Al Bahah (Bahasa Arab: ٱلْبَاحَة‎, Al-Bāḥah) merupakan sebuah bandar di barat Arab Saudi dalam kawasan Hijaz. Ia merupakan ibu negeri bagi Wilayah Al-Bahah, dan menjadi salah satu tarikan pelancongan utama di Arab Saudi. Ia mempunyai iklim yang menyenangkan dan dikelilingi oleh lebih dari empat puluh hutan, termasuk Raghdan, al Zaraeb dan Baidan.

Al Bahah

الباحة
al-Bāḥah
Pandangan bandar Al-Bahah berlatarbelakangkan Pergunungan Hijaz
Pandangan bandar Al-Bahah berlatarbelakangkan Pergunungan Hijaz
Nama panggilan: 
Taman Hijaz
حديقة الحجاز
Ḥadīqat al-Ḥijāz
Al Bahah yang terletak di Arab Saudi
Al Bahah
Al Bahah
Koordinat: 20°00′45″N 41°27′55″E / 20.01250°N 41.46528°E / 20.01250; 41.46528Koordinat: 20°00′45″N 41°27′55″E / 20.01250°N 41.46528°E / 20.01250; 41.46528
NegaraFlag of Saudi Arabia.svg Arab Saudi
WilayahAl-Bahah
Ditubuhkan1600
Kerajaan
 • Emir WilayahHussam bin Saud bin Abdulaziz Al Saud
Ketinggian
2,155 m (7,070 ft)
Populasi
 (2010)
 • Jumlah104,266
 Anggaran Perbandaran Al-Bahah
Zon waktuUTC+3 (EAT)
 • Musim panas (DST)UTC+3 (EAT)
Kod kawasan+966-17

Al-Bahah ialah pusat yang menempatkan pentadbiran bagi Emir Wilayah, majlis tempatan dan cawangan jabatan kerajaan lain. Memandangkan Al-Bahah menjadi tumpuan khas oleh kerajaan, bandar Al-Bahah ini mempunyai banyak institusi kesihatan, pendidikan dan pelancongan. Ia dikira sebagai pusat bagi kabilah Ghamidi dan Zahrani, dan sebahagian besar penduduknya merupakan dari keturunan kabilah ini.

Al-Bahah digelar oleh Syarif Mekah sebagai "Taman Hijaz" (Bahasa Arab: حَدِيْقَة ٱلْحِجَاز‎, translit. Ḥadīqaṫ al-Ḥijāz)

RujukanSunting