Adam Liaw (lahir 8 September 1978) ialah seorang tukang masak Malaysia Australia, penyampai televisyen dan pengarang. Beliau ialah pemenang siri kedua MasterChef Australia, mengalahkan pelajar Callum Hann di peringkat akhir.[2]

Adam Liaw
Adam Liaw pada tahun 2012
Kelahiran (1978-09-08) 8 September 1978 (umur 45)
WarganegaraAustralia
PendidikanSarjana Muda Sains (Farmakologi),
Sarjana Muda Undang-undang
Pusat pendidikanUniversiti Adelaide,
Prince Alfred College
PekerjaanChef, penyampai televisyen, pengarang
Terkenal keranaChef televisyen
PendahuluJulie Goodwin
PenggantiKate Bracks
PasanganAsami Fujitsuka
Anak-anak3[1]
AnugerahPemenang, MasterChef Australia
Laman web rasmiadamliaw.com

Liaw dilahirkan di Pulau Pinang, Malaysia[3] dari seorang bapa Cina Malaysia, Dr Siaw-Lin Liaw,[4] dan seorang ibu Inggeris kelahiran Singapura, Dr Joyce Hill AM.[5] Beliau ialah anak kedua daripada tiga beradik, dengan seorang abang Aron, dan adik perempuan Amber Dawn. Keluarganya berpindah ke Adelaide ketika Liaw berusia 3 tahun. Setelah ibu bapanya bercerai dan ibunya pindah ke New Zealand, Liaw tinggal bersama nenek sebelah bapa Kwei-Eng Chew, yang dia rasa mempunyai pengaruh besar terhadap masakan dan kehidupannya.[6]

Pada 29 September 2009 Liaw mengumumkan melalui Twitter bahawa dia sedang mempertimbangkan untuk mengikuti ujibakat untuk MasterChef.[7] Pada bulan April 2010, beliau diumumkan sebagai salah satu daripada 24 finalis teratas di MasterChef Australia, Musim ke-2.[8] Walaupun memenangi cabaran untuk memasak hidangan chef selebriti, Liaw ragu-ragu yang beliau mempunyai teknik yang cukup untuk memenangi gelaran.[9]

Pada 22 Julai 2010, Liaw adalah pencabar pertama yang mendapat tempat di peringkat akhir.[10]

Pada hari Ahad, 25 Julai 2010, beliau diumumkan sebagai pemenang MasterChef Australia, Musim 2, mengalahkan Callum Hann dengan mata 89-82 untuk gelaran tersebut.[2][11] Kemenangannya masih merupakan acara televisyen bukan sukan yang paling banyak ditonton dalam sejarah Australia.[12]

Rujukan sunting

  1. ^ Cooper, Amy (2 December 2019). "How to bring the family together come Christmas time". Good Food.
  2. ^ a b "Adam Liaw wins MasterChef Australia". The Spy Report. Media Spy. 25 July 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 July 2010. Dicapai pada 25 July 2010.
  3. ^ "Celebrity chef Adam Liaw looks back on early life in Australia". SBS News.
  4. ^ "Siaw Lin Liaw". ahpra.gov.au. Dicapai pada 27 July 2010.
  5. ^ "Queen's honours for orphanage founder". abc.net.au. 8 June 2009. Dicapai pada 27 July 2010.
  6. ^ "Adam Liaw wins MasterChef Australia". masterchef.com.au. 26 July 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 July 2010. Dicapai pada 26 July 2010.
  7. ^ Liaw, Adam (29 September 2009). "Twitter post". twitter.com. Dicapai pada 22 July 2010.
  8. ^ "Top 24 MasterChef contestants". onfood.com.au. 27 April 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 July 2010. Dicapai pada 22 July 2010.
  9. ^ "I can't win, says MasterChef's Adam Liaw". news.com.au. 9 June 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 June 2010. Dicapai pada 22 July 2010.
  10. ^ Leo, Jessica (22 July 2010). "Callum, Adam take South Australia into MasterChef finals". adelaidenow.com.au. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 July 2010. Dicapai pada 22 July 2010.
  11. ^ Idato, Michael (25 July 2010). "Adam wins MasterChef". Sydney Morning Herald. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 July 2010. Dicapai pada 25 July 2010.
  12. ^ "MasterChef smashes ratings record". ABC News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 January 2016.

Pautan luaran sunting

Didahului oleh
Julie Goodwin
Pemenang
MasterChef Australia

2010
Diikuti oleh:
Kate Bracks