Agribazaar dijenamakan sebagai Agrobazaar Online ialah sebuah portal edagang yang dimiliki oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Merupakan satu program di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). Dimiliki oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MOA) dan diuruskan oleh FAMA. Ianya telah diperkenalkan oleh YBM pada 11 Disember 2014 sempena perhimpunan Bulanan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia di Putrajaya. Agrobazaar.com.my menyediakan pasaran baru dan mampan untuk produk pertanian dengan mewujudkan satu komuniti agro-makanan atas talian.

Visi

Menjadi e-pasaran produk agromakanan yang lestari dan berkembang maju untuk komuniti tempatan dan antarabangsa.

Misi

Menyediakan pasaran baru dan mampan untuk produk pertanian dengan mewujudkan satu komuniti agro-makanan atas talian bagi meningkatkan kualiti hidup komuniti.

Model agrobazaar.com.my (Info brokerage, virtual community & entrepreneur development)

1.     Maklumat

2.     Latihan

3.     Perkhidmatan Sokongan

4.     Komuniti

5.     Nilai rantaian online dan offline

Maklumat:

Harga sayur dan buah terkini, Maklumat Senarai Pasar Tani, lokasi, calendar buah bermusim.

Latihan:

Pembangunan Usahawan melalui New Breed Marketeer Entrepreneur (NBME) sebagai usahawan pemasar secara online di Agrobazaar.

Perkhidmatan Sokongan:

Perkhidmatan sokongan ini  menyediakan info kementerian/jabatan/agensi bagi pensijilan, pembiayaan dan perbankan, logistik, tenaga kerja, latihan dan katering

Komuniti:

Pembangunan Komuniti usahawan dalam menambah nilai produk-produk keusahawan melalui platform forum, sharing, tips dan info.

Nilai Rantaian Online dan Offline.

Nilai tambah rantaian online dan offline termasuk operasi, logistik, gerbang pembayaran, teknologi, jualan, pemasaran dan khidmat pelanggan kepada golongan sasar yang lebih efektif. Contohnya, OS ticketing untuk helpdesk, gerbang pembayaran melalui internet banking seperti FPX, Webcash.

Kategori Produk

1.     Tanaman – Sayur, buah, bunga, herba, dll

2.     Perikanan – ikan air tawar, ikan marin, ikan hiasan dll

3.     Ternakan – lembu, kambing, ayam dll

4.     Industri Asas Tani – sejukbeku, biskut, minuman dll

5.     Agro-Pelancongan – makanan popular, homestay, kraftanga, dll

6.     Agro Perkhidmatan – latihan, pensijilan, input-input, mein-mesin dll

Ciri-ciri agrobazaar

1.     Responsif mengikut gajet yang digunakan

2.     QR Code  - boleh diimbas menggunakan telefon pintar untuk pembelian

3.     Lokaliti – imej peta di mana kedai penjual atau lokasi ambilan

4.     Seller rating  - bergantung kepada prestasi pekedai

Rakan Kolaborasi

•       MOA (Pemilik Portal)

•       FAMA (Pengurusan Portal)

•       Jabatan/Agensi MoA – Maklumat dan Pembangunan Usahawan

•       MIMOS (Platform Portal)

•       MAMPU (Emel, Perkakasan – PDSA, Gerbang Pembayaran)

•       Webonline Sdn Bhd (Gerbang Pembayaran)

•       POS Laju – Logistik

•       Telebiz – Logistik

•       KTMD - Logistik