Ahmad Nordin Mohd Amin

Allahyarham Tan Sri Ahmad Nordin Mohd Amin adalah ahli politik veteran UMNO dari Melaka, Malaysia. Beliau adalah tokoh pembangunan sosio ekonomi Melaka.

Tan Sri

Ahmad Nordin Bin Mohd Amin


PSM; DCSM,l; AMN, PPT, JP
Anggota Dewan Undangan Negeri Melaka
untuk Tanjong Minyak
Dalam jawatan
1978–1982
Didahului olehMohammad Noor Nordin
Digantikan olehAhmad Abdullah
MajoritiMenang tanpa bertanding
Anggota Dewan Undangan Negeri Melaka
untuk N14, N12 Sungai Udang
Dalam jawatan
1982–1990
Didahului olehYB Abdul Rashid Othman
Digantikan olehYB Mohd Ali bin Mohd Rustam
Majoriti(PRU-6)
(PRU-7)
Butiran peribadi
Lahir(1934-04-18)18 April 1934
Kampung Lereh, Tanjung Kling
Meninggal dunia28 Februari 2015(2015-02-28) (umur 80)
Hospital Pakar Putra, Melaka
Parti politik Barisan Nasional - UMNO
PasanganPuan Seri Halijah Aji
KediamanBatang Tiga, Tanjung Kling

Ahmad Nordin berkelulusan Barrister-At-Law (Middle Temple) London dan memulakan khidmat undang-undang pada tahun 1977 di Melaka. Kemudian berkhidmat sebagai Ahli Majlis Eksekutif Kerajaan Negeri Melaka selama 3 penggal sehingga tahun 1987. Ahmad Nordin mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam mengendalikan Pembangunan Hartanah, rundingan perniagaan dan perundingan undang-undang.

Kerajaan Negeri Melaka telah melantik beliau sebagai salah seorang daripada hakim-hakim Mahkamah Rayuan Syariah Melaka pada tahun 1999. Beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi "Lembaga Rayuan Perancang Bandar & Desa Negeri Melaka".

Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) sunting

Selepas mengundurkan diri dari arena politik, beliau merupakan Timbalan Presiden MUBARAK, sebuah wadah yang memperjuangkan nasib dan kepentingan wakil-wakil rakyat di Malaysia.[1] .

Beliau dianugerahkan pingat PSM, DCSM , AMN, PPT dan JP atas jasa-jasa beliau selama ini.

Meninggal Dunia sunting

Tan Sri Ahmad Nordin Mohd Amin, meninggal dunia pada tanggal 28 Februari 2015 akibat komplikasi jantung selepas menerima rawatan beberapa hari di Hospital Pakar Putra Melaka. Allahyarham yang juga Presiden Majlis Datuk-Datuk Negeri Melaka ketika hayatnya menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 2:20 petang di sisi beberapa ahli keluarganya di hospital berkenaan. [2] [3]

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Kling, pada 6.30 petang hari yang sama. Allahyarham meninggalkan seorang balu Puan Seri Halijah Aji dan lapan orang anak iaitu tujuh perempuan dan seorang lelaki. [4]

Rujukan sunting

1. Biografi MUBARAK Melaka :Tan Sri Ahmad Nordin Bin Mohd. Amin ; Hanipah Hussin; 2008; Penerbit Universiti UTEM