Buka menu utama
Kultur bacillus yang biasa. Banyak alkalifil mempunyai morfologi bacillus.

Alkalifil (الکاليفيل) merupakan kelas mikrob lampau yang mampu hidup dalam persekitaran kealkalian (pH kira-kira 8.5–11), membesar secara optimum sekitar pH 10. Bakteria ini boleh lagi dikategorikan sebagai alkalifil obligat (yang memerlukan pH tinggi untuk hidup), alkalifil fakultatif (berupaya untuk hidup dalam pH tinggi, tetapi juga membesar di bawah keadaan normal) dan haloalkalifil (yang memerlukan kandungan garam yang tinggi untuk hidup).[1]

Maklumat latar belakangSunting

Pertumbuhan mikrob dalam keadaan beralkali mengemukakan beberapa komplikasi kepada aktiviti dan pembiakan biokimia biasa kerana pH yang tinggi boleh memudaratkan proses-proses sel biasa. Contohnya, kealkalian boleh membawa kepada penyahaslian DNA, ketidakstabilan membran plasma dan pentakaktifan enzim sitosol serta perubahan-perubahan fisiologi tidak menggalakkan yang lain.[2] Oleh itu, untuk mengelakkan halangan tersebut, alkalifil mesti sama ada mempunyai jentera sel tertentu yang berfungsi dengan baik dalam lingkungan kealkalian atau kaedah untuk mengasidkan sitosol yang berhubung dengan persekitaran luar sel. Untuk menentukan yang mana satu kemungkinan di atas digunakan oleh alkalifil, pengujikajian menunjukkan enzim alkalifil mempunyai pH optimum yang normal secara relatifnya. Penentuan bahawa enzim ini berfungsi paling cekap berhampiran julat pH fisiologi neutral (kira-kira 7.5–8.5) merupakan salah satu langkah utama menjelaskan bagaimana alkalifil hidup dalam persekitaran yang amat bes. Kerana pH sitosol mesti hampir kekal neutral, aklafil mesti mempunyai satu atau lebih mekanisme untuk mengasidkan sitosol apabila hadir dalam persekitaran kealkalian yang tinggi.

RujukanSunting

  1. ^ HORIKOSHI, KOKI. "Alkaliphiles: Some Applications of Their Products for Biotechnology." MICROBIOLOGY AND MOLECULAR BIOLOGY REVIEWS 63.4 (1999): 735-50. Print.
  2. ^ Higashibata, Akira, Taketomo Fujiwara, and Yoshihiro Fukumori. "Studies on the Respiratory System in Alkaliphilic Bacillus; a Proposed New Respiratory System." Extremophiles 2 (1998): 83–92. Print.