kadir ialah seorang ulama di Malaysia. Beliau dipilih menerajui Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dari 2007 hingga 2023.[1] Beliau ialah Mufti Terengganu dari 2000 hingga 2004.[2]

Dato' Syeikh Haji

Abdul Halim Abdul Kadir

D.P.M.T.
Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia
Dalam jawatan
2007–2023
Didahului olehMohd Saleh Ahmad
Digantikan olehWan Mohamad Sheikh Abdul Aziz
Mufti Terengganu
Dalam jawatan
2000–2004
Didahului olehEngku Alwi Engku Ambak
Digantikan olehMohamad Zubir Awang
Butiran peribadi
Lahir1935 (umur 88–89)
Jertih, Besut, Terengganu

Pendidikan sunting

Abdul Halim mendapat pendidikan awal di Pondok Jertih sebelum melanjutkan pelajaran menengah rendah pada 1953 di Darul Ulum, Mekah seterusnya ke Masjid al-Haram, Mekah sehingga 1959.

Dalam tempoh berkenaan, beliau juga menuntut di al-Maahad al-Ilmi as-Saudi Madinah. sebelum ke Universiti al-Azhar Mesir dalam kuliah sarjana muda syariah antara 1960-1965.[3]

Kerjaya sunting

Kerjaya beliau bermula pada 1967 sebagai penolong nazir guru-guru agama Kelantan. Pada 1978, beliau ditukar menyandang jawatan pensyarah pendidikan Islam di Maktab Perguruan Seri Kota, Kuala Lumpur.

Pada 1985 beliau menjawat Penolong Pengarah Agama dan Dakwah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kementerian Pendidikan Malaysia sehingga 1990. Setelah bersara, beliau ditawarkan sebagai pensyarah (kontrak) di Maktab Perguruan Islam, Bangi Selangor selama 2 tahun 1993-1994.

Pada 2000, beliau dilantik sebagai Mufti Negeri Terengganu sehingga 2004.[4]

Anugerah dan pengiktirafan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ DAILY, HARAPAN (2023-11-05). "Wan Mohamad jadi Yang Dipertua baharu Persatuan Ulama Malaysia". HarapanDaily.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-06.
  2. ^ ADLAN, MOHD AZLI (2021-08-10). "Yang Dipertua PUM dinobat Tokoh Maal Hijrah Terengganu". Kosmo Digital. Dicapai pada 2023-12-06.
  3. ^ a b SAID, ROSALINDA MD (2021-08-10). "Bekas mufti Tokoh Maal Hijrah Terengganu". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-06.
  4. ^ "DATO' SYEIKH HJ ABDUL HALIM ABDUL KADIR". ABU NUHA CORNER. 2009-11-09. Dicapai pada 2023-12-06.