Kumpulan Alfa adalah sebuah kumpulan penyanyi rock Malaysia yang mula dikenali semenjak tahun 1989 hingga 1992. Ditubuhkan di Kg Klang Gate Bahru pada 1988 atas desakan dan pujukan dari EMI Malaysia untuk bersaing derta menggantikan tempat Ekamatra yang hilang dari radar industri muzik Malaysia. ALFA dengan bimbingan ahli kumpulan RUSTY BLADE (Khalid Mobin, Zan dan Md Nor) telah menghasilkan sebuah album mengandungi 11 lagu yang berjudul Wajah Seribu Erti dan dikeluarkan pada 1990.

Alfa
Kulit album kumpulan Alfa
Latar belakang
Berasal dariKuala Lumpur Kuala Lumpur
GenreRock
PekerjaanVokal / Pemuzik
Tahun aktif1989 hingga 1992
Syarikat rakaman
EMI
Pengkarya berkait
Berkumpulan
AhliAlfa
Rumie
Bekas ahliBad
Amril
Amran

Album yang berlatar belakang dan berkonsepkan Heavy Metal ini telah digam oleh radio-radio Malaysia kerana mengandungi unsur-unsur peperangan dan isu semasa. Bagi badan panel penilai album ini agak agresif dan tidak sesuai untuk pendengar masa itu. Dari 11 lagu hanya 2 lagu yang boleh diputarkan oleh radio iaitu Wajah Seribu Erti dan Perutusan.

Pada 1991 sebelum bermulanya rakaman album kedua, Alfa selaku pemilik kumpulan telah membuang semua anggota asal ALFA (kecuali Rumie) kerana berlain idelogi dan konsep. Kumpulan ALFA telah bergerak secara "underground" sehinggalah EMI memujuk Alfa untuk kerakamkan album kedua pada tahun berikutnya.

Semasa pembikinan album kedua mereka, Kehidupan, pada tahun 1992, Alfa selaku ketua kumpulan sekali lagi telah membubarkan kumpulan tersebut atas dasar ingin meneroka jenis muzik yang lain dan merasakan dunia muzik rock dimasa itu telah terpesong dengan lahirnya kumpulan-kumpulan rock balada melayu. Rakaman album kedua ini juga menggunakan tenaga produksi yang sama. (Md Nor dan Khalid Mobin) selaku penerbit. Tetapi oleh kerana kesibukan Alfa dan Rumie dengan kerja-kerja penerbitan album artis-artis lain dan produk-produk muzik lain, dan juga kerana tiada penyanyi yang sesuai untuk menyampaikan lagu-lagu didalam album itu, projek album kedua yang telah siap dirakam sepenuhnya itu telah diserahkan kepada kumpulan Menara (SRC) untuk dimasukkan vokal serta disiapkan.

Sehingga kini Alfa dan Rumie masih aktif sebagai sessionist, penerbit & penggubah muzik di studio milik mereka RUMIE MUSIC LAB di Ukay Perdana. Manakala anggota-anggota kumpulan ALFA yang lain sudah tidak aktif, bersara dan sangat tua untuk berada diatas pentas.

Ahli-ahli sunting

Ahli kumpulan Alfa terdiri daripada 5 orang pemuda.

Alfa Booty (Guitar 1/Keyboard)
Rumie Booty (Drum)
Badrul (Guitar 2)
Amril Amran (Bass/Vocal)
Amran Yusof (Vocal)

Diskografi sunting

  • Wajah Seribu Erti (1990)
  • Kehidupan (1992)
  • Alfa (1994)

Album sunting


WAJAH SERIBU ERTI(1990)

1 Wajah Seribu Erti
2 Demi Cinta Setia
3 Pasrah Dalam Penantian
4 Sesat Dalam Cinta
5 Kota Impian
6 Tarian Hidup
7 Perutusan
8 Mawar Putih
9 Warisan Perang
10 Lubnan

Pautan luar sunting