Ahmad Farid Ridzuan

Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan SMW, SSAP, DPMS, DPTJ, MBA International Business (USA), BBA Marketing (Western Michigan), BBA Management (Western Michigan) (lahir 1961) adalah Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad dan Ahli Lembaga Pengarah kumpulan itu. [1]

Pendidikan sunting

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Pemasaran) dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Pengurusan & Pentadbiran) dari Western Michigan University, Kalamazoo, Michigan, USA. Beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan (Perniagaan Antarabangsa) di US International University, San Diego, California, Amerika Syarikat.

Kerjaya sunting

Sekitar 1998-2002, beliau menjadi Pengarah Eksekutif di Leo Burnett Advertising. Pada April 2002-Ogos 2006, beliau menjadi Ketua Pegawai Eksekutif TV3. Kini, beliau merupakan Ahli Lembaga Pengarah di dalam semua anak syarikat milik Kumpulan Media Prima Berhad. Beliau sebelum ini merupakan eksekutif di Celcom.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting