Amiga CD32, (ditulis sebagai CD32) merupakan sebuah konsol permainan video yang dikeluarkan oleh syarikat Commodore dan merupakan konsol 32-bit pertama yang dipasarkan dalam pasaran di Eropah. Konsol ini tidak begitu mendapat perhatian di kalangan pengguna-pengguna di kawasan Eropah kerana strategi pengiklanan yang tidak begitu memberangsangkan serta mutu kebanyakkan permainan video yang dikeluarkan untuk konsol ini tidak begitu baik[1].

Amiga CD32
Amiga-CD32-wController-L.jpg
PengilangCommodore
JenisKonsol permainan video
GenerasiGenerasi kelima
Ketersediaan runcitKesatuan Eropah 17 September 1993
MediaCD-ROM
CPUMotorola 68EC020 (32-bit) berkelajuan 14.32 MHz (NTSC) atau 14.18 MHz (PAL)

Konsol Amiga CD32 tidak lama dipasarkan di pasaran dan syarikat Commodore menghentikan pengeluaran konsol ini oleh kerana pada ketika itu syarikat Commodore diisytiharkan muflis[2].


SpesifikasiSunting

Pihak Commodore menyedari akan kekurangan yang terdapat pada konsol Commodore CDTV dan 64 GS, jadi mereka membangunkan konsol Amiga CD32 dengan beberapa ciri-ciri baru. Set papan litar utama dalam konsol ini direka berdasarkan kepada Amiga 1200 iaitu sebuah produk komputer peribadi keluaran Commodore[3]. Perbandingan secara teliti terhadap konsol ini dan konsol Sega Genesis dari segi spesifikasinya nampak lebih kurang sama, walaupun konsol ini mempunyai lebih "bit" berbanding dengan Genesis[3].


Sistem teras
Cip mikropemproses Motorola 68EC020 (32-bit) berkelajuan 14.32 MHz (NTSC) atau 14.18 MHz (PAL)
RAM 2 MB
RAM video tidak diketahui
Grafik dan suara
Palet warna 16.8 billion warna
Resolusi skrin 320 x 200 sehingga 1280 x 400 NTSC
320 x 256 sehingga 1280 x 512 PAL
Saluran audio 4 saluran (8-bit)


RujukanSunting

  1. ^ Slaven, Andy (2002). Video Game Bible, 1985-2002. Trafford Publishing. ISBN 1553697316. Dicapai pada 22 Oktober 2015.
  2. ^ "Commodore Bankruptcy". The Associated Press. 29 April 1994. Dicapai pada 22 Oktober 2015.
  3. ^ a b "Amiga CD32". Retro Gamer. 29 Januari 2014. Dicapai pada 22 Oktober 2015.