Akadku Yang Terakhir (novel)

Akadku Yang Terakhir ialah novel 2014 oleh penulis novel Malaysia, Acik Lana, dikeluarkan pada 2014 oleh Kaki Novel.[1] Novel ini telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama pada 2016.

Akadku Yang Terakhir
Umum
PengarangAcik Lana
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreRomantik
Penerbitan
PenerbitKaki Novel
Tarikh penerbitan
April 2014
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman957
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789670448657

Sinopsis sunting

Tugas sebagai seorang Pakar Psikoterapi telah menemukan Rania Baheera dengan seorang duda yang tiga kali berkahwin, tiga kali bercerai tanpa sebab bernama Irham Zahri. Dan keengganan Irham Zahri untuk bekerjasama dalam setiap sesi terapi yang diatur menambahkan rasa sebal di hati Rania.

Hati yang rimas mula bergetar indah tatkala kehadiran Rania berjaya menghapus bayang-bayang silam dan menyuntik keyakinan buat dirinya. Usaha meraih kepercayaan Rania membuahkan hasil apabila cinta yang dihulur disambut penuh kasih. Dan sekali lagi lafaz akad nikah meniti di bibir Irham Zahri dengan tekad yang perkahwinan ini akan menjadi akadnya yang terakhir. Tiada lagi selepas Rania!

Tatkala dibuai keindahan menikmati alam berumah tangga, hubungan Rania dan Irham Zahri bergoncang dengan kehadiran Zalia yang menaruh dendam dan juga sikap melindungi Fazriq.

Mampukah akad yang dilafaz menjadi akad terakhir yang kekal sehingga ke hujung nyawa?

“Kerana aku mula mengerti betapa indah cintamu, Betapa agung dan tulus kasih sayangmu, Kini aku bersumpah, kau yang terakhir buatku….”

Adaptasi drama sunting

Akadku Yang Terakhir telah diadaptasi sebaagai sebuah siri drama bertajuk sama yang memulakan tayangan perdana di Slot Tiara Astro Prima bermula 6 April 2016, dibintangi oleh Amar Baharin dan Tiz Zaqyah.

Rujukan sunting

  1. ^ Akadku Yang Terakhir by Acik Lana Goodreads. Dicapai pada 22 Mac 2017.