Azmi bin Hassan juga dikenali sebagai Amy Ukays/UK'S/Okay/MIG atau Amyza merupakan seorang pengarah muzik, penerbit, komposer, DJ, pengacara, pemuzik dan penyanyi. Beliau berasal dari Batu Pahat, Johor. Beliau dilahirkan pada 1 Disember 1971 di Kampung Parit Laman, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Berikut merupakan biodata beliau selaku remaja cun Mangga.

Amy Ukays/UK's/Utama/Okay/MIG/Amyza
Nama Penuh Azmi bin Hassan
Tarikh Lahir (1971 -12-01) 1 Disember 1971 (umur 52)
Tempat Lahir Kampung Parit Laman, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.
Bintang Saggitarius
Keluarga Anak sulung daripada empat beradik
Status Berkahwin
Asal Batu Pahat, Johor
Hobi Membuat lagu
Artis Pujaan Alleycats, Yngwie Malmsteen dan Metallica
Tahun aktif 1985–kini
Label UK's Records
Tapak web [1]

Minat terhadap Muzik sunting

Azmi Hassan atau Amy mula menunjukkan minat di dalam seni muzik ketika darjah 3 apabila beliau menglibatkan aktviti sekolah seperti bersyair, bersajak, dan berpantun di sekolah. Alat muzik pertama yang dimainkan adalah rekorder. Pada umur 12 tahun beliau mula menunjukkan minat bermain gitar terutama semasa bersama rakan-rakan beliau. Beliau juga akan ponteng sekolah dan bermain gitar di dalam ladang kelapa sawit milik keluarganya. Tambahan pula ketika itu, beliau dihadiahkan gitar oleh seorang penduduk Indonesia yang menetap di Malaysia, maka makin membuak-buak minat beliau bermain alat muzik tersebut. Namun begitu, minat beliau itu tidak disenangi olah kedua ibu bapanya yang ingin beliau menumpukan perhatian kepada pelajaran. Akibatnya beliau berkali-kali dirotan dan dimarahi ibunya. Bukan itu sahaja, sebarang alat muzik yang dimilikki beliau akan dimusnahkan dan dibakar.

Walaupun begitu, beliau merupakan seorang yang cerdik dan berjaya lulus dalam Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau juga dikenali sebagai Penilaian Menengah Rendah (PMR). Beliau terkejut dengan pencapaian beliau namun beliau tidak gembira kerana layak ke tingkatan 4. Akhirnya beliau pun berhenti dari sekolah. Selepas itu, beliau menubuhkan beberapa buah kumpulan di kampung bersama rakan-rakan. Di mana mereka menjinakkan diri di kenduri-kenduri kahwin dan majlis rasmi.

Penghijrahan sunting

Amy sentiasa bercita-cita ingin meneruskan kerjaya sebagai seorang anak seni dan meluaskan lagi pengetahuan beliau dalam bidang seni muzik. Akhirnya pada tahun 1993, beliau membuat keputusan berhijrah ke Kuala Lumpur. Beliau mencuba nasib apabila terbaca sebuah keratan akhbar pencarian artis di Setiawangsa. Namun niat beliau ingin menjadi komposer, Walau bagaimanapun Arwah Encik Rosli yang merupakan pengasas Syarikat A&R production menerima Amy sebagai budak pembantu pejabat. Beliau bekerja selama lebih kurang setahun sebelum tercetus salah faham diantara Arwah Encik Rosli dan Amy oleh pihak ketiga. Beliau membawa diri dan bekerja di LOT 10 Bukit Bintang sebagai penyiasat di sebelah siang dan pada waktu malam beliau mencuci pinggan di sebuah kedai makan di Setiawangsa. Suatu hari beliau terlihat papan tanda Digimix Studio dan beliau memohon kerja di situ. Digimix Studio merupakan syarikat dimilikki oleh Pak Ngah. Permohonan beliau diterima dan beliau bekerja sound engineer. Dari situ beliau mula belajar selok belok pengubahan lagu dan tentang rakaman album.

Ukays & U.K's sunting

Semasa bekerja di Digimix Studio, beliau bertemu dengan Mohd Komanwel (Well) yang merupakan penyanyi nasyid Dewan Bahasa Pustaka (DBP) dan gitaris utama Ukays. Pada pertengahan tahun 1994, Well mengajak beliau menyertai kumpulan Ukays lalu mencuba ujibakat di studio Sound Dimension di Kampung Pandan. Beliau diuji bakat oleh anggota-anggota Ukays dan pengurus mereka. Namun, oleh kerana Amy masih bekerja bersama Pak Ngah beliau hanya berhasrat menjadi pemain muzik sampingan bersama Ukays. Namun, pada suatu hari sebuah keratan surat khabar yang dinyatakan oleh Saari Amri memberitahu bahawa Amy sebagai ahli kumpulan tetap Ukays.

 
UK's di Singapura

Pada mulanya, beliau sayang kan kerjanya di Digimix Studio namun apabila Ukays menerima banyak tempahan persembahan beliau terpaksa berhenti bekerja. Pada tahun 1995, nama Ukays mula menempa populariti dan album Bisa Berbisa baru sahaja disiapkan namun perpecahan berlaku diantara anggota-anggota lain kerana masalah royalti. Maka vokalis Ukays iaitu Amir dan gitaris Amy sahaja ahli yang kekal. Penerbit Saari Amri dan Amir mengujibakat ahli baru iaitu Amirul (drum) dan Denil (gitar). Lalu nama Ukays ditukar kepada Uk's. Jualan album Bisa Berbisa mendapat sambutan yang mengalakkan dengan penjualan 350,000 unit. Amy kekal dengan Uk's hanya sebanyak 3 album iaitu Bisa Berbisa, Tajam Menikam dan Panas Berpanjangan. Kemudian, dengan persetujuan bersama Uk's memilih untuk bersama di bawah Ambang Klasik kerana memikirkan masa depan mereka. Walau bagaimanapun, setelah memasuki Ambang Klasik, Amir pula membuat keputusan menyertai kembali Saari Amri di bawah Kumbang Production dengan album Cuma Aku yang hidup pada tahun 1997.

Amy meneruskan kerjaya di bawah Ambang Klasik sebagai eksekutif bersama bekas anggota-anggota yang lain. Amy bekerja selama 2 tahun di sana.

Utama & Okay sunting

Utama sunting

Pada tahun 1998, Ambang Klasik menubuhkan sebuah kumpulan UTAMA yang dianggotai oleh anggota lama Uk's iaitu Amy, Amirul dan Daniel bersama Rahmad bekas vokalis Mega. Amy tidak bersetuju dengan penubuhan kumpulan tersebut. Namun, Amy tetap meneruskan juga. Album mereka bertajuk UTAMA. Walau bagaimanapun, kumpulan tersebut tidak mendapat sambutan mengalakkan dan album hanya terjual 15,000 unit sahaja. Tidak lama selepas itu, Amy membuat keputusan untuk meninggalkan Utama dan meneruskan kerjaya sebagai komposer.

Okay sunting

 

Di atas desakkan peminat Amy telah menubuhkan sebuah kumpulan baru iaitu OKAY dibawah naungan syarikat pertama milik beliau iaitu OKAY Production. Album Okay merupakan album pertama yang dicipta dan diterbitkan oleh Amy sepenuhnya. Okay dianggotai oleh Aren (vokalis), Amy(gitar utama, penerbit album dan komposer.), Raja Azren (dram), Hamdan (bass), Syukri (gitar kedua). Pada penghujung tahun 1998, maka terhasillah album Rezeki dengan lagu hits Kurelakan dikau pergi, Nazaliza, Gelora dan lumrah Percintaan. Album tersebut mendapat sambutan yang memberangsangkan. Lagu Kurelakan dikau pergi menjadi juara selama 4 minggu di Carta RTM Terengganu. Amy mendapat pujian yang dari para peminat dan wartawan di atas usaha beliau. Beliau amat gembira di atas kejayaan tersebut. Tetapi tidak lama kemudian apabila Okay sudah mula menempa nama di persada seni, vokalis utamanya pula mengundurkan diri. Amy redha dan akur.

Amy menghilangkan diri dari dunia rakaman album dan pulang ke kampung halaman di Parit Sulong, Johor pada tahun 1999. Berikutan kegawatan eknonomi yang melanda.

Metrowealth sunting

Pada tahun 2000, Amy mendapat tawaran berkhidmat di Metrowealth Movie Production sebagai pembantu pejabat dan penjaga skor. Hanya dengan gaji RM1000 sebulan sahaja. Walaupun begitu, beliau cekalkan hati dan meneruskan pekerjaan tersebut. Mr David Teoh merupakan CEO Metrowealth tidak mengenali siapa Amy pada mulanya, Namun, kakitangan Metrowealth mengenali Amy sebagai ahli bekas kumpulan Uk's dan akhirnya diketahui oleh David Teoh.

Disebabkan itu, David Teoh menguji sejauh mana kehandalan Amy di dalam bidang rakaman studio dan muzik. Ketika itu, beliau ditugaskan menjaga vokal Adzrin dan Fazley bagi lagu tema 'Mendam Berahi'. Tugas tersebut sepatutnya dikendalikan oleh Yassin bekas penyanyi nasyid Brothers, namun beliau tidak menghadirkan kerana hal yang tidak dapat dielakkan. Bermula dari situ Amy mula mengorak langkah dan diberi kepercayaan oleh David Teoh untuk menguruskan tugas-tugas rakaman muzik dan studio. Setelah terbukti kemampuan Amy, beliau dinaikkan pangkat sebagai Artist & Repertoire Manager. Beliau juga diberi gelaran 'Anak Emas' David Teoh. Semasa menjadi A&R Manager beliau menjaga banyak artis di bawahnya seperti Waheeda, Giegel, Cico, Maya Karin, Saiful Apek, Erra Fazira dan ramai lagi. Amy menjaga MIG Records dan Metrowealth Movie production. Semasa itu, penjualan album lagu tema mendapat sambutan yang amat mengalakkan dan album senang untuk dijual. Ini terbukti dengan penjualanan soundtrack Mami Jarum The Movie dengan 15,000 unit.

Tidak dijangka, ujian kedua bakal ditempuhi oleh Amy. Di mana, Pengarah Muzik bagi filem Mami Jarum iaitu Mendiang Peter Lim telah meninggal dunia. Maka Amy ditugaskan mengubah muzik bagi filem tersebut menggantikan mendiang. Cabaran itu, merupakan sebuah ujian yang terbesar pernah dialami beliau. Di atas kepercayaan David Teoh dan Prof Razak Mohaideen, Amy menguatkan semangat dan meneruskan juga.

Fail:Amyline.jpg
Amy bersama Prof Razak, Latif dan Staff Linecalear

Tidak disangka percubaan beliau buat kali pertama membuatkan hasil. Hasil kerja beliau amat disukai dan tayangan Filem Mami Jarum mencecah kutipan 3.5 juta sekaligus menaikkan nama Amy sebagai Pereka bunyi dan Pengarah Muzik Filem. Antara filem-filem lain yang telah Amy arahkan adalah Mami jarum junior, Anak Mami, Anak Mami Kembali, Nana Tanjung, Otai, Jutawan Fakir, dan banyak lagi.

 
Keratan akhbar 2011

Akhirnya pada tahun 2007, Amy meletakkan jawatan dan meneruskan kerjaya beliau. Selepas itu beliau berkhidmat dengan beberapa syarikat besar iaitu LineClear Motion Pictures, Marina Production, Kru Music Group dan Sri Saheb Sdn Bhd.

U.K's-Kembali Berbisa sunting

 
UK's Kembali Berbisa

Pada tahun Mac 2009, Amy menubuhkan sebuah syarikat iaitu UK's Records Entertainment bersama rakan kongsinya Yana Hisham. Syarikat tersebut di daftarkan di Seri Kembangan, Selangor. Amy merindui zaman kegemilangan Uk's dan berniat meneruskan kembali Uk's. Pada pertengahan tahun, mereka menganjurkan bersama sebuah Pencarian Vokalis Ukays bersama KNA Niaga Sdn Bhd ke seluruh Malaysia. Setelah mencari hampir beberapa buah tempat akhirnya bertemu dengan Mohamad Jefri Sidek yang memenangi pencarian tersebut di PPR Pudu Ulu, Cheras. Mohamad Jefri juga dikenali sebagai Epy membawakan dua buah lagu iaitu Harapkan Kekasih, kekasih pula menyisih dan Pahit akan Manis akhirnya. Lalu Amy menawarkan beliau menjadi vokalis terbaru bagi kumpulan Uk's. Kekal dengan anggota lama iaitu, Amy, Denil dan Amirul namun dengan penambahan baru iaitu Eddie sebagai keybordis. Akhirnya terhasillah Uk's Kembali Berbisa pada bulan Mei 2010. Memuatkan 12 lagu iaitu 6 lagu baru dan 6 lagu lama. Kali ini Amy tampil sebagai penerbit dan komposer bagi keenam-enam buah lagu baru tersebut.

U.K's Menjelang Aidilfitri sunting

Pada 18 Julai 2012, Amy bersama Yana Hisham; selaku ahli kongsi syarikat telah menandatangi hak lesen pengedaran bagi album raya kepada Insictech Musicland yang julung kali dihasilkan oleh Kumpulan Uk's. Menampilkan lagu Menjelang Aidilfitri yang merupakan lagu tema bagi filem Raya Tak Jadi arahan Prof Razak Mohaideen. Album tersebut mempunyai 11 buah lagu dengan 5 lagu bonus dari Insictech Musicland. Semasa sesi fotografi dihadiri oleh Amy, Epy dan Ali Ukays sahaja oleh kerana kesuntukkan masa dan ahli lain tidak dapat menghadirkan diri.

Portfolio sunting

Kumpulan sunting

  1. (1995-1997) Ukays (BMG Records)
  2. (1998) Utama Ambang Klasik)
  3. (1998 - 1999) Okay (Okay Production)

Pengalaman Kerja sunting

  1. (1993- 1995) SOUND ENGINEER - DIGIMIX STUDIO
  2. (1997- 1999) MUSIC EXECUTIVE – AMBANG KLASIK (TV3)
  3. (2000- 2006) ARTIST & REPERTOIRE EXECUTIVE, MARKETING OFFICER, COMPOSER, FILM MUSIC DIRECTOR, LYRICIST, & ARRANGER.
  4. (2006-2007) KRU MUSIC GROUP, MARINA PRODUCTION, LINE CLEAR MOTION PICTURES - COMPOSER, FILM MUSIC DIRECTOR, ARRANGER (FREELANCE)
  5. (2008) SRI SAHEB FILM PRODUCTION - COMPOSER, FILM MUSIC DIRECTOR, ARRANGER, MARKETING OFFICER (FREELANCE)
  6. (2008) UK’S PRODUCTION – CREATIVE DIRECTOR/ FOUNDER/ COMPOSER
  7. (1997-1998) JURY FOR SINARAN PASPORT KEGEMILANGAN
  8. (2003) JURY FOR AKADEMI FANTASIA
  9. (2009) JURY FOR SAFEGUARDS SECURICOR COMPETITION
  10. (2010) JURY FOR SAFEGUARDS SECURICOR SINGING COMPETITION
  11. (CURRENT) FOUNDER & MANAGING PARTNERS FOR UK'S RECORDS ENTERTAINMENT


Drama sunting

  • 1997: MUSIC DIRECTOR - AIR MATA ATHIRAH (TELEMOVIE) – TV3
  • 2005: MUSIC DIRECTOR - MANIS MADU PAHIT HEMPEDU (BETAREC)
  • 2005: MUSIC DIRECTOR – TARIAN MELAYU TERAKHIR – ASTRO
  • 2005: MUSIC DIRECTOR – DANIEL - ASTRO
  • 2006: MUSIC DIRECTOR - MENTARI SENJA – ASTRO KIRANA
  • 2006: MUSIC DIRECTOR - MUARA DI DARAT MUARA DI LAUT – RTM1
  • 2007: MUSIC DIRECTOR - MIAZARA (26 EPISODES) – TV3
  • 2007: MUSIC DIRECTOR - SEKAM CINTA (26 EPISODES)
  • 2007: MUSIC DIRECTOR - MENANTI SINAR – ASTRO KIRANA
  • 2007: MUSIC DIRECTOR - JENDELA HATI TERLUKA – TV9
  • 2007: MUSIC DIRECTOR - DUNIA BARU THE MOVIE (1-5 EPISODES)
  • 2008: MUSIC DIRECTOR - ANAK MAMI SITCOM (26 EPISODES) – TV9
  • 2008: MUSIC DIRECTOR - ENIGMA TELEMOVIE (FINAL EPISODES)
  • 2008: MUSIC DIRECTOR - TENTANG BULAN THE SERIES – ASTRO
  • 2008: MUSIC DIRECTOR – KUMPULAN HANIS (26 EPISODES) - RTM
  • 2009: MUSIC DIRECTOR - ACA DAN ATUK 13 EPISODES (RTM)
  • 2010: MUSIC DIRECTOR - BAHASA BIARLAH BETUL 13 EPISODES (RTM)
  • 2011: MUSIC DIRECTOR - SATRIA MEGA 13 EPISODES (RTM)
  • 2012: MUSIC DiRECTOR - KONANGAN (RTM)

Filem sunting

  • 2012: KERAT 14 (THEME SONG)
  • DARAH PANAS (THEME SONG/ MUSIC/ EFFECT/ DUBBING/ FOLEY)
  • 2011: BUJANG TERLAJAK (THEME SONG/ MUSIC/ EFFECT/ DUBBING/ FOLEY)
  • 2010: ADIK MANJA RETURNS (THEME SONG/ MUSIC/ EFFECT/ DUBBING/ FOLLY)
  • RASUK (THEME SONG/ MUSIC/ EFFECT/ DUBBING/ FOLLY)
  • RAYA TAK JADI (THEME SONG/ MUSIC/ EFFECT/ DUBBING/ FOLEY)
  • 2009: KECOH BETUL! (THEME SONG/ MUSIC/ EFFECT/ DUBBING/ FOLEY)
  • 2008: AKHIRAT - (THEME SONG/ MUSIC DIRECTOR/ DUBBING/ SOUND DESIGNER/ MIXING & MASTERING)
  • 2007: NANA TANJUNG 2 - (THEME SONG)
  • 2007: OTAI - (THEME SONG/ MONTAGE)
  • 2006: NANA TANJUNG (MUSIC DIRECTOR/ THEME SONG / SOUND DESIGNER)
  • 2006: MAIN-MAIN CINTA (THEME SONG)
  • 2006: TENTANG BULAN - (THEME SONG / MUSIC DIRECTOR/ MIXING)
  • 2006: BUJANG SENANG - (THEME SONG/ MUSIC DIRECTOR/ SOUND DESIGNER/ BUJANG SENANG)
  • 2005: POTRET MISTIK (MUSIC DIRECTOR/ SOUND DESIGNER/ MIXING)
  • 2005: ANAK MAMI KEMBALI - (THEME SONG/ MUSIC DIRECTOR/ SOUND DESIGNER/ MIXING/DUBBING)
  • 2005: LADY BOSS - (THEME SONG/ MUSIC DIRECTOR/ SOUND DESIGNER/ MIXING)
  • 2005: CINTA FOTOKOPI - (THEME SONG)
  • 2004: TANGKAI JERING (THEME SONG)
  • 2004: HINGGA HUJUNG NYAWA - (THEME SONG)
  • 2004: KULIAH CINTA - (THEME SONG)
  • 2003: JUTAWAN FAKIR - (THEME SONG/ MUSIC DIRECTOR/ SOUND DESIGNER/ MIXING)
  • 2003: MAMI JARUM JUNIOR - (THEME SONG/ MUSIC DIRECTOR/ SOUND DESIGNER/ MIXING)
  • 2003: MISTIK – (THEME SONG/ MUSIC DIRECTOR)
  • 2002: MAMI JARUM - (THEME SONG/ MUSIC DIRECTOR/ SOUND DESIGNER/MIXING)

Iklan sunting

Televisyen sunting

  • 2009: PITABERRY 30sec
  • 2008: WALL’S MOO (SOFEA JANE)
  • WALL’S FANTASIA MAWI
  • POWER ROOT (FARA AF & ROSYAM NOR)
  • POWER ROOT (EURO 2008)
  • BANK NEGARA ADVERTISEMENT

Radio sunting

  • 2001: MAMI JARUM
  • MAMI JARUM JR
  • 2002: JUTAWAN FAKIR
  • MISTIK
  • 2003: KULIAH CINTA
  • TANGKAI JERING
  • 2004: HINGGA HUJUNG NYAWA
  • 2005: LADY BOSS
  • POTRET MISTIK
  • CINTA FOTOKOPI
  • 2006: ANAK MAMI KEMBALI
  • MAIN-MAIN CINTA
  • BUJANG SENANG
  • NANA TANJUNG
  • TENTANG BULAN
  • 2007: OTAI
  • NANA TANJUNG 2
  • 2008: AKHIRAT THE MOVIE PROMO
  • MYCOLA
  • NORAINI’S COOKIES
  • MAGIC TASTE


Album Studio sunting

Album Muka hadapan Informasi Senarai Lagu
1st Bisa Berbisa - Ukays
  • Dipasarkan: 1994
  • Bahasa : Melayu
  • Format dipasarkan : Kaset
  • Harga jualan dicadangkan : RM 13.90
  • Keluaran / Edaran : BMG Records & Mekar Production
Senarai Lagu
  • 1.Seksa
  • 2.Kau Satu Satunya
  • 3.Nafas Orang Kota
  • 4.Siapa Yang Rampas Cintamu
  • 5.Untuk Apa
  • 6.Minda Dan Jiwa
  • 7.Tergamak Kau
  • 8.Nyanyian Jiwa
  • 9.Cintaku
  • 10.Di Sana Menanti Di Sini Menunggu
2nd [[Image:‎|140px]] Tajam Menikam - Uk's
  • Dipasarkan: [[1995]
  • Bahasa : Melayu
  • Format dipasarkan : Kaset
  • Harga jualan dicadangkan : RM 13.90
  • Keluaran/ Edaran: BMG Records & Mekar Production
Senarai lagu
  • 1. Sebak
  • 2. Membara
  • 3. Balada Ani
  • 4. Kekasihku
  • 5. Prosarasa
  • 6. Rhythm Si Jantung Hati
  • 7. Bila Purnama Mengambang
  • 8. Serasi
  • 9. Gemas Kasih Sepanjang Usia
  • 10. Pahit akan manis akhirnya
3rd [[Image:|120px]] Panas Berpanjangan
  • Dipasarkan: 1996
  • Bahasa : Melayu
  • Format dipasarkan : Kaset
  • Harga jualan dicadangkan : RM 14.20
  • Keluaran/ Edaran: BMG Records & Mekar Production
Senarai Lagu
  • 1. Permata Hati
  • 2. Di luar kemampuanku
  • 3. Muka Seposen
  • 4. Sudah tiada tunasnya
  • 5. Citarasa & Untuk kita semua
  • 6. Bila diri disayangi
  • 7. Sesak
  • 8. Masanya
  • 9. Satu lilin sehening malam
  • 10. Iramaku
  • 11. Kekasihku di menara
4th [[Image:|120px]] Utama - Utama
  • Dipasarkan: 1998
  • Bahasa : Melayu
  • Format dipasarkan : Kaset & Cakera Padat
  • Keluaran/ Edaran: Ambang Klasik


Senarai lagu
  • 1. Hentikan Alasanmu
  • 2. Membelai cinta
  • 3. Dihiris memori
  • 4. Permainan Dunia
  • 5. Ku menantimu
  • 6. Dirimu kuingati
  • 7. Elina
  • 8. Ganti
  • 9. Kalimah Abadi
  • 10. Kembali
5th [[Image:|120px]] Okay - Rezeki
  • Dipasarkan: 1998
  • Bahasa : Melayu
  • Format dipasarkan : Kaset & Cakera Padat
  • Keluaran/ Edaran: Okay Production & Ambang Klasik


Senarai lagu
  • 1. Ada ubi ada batas
  • 2. Nazaliza
  • 3. Naluri Insan
  • 4. Kurelakan dikau pergi
  • 5. Ku ingin bersamamu
  • 6. Doaku buatmu ibu
  • 7. Setia menantimu
  • 8. Gelora
  • 9. Lumrah Percintaan
  • 10. Budaya kita
6th [[Image:|120px]] Kembali Berbisa - Uk's Senarai lagu
  • 1. Lepaskanmu kerna terpaksa
  • 2. Sesak
  • 3. Hati yang terluka
  • 4. Rhythm berbunyi lagi
  • 5. Lumrah Percintaan
  • 6. Aku jatuh cinta

Album Artis sunting

  • OKAY (8 SONGS) - AMBANG KLASIK
  • UKAYS (1 SONG) – AMBANG KLASIK
  • SCOIN (2 SONGS) – FMC RECORD
  • E.Y.E (1 SONG) – FMC RECORD
  • FIFI (2 SONGS) – MUSIC LAND RECORD
  • ALINA HASSAN (1 SONG) – AMBANG KLASIK
  • DIAMOND (1 SONG) – MSO RECORD
  • FADZILAH SARIP (1 SONG)- VTR RECORD
  • SAIFUL APEK (6 SONGS) – MIG RECORD
  • WAHEEDA (2 SONGS) – MIG RECORD
  • YANA: CERIA (7 SONGS) – MIG RECORD
  • LILY SUHANA (7 SONGS) – MIG RECORD
  • AKHIRAT THEME SONGS – SRI SAHEB PRO
  • UK’S PRODUCTION COMPILATION ALBUM (5 SONGS)
  • UK’S PRODUCTION RAYA ALBUM (1 SONGS)


Lagu sunting

  • SELENDANG BIRU – SUHANA JASMI
  • AKHIRAT – SHARK
  • I LOVE YOU SENIORITA – BOY
  • RAHSIA HATI – CICO
  • JOGET BERDENDANG – LILY SUHANA
  • ZAPIN ASMARA – LILY SUHANA
  • KEKAL JODOH TAK KEMANA – LILY SUHANA
  • SELAMAT PENGANTIN BARU – WAHEEDA
  • PERMATA HATIKU – APEK & WAHEEDA
  • ANAK MAMI KEMBALI – APEK
  • SALING SAMA CINTA – APEK & LILY SUHANA
  • JIWA ALIF BA TA – KUMP FUNNY
  • MASA RIA – KUMP FUNNY
  • TANGKAI JERING – KUMP FUNNY
  • TENTANG BULAN – FATIN
  • AKU PASRAH – YANA
  • AKU REDHA – YANA
  • GO AWAY – YANA
  • HINGGA HUJUNG NYAWA – YANA
  • MAIN-MAIN CINTA – MISHA & ADAM AF
  • CINTA BERSULAM DUSTA – DIAMOND
  • BUNIAN – ADZRIN & KUMP RAWANA
  • DIRIKU KU INGATI – UTAMA
  • DOA UNTUK IBU – OKAY
  • KU INGIN BERSAMAMU –OKAY
  • KU RELAKAN KAU PERGI – OKAY
  • LUMRAH PERCINTAAN – OKAY
  • NALURI INSAN – OKAY
  • SETIA MENANTIMU - OKAY
  • GELORA – OKAY
  • ALINA HASSAN – HANYA KAU YANG MENGERTI
  • ISITILAH CINTA SUCI – SCOIN
  • KE BAYU BIRU – ADZRIN & CICO
  • PANAHAN ASMARA - ADZRIN & ALONG PURPLE
  • SETITIS RACUN DALAM MADU – EYE
  • SHA LA LA – PRINCESS
  • TERPENDAM DI JIWA – CICO
  • TITIAN KEMBARA - ROZA
  • LEPASKANMU KERNA TERPAKSA - UK'S
  • BISIKAN RINDU – NASH UBAIDILLAH & NADIA MENTOR
  • JATUH CINTA – AMY UK’S & YANA SAMSUDIN
  • TENTANG BULAN - FATIN
  • MENCARI – ASHIRA KAMAL
  • MENJELANG AIDILFITRI OST RAYA TAK JADI - TV3
  • DENDAM YANG TAK SUDAH OST RASUK


v