Acid, ditulis ACID (Bahasa Burma: အက်စစ်, ʔɛʔ sɪʔ) adalah salah satu kumpulan hip hop yang berasal dari Burma. Acid mempunyai empat ahli kumpulan. Antaranya ialah Anegga, Hein Zaw (meninggal dunia pada 2006), Yan Yan Chan dan Zayar Thaw.

Ahli kumpulan Acid: Anegga, Zayar Thaw, Yan Yan Chan dan Hein Zaw

Album Sat Tin ChinSunting

Sat Tin Chin (dalam Bahasa Melayu: Permulaan) telah dikeluarkan pada tahun 2000. Tetapi, Suara Demokratik Burma mengganggap lagu mereka "puitis dengan gaya marah", mereka juga dikatakan "menyerang" kerajaan militari Burma. The Independent juga komen kumpulan itu, "membawa rakyat Burma ke alam bahaya". Walau bagaimanapun, album itu mendapat tempat pertama dalam carta lagu-lagu Burma, melebihi dua bulan.

Badai kuat melanda AcidSunting

Pada tahun 2006, badai kuat melanda Acid. Hein Zaw telah meninggal dunia pada tahun itu juga. Zayar Thaw ditahan kerana terlibat dalam kumpulan Generation Wave, Yan Yan Chan juga ditahan kerana juga terlibat dalam kumpulan itu (sesetengah rujukan mengatakan dia terlibat dalam dadah) pada tahun 2008, di sebuah restoran, dan perancangan album kedua mereka lenyap begitu sahaja. Hanya Anegga saja yang tinggal. Zayar Thaw telah ditahan reman dan dipenjarakan lima tahun. Tetapi ditambah kerana membawa masuk duit negara asing. (Terdiri daripada Baht Thailand, Dolar Singapura dan Ringgit Malaysia. Zayar Thaw dipenjara di penjara Kawthaung.

Yan Yan Chan telah dibebaskan pada tahun 2009, manakala Zayar Thaw dibebaskan pada tahun 2011.

Pautan luarSunting