Abjad suku kata atau juga abugida ialah suatu jenis sistem tulisan yang mana setiap huruf mewakili satu suku kata menggabungkan seunit bunyi konsonan diiringi oleh seunit bunyi vokal. Bunyi vokal boleh diubah pada mana-mana huruf dengan menambahkan tanda diakritik. Semua sistem tulisan yang diwarisi daripada tulisan Brahmi menggunakan sistem abjad suku kata.

Nama "abugida" diperkenalkan oleh Peter T. Daniels dalam kajiannya mengenai sisten tulisan pada tahun 1990, beliau menciptakan istilah ini dalam sebutan empat huruf pertama dalam tulisan Ge'ez iaitu älf, bet, gäml dan dänt (አለፈ, ብተ, ገመለ, ደነተ - serupa A B C/G D atau ا ب ج د‎) menjadi "አቡጊዳ".[1]

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Daniels, Peter T. (Oct–Dec 1990), "Fundamentals of Grammatology", Journal of the American Oriental Society, 119 (4): 727–731, doi:10.2307/602899, JSTOR 602899

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.