Buka menu utama

Wikipedia β

Alan Hale (ahli astronomi)

Alan Hale (lahir (1958-03-07)7 Mac 1958)[1] merupakan seorang ahli falak profesional Amerika Syarikat yang dikenali melalui penemuan komet Hale-Bopp bersama-sama dengan ahli falak amatur Thomas Bopp.[2]

Alan Hale
Lahir (1958-03-07) 7 Mac 1958 (umur 59)
Tachikawa, Jepun
Warganegara Amerika
Bidang
Pusat pendidikan
Dikenali kerana Penemuan bersama komet Hale–Bopp

Hale mempunyai kepakaran dalam kajian bintang seperti matahari dan pencarian sistem planet luar suria dan mempunyai minat sampingan terhadap komet dan asteroid berdekatan Bumi. Beliau telah menjadi ahli falak yang aktif dalam sebahagian besar hidupnya dan kini menjawat jawatan sebagai presiden Institut Earthrise, yang diasaskan oleh beliau sendiri dimana misi penubuhannya adalah untuk menggunakan ilmu falak sebagai alat untuk memecah penghadang antara budaya dan bangsa.

Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) telah menamakan satu asteroid sebagai penghormatan kepada Hale iaitu 4151 Alanhale bagi mengiktiraf pemerhatian komet beliau yang banyak.

RujukanSunting

  1. ^ Hale, Alan (Mei 1992). Ph.D. Thesis: Orbital coplanarity in solar-type binary systems: implications for planetary system formation and detection. Universiti Negeri New Mexico (Perpustakaan Branson): University Microfilms International. Dicapai pada 11 September 2016. 
  2. ^ "IAUC 6187: 1995 O1". cbat.eps.harvard.edu. Biro Pusat Telegram Astronomi IAU. Dicapai pada 16 September 2016. 

Pautan luarSunting