Akhal-Teke adalah sejenis baka kuda yang berasal dari Turkmenistan, di mana ia merupakan lambang negara.[1] Ia terkenal kerana pantas, lasak, cerdik, serta unik dengan bulu yang 'berkilat', dan oleh itu dikenali dengan jolokan "Kuda Emas".[2] Kuda ini sesuai dengan keadaan iklim yang melampau, malah dipercayai sebagai antara baka kuda tertua yang masih wujud.[3] Kini terdapat sekitar 6,600 ekor kuda Akhal-Teke di dunia, terutama sekali di Turkmenistan dan Rusia, bahkan juga di seluruh Eropah dan Amerika Utara.[4]

Akhal-Teke

Akhal-Teke
Ciri-ciri unggul: Kuda tunggangan yang dibiakbaka untuk ketahanan lasak; terkenal dengan bulu 'berkilau' pada sesetengah individu
Negara asal: Turkmenistan
Kuda (Equus ferus caballus)
Kuda Akhal-Teke kuno, gangsa, abad ke-4 SM. [1]

Terdapat beberapa teori mengenai akar-umbi keturunan Akhal-Teke yang menjangkau beribu-ribu tahun dahulu. Puak-puak asal Turkmenistan memilih biak baka kuda, mencatatkan pedigri mereka secara lisan dan menggunakan kuda tersebut untuk menyerbu. Baka Akhal-Teke pernah digunakan dalam pertempuran melawan Empayar Rusia yang berakhir dengan kekalahan, lalu digolongkan ke dalam Empayar tersebut sekali dengan negaranya. Kuda Akhal-Teke telah mempengaruhi banyak baka lain, termasuk beberapa baka Rusia. Juga terdapat sedikit sebanyak pembiakbakaan kacuk dengan Belima untuk melahirkan kuda lumba yang pantas dan mampu berlari jauh, tetapi kurangnya kelasakan Akhal-Teke asli.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Permanent Mission of Turkmenistan to the United Nations, Country Facts". Un.cti.depaul.edu. Dicapai pada June 12, 2007.
  2. ^ Metallic Sheen as Observed in Individuals of the Akhal-Teke Breed; By Danielle Westfall, Zoology major, Ohio Wesleyan University
  3. ^ Cieslak, Michael, et al. "Origin and history of mitochondrial DNA lineages in domestic horses." PLoS One 5.12 (2010): e15311. "Eleven out of these 39 haplotypes were lineages that were confined to a single primitive breed (B/Arabian; D2d/Cheju; G1/Akhal Teke; H/Garrano; H1/Marismeno; H1a/Lusitano; K2b1/Sicilian Oriental Purebred; K3b/ Yakut; X1/Pottoka; X2a/Debao; X3c/Lusitano; X5/Fulani). "
  4. ^ 01.10.2012, 1st Report from WATO President Christoph Vogel, The breed of Akhal-Teke is facing a crisis: "In her world census for 2012, Jessica Eile-Keith estimated a world population of about 6’600 Akhal-Teke: Turkmenistan ± 3’000, Russia ± 1’600, Central Asia ± 300, USA ± 450, Western Europe ±1’300. With a total of 6’600 Akhal-Teke, one or two specialisation would be justifiable."

Pautan luar

sunting