Abubakar Shekau atau 'Darul Tauhid' adalah pemimpin Islam kumpulan militan Nigeria, Boko Haram. Beliau menjadi timbalan kepada pengasas Boko Haram, Mohammed Yusuf , sehingga Yusuf dibunuh pada tahun 2009. Pihak berkuasa Nigeria percaya bahawa Shekau terbunuh pada tahun 2009 semasa pertempuran antara pasukan keselamatan dan militan Boko Haram pada Julai 2010 . Beliau pernah muncul dalam video dan mendakwa menjadi pemimpin kumpulan itu. Dalam video itu, Shekau menunjukkan bahawa beliau telah ditembak di paha tetapi terselamat .

Abubakar Shekau faisal
Kelahiran
Meninggal dunia20 Mei 2021
Nama lainDarul Tawheed
Terkenal keranaEmir of Boko Haram
Abubakar Shekau
Didahului olehMohammed Yusuf
Perkhidmatan ketenteraan
KesetiaanBoko Haram
PertempuranNigerian Sharia conflict
2009 Nigerian sectarian violence

Profil sunting

Shekau dari etnik Kanuri tetapi boleh bercakap bahasa Hausa dan Bahasa Arab .Shekau mengaku sebagai ahli teologi intelektual dan mengkaji Islam "di bawah seorang ulama tradisional." tanpa sebarang bukti yang kuat.Dia digambarkan sebagai seorang yang tenang, gemar membaca buku dan sukakan gaya hidup yang sederhana.

Dalam video Shekau , beliau sering mendakwa "tidak boleh dihentikan" dan "tidak akan mati melainkan dengan izin Allah ". Beliau mendakwa memiliki kereta kebal perisai dan kenderaan tempur yang lain. Beliau kerap bercakap mengenai al-Quran dalam video online.

Pada bulan Jun 2012 Amerika Syarikat melabel Shekau sebagai pengganas dan membekukan sebarang aset di Amerika Syarikat. Sejak Jun 2013, Jabatan Negara Amerika Syarikat memperuntukkan ganjaran AS $ 7 juta jika memberi maklumat sehingga tertangkapnya Shekau.Tentera Nigeria turut menawarkan ganjaran 50 juta (kira-kira AS $ 300,000 ) untuk Shekau.

Shekau terselamat daripada cubaan membunuhnya oleh pasukan keselamatan Nigeria. Ekoran itu, beliau telah menculik lebih 200 kanak-kanak perempuan sekolah pada bulan April 2014 dan meningkatkan serangan ganas. Shekau mendakwa remaja yang diculik telah memeluk agama Islam. Beliau mendakwa telah berperang dengan penganut Kristian. Video di internet tentangnya sering menggambarkan retorik anti-Amerika dan mengancam akan menyerang Amerika Syarikat.

Kehidupan peribadi sunting

Shekau dilahirkan di Republik Niger , walaupun ia juga telah mendakwa bahawa dia dilahirkan di kampung Shekau di Negeri Yobe, Nigeria . Umurnya sekitar 34 atau 35.Ada yang berkata dia berusia 43 tahun. Beliau telah mengahwini salah seorang isteri Muhammad Yusuf .

Nama samaran beliau adalah "Darul Tauhid", yang diterjemahkan sebagai seorang pakar dalam Tauhid , satu konsep Islam tentang keesaan Allah.

Rujukan sunting