Air lembut ialah air yang mempunyai kepekatan kalsium karbonat dan ion lain yang agak rendah. Ia mengandungi kurang daripada 85.5 bahagian per juta kalsium karbonat.

Air yang mudah berbuih dengan sabun dipanggil atau dikenali sebagai air lembut.Ia menerangkan tentang air yang mengandungi sedikit atau tiada mineral seperti ion kalsium (Ca) atau magnesium (Mg). Istilah ini biasanya relatif kepada air liat, yang mengandungi sejumlah besar ion tersebut.

Air lembut kebanyakannya berasal dari sumber gambut atau batu igneus, seperti granit tetapi mungkin juga berasal dari sumber batu pasir, kerana batuan sedimen tersebut biasanya rendah kalsium dan magnesium.[1]

Air liat mungkin lebih baik untuk jantung daripada air lembut. Ion kalsium (Ca) dan magnesium (Mg)nya mungkin merupakan makanan tambahan untuk sesetengah orang.

Kelemahan utama air liat ialah ia memendapkan kalsium karbonat pada paip, terutamanya paip air panas. Ini dipanggil "pembentukan skala". Ia boleh menyebabkan paip tersumbat dan mengurangkan kecekapan dandang. Selain itu, sabun dan detergen tidak berfungsi dengan baik dalam air liat. Kesan ini meningkat apabila keliatan meningkat.

Rujukan sunting

  1. ^ Hermann Weingärtner (2006). Ullmann's Encyclopedia of Industrial Chemistry. Weinheim. DOI:10.1002/14356007.a28_001: Wiley–VCH.CS1 maint: location (link)