Adnan Kapau Gani

Revolusioner dan Pahlawan Nasional Indonesia

Adnan Kapau Gani (16 September 1905 – 23 Disember 1968), sering dipendekkan sebagai A. K. Gani, ialah seorang ahli politk Indonesia. Anak kelahiran Sumatera Barat, beliau menghabiskan zaman remaja di Pulau Jawa, di mana beliau mempelajari ilmu perubatan dan melibatkan diri dengan pergerakan nasionalis Indonesia sebelum berangkat ke Sumatera Selatan untuk bertugas sebagai seorang doktor. Semasa Revolusi Nasional Indonesia beliau berkhidmat sebagai Menteri Kebajikan selama tiga penggal; buat dua daripada penggal ini beliau juga berkhidmat sebagai seorang naib perdana menteri. kemudian Adnan Gani berhijrah ke Palembang, Sumatera Selatan, di maman beliau terus aktif dalam politik sehinggalah beliau meninggal dunia. Pada bulan November 2007 Adnan Gani dinobatkan sebagai seorang Pahlawan Nasional Indonesia.

Drs.

Adnan Kapau Gani
Adnan Gani c. 1946
Menteri Kebajikan Indonesia
Dalam jawatan
2 Oktober 1946 – 29 Januari 1948
PresidenSukarno
Didahului olehDarmawan Mangunkusumo
Digantikan olehSjafruddin Prawiranegara
Naib Perdana Menteri Indonesia
Dalam jawatan
3 Julai 1947 – 29 Januari 1948
PresidenSukarno
Perdana MenteriAmir Sjarifuddin
Butiran peribadi
Lahir(1905-09-16)16 September 1905
Palembajan, Sumatera Barat, Hindia Timur Belanda
Meninggal dunia23 Disember 1968(1968-12-23) (umur 63)
Indonesia Palembang, Sumatra Selatan, Indonesia
Tempat persemadianTaman Makam Pahlawan Siguntang
KewarganegaraanIndonesia
Kerakyatan Indonesia
Parti politikParti Nasional Indonsia
PasanganMasturah

Zaman revolusi nasional sunting

Selepas kemerdekaan Indonesia dan semasa revolusi berikutnya, AK Gani meraih kuasa politik sambil juga berkhidmat dalam angkatan tentera. Dari tahun 1945 sehingga tahun 1947 beliau menjadi pesuruhjaya PNI (Partai Nasional Indonesia) di Sumatera Selatan sekaligus berkhidmat dalam lembaga parti. Beliau juga mengkordinasi usaha-usaha ketenteraan dalam wilayah (Bahasa Indonesia: Provinsi) tersebut.[1][2] Beliau menganggap Palembang sebagai wilayah ekonomi yang kuat buta negara yang baharu merdeka itu denagn memberi hujah bahawa dengan petroleum mereka boleh meraih sokongan antarabangsa. Beliau menjadi perunding penjulan minyak dengan badan-badan antarabangsa, termasuk syarikat Shell milik Belanda, sambil menyeludup senjata dan bekalan ketenteraan, membolosi sekatan Belanda.[3] Beliau memiliki perhubungan dengan masyarakat Cina di Singapura yang membantu beliau menjalankan kegiatan ini.[4]

 
AK Gani, s. 1947

Dari 2 Oktober 1946 sehingga 27 Jun 1947, Adnan Gani berkhidmat sebagai Menteri Kebajikan di bawah Sutan Sjahrir dalam [[Kabinet Sjahrir Ketiga|kabinet ketiga perdana menteri, Sjahrir;[5] Sjahrir kemudiannya menyatakan bahawa beliau berasa seolah-olah Adnan Gani telah diletakkan tanpa restu beliau (Sjahrir) oleh Sukarno, yang pada masa itu berkhidmat sebagai presiden.[6] Semasa berkhidmat sebagai menteri kebajikan, AK Gani, bersama-sama Sjahrir dan Mohammad Roem, bertugas sebagai ahli rombongan Indonesia ke sesi plenari ketiga buat Persetujuan Linggadjati, menjadi salah seorang daripada penandatangan pada 25 Mac 1947;[7] pihak Belanda menganggap beliau tidak diplomatik dan cenderung menunjukkan emosinya.[3] Beliau juga berusaha untuk mewujudkan rangkaian perbankan, BTC, dan juga beberapa kesatuan pekerja.[3][8]

Bersama-sama dengan Amir Sjarifuddin dan Setijadji, AK Gani menjadi salah seorang formateur buat kabinet baharu, yang mendapat mandat pada 3 Julai.[9] Beliau meneruskan perkhidmatan sebagai Menteri kebajikan sambil sekali gus menjadi naib perdana menteri di bawah Sjarifuddin.[10] AK Gani merupakan menteri kabinet pertama yang ditahan semasa Operasi ''Product'', serbuan Belanda terhada wilayah Indonesia pada pertengahan Julai, akan tetapi beliau kemudiannya dibebaskan.[1] Beliau juga menghadiri sebuah persidangan perdagangan di Havana, Cuba.[11] Dalam Kabinet Sjarifuddin kedua AK Gani kekal berkhidmat sebagai naib perdana menteri dan menteri kebajikan[12] sehinggalah kejatuhan kabinet pada 29 Januari 1948 berikutan perasaan ketidakpuasan tentang Persetujuan Renville.[13]

Zaman pasca revolusi sunting

Selepas tamatnya revolusi dalam tahun 1949, AK Gani menjadi Gabenur Tentera Sumatera Selatan. Dalam tahun 1954, sambil masih terlibat dengan politik sebagai menteri pengangkutan dalam Kabinet Ali Sastroamidjojo Pertama, beliau menjadi rektor Universiti Sriwijaya di Palembang; beliau kekal aktif di dalam wilayah itu sehinggalah beliau meninggal dunia pada 23 Disember 1968. Beliau disemadikan di Makam Pahlawan Siguntang di Palembang.[1][14] Adnan Gani meninggalkan seorang balu, Masturah; mereka tidak memiliki zuriat.[15]

Legasi sunting

Pada 9 November 2007, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mengurniakan Adnan Kapau Gani dengan gelaran Pahlawan Nasional Indonesia;[16] AK Gani menerima gelaran tersebut bersama-sama Slamet Rijadi, Ida Anak Agung Gde Agung, dan Moestopo based on Presidential Decree Number 66 / TK of 2007.[17]

Rujukan sunting

Nota kaki

Bibliografi

  • "Adnan Kapau Gani". Encyclopedia of Jakarta (dalam bahasa Indonesian). Jakarta City Government. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-29. Dicapai pada 29 July 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Biran, Misbach Yusa (2009). Sejarah Film 1900–1950: Bikin Film di Jawa (dalam bahasa Indonesian). Jakarta: Komunitas Bamboo working with the Jakarta Art Council. ISBN 978-979-3731-58-2. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  • "Four forgotten independence heroes get official recognition". The Jakarta Post. 11 November 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-03. Dicapai pada 17 March 2011.
  • Hägerdal, Hans (2009). Responding to the West: Essays on Colonial Domination and Asian Agency. ICAS publication series. 5. Amsterdam: Amsterdam University Press. ISBN 978-90-8964-093-2.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Mrázek, Rudolf (1994). Sjahrir: Politics and Exile in Indonesia. Studies on Southeast Asia. Ithaca: Southeast Asia Program, Cornell University. ISBN 978-0-87727-713-2.CS1 maint: ref=harv (link)
  • "Kabinet Sjarifoeddin". Kedaulatan Rakjat. 4 July 1947. m/s. 2. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
  • Mufid, Fauzani (23 July 2012). "Menyelundup untuk Kemakmuran Republik". Prioritas (dalam bahasa Indonesian). Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-29. Dicapai pada 29 July 2012. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  • "Presiden Anugerahkan Gelar Pahlawan Nasional". Suara Merdeka (dalam bahasa Indonesian). 10 November 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-03. Dicapai pada 17 March 2011. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  • "Penetapan Nomor 0073/Pdt.P/2008/PA.Plg". Palembang: Religious Court of Palembang. 31 July 2008. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan); Cite journal requires |journal= (bantuan)
  • Suprapto, Bibit (1985). Perkembangan Kabinet dan Pemerintahan Indonesia (dalam bahasa Indonesian). Jakarta: Ghalia. OCLC 13555282. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  • Yong, Mun Cheong (2003). The Indonesian Revolution and the Singapore Connection, 1945–1949. Singapore: Singapore University Press. ISBN 978-9971-69-276-6.CS1 maint: ref=harv (link)