Amiene Rev
Amiene Rev atau Dragonizer atau nama sebenarnya Mohd Amien bin Mohd Yasin merupakan orang pertama yang menjadi Pengkritik Blog di rantau Malaysia, Singapura dan Indonesia.[1] Berasal dari Kota Bharu, Kelantan, penulis yang berbakat besar ini mempunyai minat yang tinggi dalam bidang pendidikan. Beliau banyak mengulas blog-blog berbahasa Melayu di Malaysia, Indonesia dan Singapura.[2]
Menerusi idea sebagai Pengkritik Blog, beliau telah sedaya upaya cuba untuk memupuk minat para penulis jurnal atau blog, supaya berusaha untuk menulis blog atau weblog dengan menggunakan Bahasa Melayu dengan ejaan yang betul. Beliau juga telah melabelkan Bahasa SMS sebagai Bahasa Buruk atau Bahasa Tidak Sopan.[3] Ini kerana Bahasa SMS telah merosakkan kedaulatan Bahasa Melayu dalam arena penulisan Bahasa Melayu.
Selain terlibat dalam usaha memperjuangkan Bahasa Melayu, Amiene Rev juga terlibat dalam penghasilan penulisan karya kreatif. Menggunakan pelbagai nama pena, hasil karyanya pernah disiar di beberapa buah majalah dan novel tempatan seawal tahun 2002. Beliau juga pernah dipilih untuk menulis jurnal dalam beberapa buah blog antarabangsa.[4]
Beliau juga merupakan pengasas kepada Program Khidmat Tutor Percuma untuk Anak-anak Desa Bakti. Menerusi program ini, Amiene Rev yang juga dikenali sebagai Cikgu Amien telah memperkenalkan Sistem Penyelarasan Tutor Fleksibel yang berjaya memikat ramai mahasiswa dan anak-anak setempat untuk melibatkan diri dalam program khidmat tutor percuma tersebut.[5] Program Khidmat Tutor Percuma ini dikatakan sebagai satu bentuk aktviti yang membudayakan ilmu secara santai dan berkesan untuk mengisi masa lapang para pelajar.
Dipercayai, program khidmat tutor percuma ini merupakan salah satu daripada usaha kecil-kecilan beliau untuk mewujudkan Sistem Pendidikan Universal yang murah tetapi berkesan pada masa akan datang.[6]
Rasa prihatin Amiene Rev terhadap masalah pembelajaran di kalangan pelajar terhadap subjek Matematik terserlah menerusi karya penulisannya yang ditulis di sebuah laman blog bernama Surat Untuk Takdir. Menerusi watak Romantis Selatan yang digambarkan dalam blog tersebut, Amiene Rev menggambarkan usaha, semangat dan luahan hati seorang pelajar universiti yang bertungkus-lumus mendapatkan pengiktirafan dalam bidang pengajiannya di universiti. Laman blog ini menarik perhatian beberapa novelis dan sasterawan terkenal tanah air seperti Faisal Tehrani, Aina Emir, Nisah Haron, Salina Ibrahim, Ainon Mohd dan beberapa nama besar yang lain. [7] Nama Romantis Selatan dan sajak-sajaknya juga terpahat di dalam salah sebuah novel karya novelis terkenal tanah air, iaitu Aina Emir yang juga merupakan penerbit KarnaDya Solutions menerusi novel Kau Laksana Bulan yang pernah mengungguli carta novel terlaris di pasaran. [8]
Pada tahun 2005, Amiene Rev mengasaskan sebuah web forum pendidikan dan kaunseling yang dipanggil Forum Dragonizer. Menerusi forum ini, beliau cuba memperkembangkan idea menyediakan perkhidmatan pendidikan secara percuma menerusi internet. Blog ini turut menyediakan ruangan khas untuk para pengunjung berkongsi masalah peribadi. Menggunakan nama Dragonizer, Amiene Rev telah membantu memberi semangat, motivasi dan kehidupan baru kepada beberapa pengguna forum tersebut.[9]
Kata-kata hikmah Amiene Rev yang juga dikenali sebagai Dragonizer:
"Seorang guru adalah seorang pendidik. Jika ia mahu menjadi guru maka jadilah seorang pendidik." - Dragonizer (Amiene Rev)
"Jika manusia dihormati kerana ilmunya, pendidik pula dihormati kerana sumbangannya dalam mendidik dan menabur ilmu. Setinggi mana ilmu seorang guru jika dia lokek untuk menyampaikan ilmunya maka sia-sialah dia sebagai seorang guru." - Dragonizer (Amiene Rev)
"Pengorbanan guru pada masa kini adalah terlalu besar. Guru adalah cermin jiwa masa depan seorang pelajar." - Dragonizer (Amiene Rev)
"Hati seorang guru adalah keras seperti intan. Tegas dan tidak ternilai harganya." - Dragonizer (Amiene Rev)
"Jika air mata seorang guru mengalir, maka ia adalah butiran mutiara dari sebuah tasik lautan ilmu yang dalam." - Dragonizer (Amiene Rev)
"Jika aku ingin berkias, maka aku akan disalah anggap telah terpesong akidahnya jika mengatakan guru itu umpama dewa yang turun dari langit. Maka tanpa berkias, tanpa makna tersirat, di sini ingin kujelaskan bahawa perkataan pendidik itu adalah terlalu tinggi nilainya berbanding dengan seorang perdana menteri. Kerana guru mampu melahirkan perdana menteri dan pemimpin pada masa depan." - Dragonizer (Amiene Rev)
Amiene Rev juga pernah mengajar secara merantau di beberapa buah sekolah dan pusat kebajikan di Malaysia secara percuma dalam usaha untuk mempertingkatkan lagi ilmu dan pengalamannya dalam bidang pendidikan. Konsep yang ditekankan dalam bidang pendidikan ialah pendidikan berasaskan bakat semulajadi dan motivasi minat pelajar.
Beliau banyak mengaplikasikan Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner, Teori 14 Kecerdasan dan Pembelajaran Berasaskan Personaliti dalam usaha-usahanya yang lebih ke arah mewujudkan sistem pendidikan unggul.
Karya Diterbitkan
suntingNovel Remaja dan Kanak-kanak
sunting- Gerbang Fantasia, Kuala Lumpur: K Publishing Sdn Bhd., 2015
- Kisah Dua Beradik - Ibrim dan Towa - Ular Gergasi Tasik Raga, Selangor: Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd., 2015
- Ini Untuk Kamu (ilustrasi oleh Dian K.S. Indonesia), Selangor: Buku Prima Sdn. Bhd., 2015
Cerita Pendek / Anekdot
sunting- Setitis Kebaikan Secangkir Kebahagiaan, Kelantan: Annur Raudah Publication, 2016
Puisi
sunting- Sunyi Sepi (Dewan Siswa), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001
- Bisa Sang Ratu (antologi bersama, Meracik Purnama): PENA & MBKM, 2019
- Jiwa Merdeka Jiwa Kita (antologi bersama, Meracik Purnama): PENA & MBKM, 2019
Pengarahan Pentas, Teater dan Lakonan
suntingSketsa / Teater
sunting- Antara Dua Gerai (dipentaskan di Kulai, 2012) - Jurulatih Lakonan, Pengarah & Penulis Skrip
- Demonstrasi Jalanan (dipentaskan di Kluang, 2013) - Jurulatih Lakonan, Pengarah & Penulis Skrip
- Demonstrasi Jalanan 2.0 (dipentaskan di Muar, 2014) - Jurulatih Lakonan, Pengarah & Penulis Skrip
- Pembalakan Haram (dipentaskan di Ledang/Tangkak, 2015) - Jurulatih Lakonan, Pengarah & Penulis Skrip
- Lamunan (dipentaskan di Johor Bahru, 2016) - Jurulatih Lakonan, Pengarah & Penulis Skrip
- Siapa Buntat? (dipentaskan di Segamat, 2017) - Jurulatih Lakonan,Pengarah & Penulis Skrip
- Abstrak: Kita Bukan Zombi (dipentaskan di Johor Bahru, 2019) - Jurulatih Lakonan, Pengarah & Penulis Skrip
Pengarahan Filem, Montaj dan Video Kreatif
suntingVideo Kreatif / Filem Pendek
sunting- Sayangi Malaysiaku (diterbitkan di bawah Jabatan Penerangan Malaysia Johor & Sunway College 2018) - Penerbit, Pengarah & Penulis Skrip
- Adiwira Orang Asli (diterbitkan di bawah SUHAKAM, 2018) - Penerbit, Pengarah & Penulis Skrip
- Dadah Subahat HIV & AIDS (diterbitkan di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Johor ,2018) - Penerbit, Pengarah & Penulis Skrip
- Hilangnya Wira Masyarakat - Wak Dong (diterbitkan di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Johor, 2019) - Penerbit, Pengarah & Penulis Skrip
- Sayangi Malaysiaku: Bersih (diterbitkan di bawah Jabatan Penerangan Malaysia Johor, 2019) - Penerbit, Pengarah & Penulis Skrip
Montaj
sunting- Montaj Perasmian Meracik Purnama (ditayangkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 31 Mac 2019) - Penerbit & Penyusun