Akhenaten, dikenal sebagai Amenhotep IV pada awal masa pemerintahannya, adalah firaun dinasti ke-18 Mesir, sangat terkenal kerana mengubah sistem agama Mesir menjadi monoteis dengan menyembah Aten. Baginda adalah putera Amenhotep III dengan isterinya Tiye dan putera sulung ayahnya. Baginda mulanya tidak dicadangkan untuk menjadi raja hinggalah kakanda baginda, Tuthmose mangkat.

Akhenaten dan keluarganya menyembah Aten

Amenhotep IV menjadi raja setelah ayahanda baginda, Amenhotep III mangkat setelah memerintah 38 tahun. Permaisuri Akhenaten adalah Nefertiti, yang sekarang terkenal kerana patung kepalanya yang menjadi rebutan kerajaan Mesir di Altes Museum Berlin.

Pautan luarSunting