Aji Kuning, Sebatik Barat, Nunukan

kampung di Indonesia

Aji Kuning merupakan sebuah desa di wilayah kecamatan Sebatik Barat, kabupaten Nunukan, Provinsi Kalimantan Timur, Indonesia.

Aji Kuning
Negara Indonesia
ProvinsiKalimantan Timur
KabupatenNunukan
KecamatanSebatik Barat
Luas-
Jumlah penduduk-
Kepadatan-

Aji Kuning sebenarnya kawasan perbatasan bagi 2 negara iaitu Malaysia dan Indonesia.Dek kerana tiada usaha-usaha untuk menyisihkan titik-titik persempadanan di antara kedua-dua negara, terdapat sebilangan penduduk terlebih dahulu membangun penempatan di situ. Hanya pada tahun 1981, baru usaha-usaha itu dilakukan. Pihak berwajib kedua-dua negara telah menandakan perbatasan secara garisan lurus dari barat ke timur dan garis itu telah melewati kawasan kampung itu. Hasilnya, beberapa rumah telah betul-betul berada di atas titik perbatasan. Di bahagian utara Pulau Sebatik yang lebih kecil menjadi wilayah Malaysia, di bawah pentadbiran daerah Tawau, negeri Sabah dan di selatan menjadi Kecamatan Sebatik menginduk kepada Kabupaten Nunukan, Indonesia. Di Malaysia terletak Wallace Bay, Sungai Tongkang dan Kampung Melayu manakala di Indonesia terletaknya Sungai Nyamuk dan Sungai Pancang.