Alexandra Dawn "Ali" Wong (lahir 19 April 1982)[1][2] ialah seorang pelakon, pelawak berdiri, dan penulis Amerika Syarikat.[3][4] Beliau terkenal dengan persembahan khas lawak berdirinya, Baby Cobra dan Hard Knock Wife yang ditayangkan di Netflix. Selain itu, beliau membintangi beberapa siri televisyen seperti American Housewife, Are You There, Chelsea?, Inside Amy Schumer, dan Black Box. Beliau juga menjadi penulis sitkom Fresh Off the Boat untuk 3 musim pertamanya. Pada tahun 2019, beliau mendapat watak utama pertamanya dalam filem Always Be My Maybe bersama Randall Park.

Ali Wong
Ali Wong tersenyum
Ali pada 2012
Kelahiran
Alexandra Dawn Wong

(1982-04-19) 19 April 1982 (umur 42)
Pusat pendidikanUCLA
PekerjaanPelakon, pelawak, penulis
Tahun aktif2005–kini
PasanganJustin Hakuta (k. 2014)
Anak-anak2
SaudaraKen Hakuta (mertua)
Laman web rasmihttp://www.aliwong.com

Filemografi sunting

Sebagai pelakon sunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2011 Breaking In Ana Ng 3 episod
2012 Are You There, Chelsea? Olivia 12 episod
2012 Savages Claire
2013 Dealin' with Idiots Katieie
2014 Black Box Dr. Lina Lark 13 episod
2014–2015 Inside Amy Schumer Pelbagai watak 3 episod
2015 BoJack Horseman Maddy (suara) Episod: "Escape from L.A."
2016 Animals. Dana (suara) Episod: "Rats"
2016 The Angry Birds Movie Betty Bird (suara)
2016–2021 American Housewife Doris
2017 Fresh Off the Boat Margot Episod: "The Flush"
2017 The Lego Ninjago Movie Jeneral Olivia (suara)
2017 Father Figures Ali
2018 Ralph Breaks the Internet Felony (suara)
2018 OK K.O.! Let's Be Heroes Twisty (suara) Episod: "Soda Genie"
2018 Ask the Storybots Otak Episod: "How Do Ears Hear?"
2019 Tuca & Bertie Bertie (suara)
2019 Always Be My Maybe Sasha juga sebagai penulis cerita
2020 Birds of Prey Ellen Yee

Sebagai diri sendiri sunting

Tahun Tajuk Catatan
2012 Chelsea Lately 9 episod
2013 Hey Girl 5 episod
2013 Best Week Ever 16 episod
2016 Ali Wong: Baby Cobra Persembahan khas lawak di Netflix
2017 Bill Nye Saves The World S2E4 - Netflix
2018 Ugly Delicious S1E8 - Netflix
2018 Ali Wong: Hard Knock Wife Persembahan khas lawak di Netflix

Rujukan sunting

  1. ^ Wong, Ali (Winter 2004). "Discoveries Terrible and Magnificent" (PDF). Asian American Studies 116. UCLA. Dicapai pada May 8, 2016.
  2. ^ "Black Box: Ali Wong. Lina Lark on ABC's "Black Box"". ABC Television (Siaran akhbar). May 18, 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada February 2, 2014. Dicapai pada January 29, 2014. Diarkibkan 2014-02-02 di Wayback Machine
  3. ^ Shady, Justin (July 26, 2011). "Ali Wong: Spitfire standup embraces dark". Variety. Dicapai pada January 29, 2014.
  4. ^ Molyneaux, Libby (October 3, 2013). "Ali Wong: L.A.'s Raunchiest Vietnamese-Chinese-American Standup Comic". LA Weekly. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-10. Dicapai pada January 29, 2014.

Pautan luar sunting