Ancaman bunuh atau ugutan bunuh merupakan sebauh bentuk ancaman yang biasanya dibuat oleh individu tak dikenali sama ada berseorangan atau dalam kumpulan dengan tujuan untuk membunuh orang atau kumpulan orang lain. Ancaman bunuh selalunya direka untuk menakut-nakutkan mangsa atau intimidasi untuk memanipulasikan tingkah laku mereka– dalam hal ini ancaman bunuh boleh menjadi satu bentuk paksaan. Sebagai contoh, ancaman bunuh boleh digunakan untuk menghalang seseorang tokoh awam daripada menjalankan siasatan jenayah ataupun kempen advokasi.

Ancaman bunuh yang tertulis (U Loot U Dead– bermaskud 'Anda Merompak Anda Mati') di sebuah rumah dekat Amerika Syarikat

Kesahan sunting

Dalam kebanyakan bidang kuasa, ancaman bunuh adalah jenis kesalahan jenayah yang serius. Ancaman bunuh sering dilindungi oleh undang-undang paksaan. Sebagai contoh, undang-undang paksaan di Alaska, Amerika Syarikat berkata:

A person commits the crime of coercion if the person compels another to engage in conduct from which there is a legal right to abstain or abstain from conduct in which there is a legal right to engage, by means of instilling in the person who is compelled a fear that, if the demand is not complied with, the person who makes the demand or another may inflict physical injury on anyone....[1]

Terjemahan: Seseorang yang telah melakukan jenayah paksaan sekiranya orang itu memaksa orang lain untuk ikut serta dalam kelakuan yang terdapat dalam hak undang-undang untuk abstein atau menahan diri daripada kelakuan yang terdapat dalam hak undang-undang untuk ikut serta, dengan cara menanamkan dalam diri orang yang dipaksa itu dikhuariri jika tuntutan itu tidak dipatuhi, orang yang membuat permintaan atau yang lain boleh mendatangkan kecederaan fizikal kepada sesiapa sahaja....

Kaedah sunting

Ancaman bunuh boleh disampaikan melaui pelbagai media seperti surat bertulis, penerbitan surat khabar, panggilan telefon, blog internet,[2] serta e-mel. Sekiranya ancaman bunuh itu ditujukan kepada seseorang tokoh politik, ia juga boleh dianggap sebagai bentuk pengkhianatan. Jika ancaman bunuh itu menyasarkan lokasi yang serig dikunjungi orang seperti bangunan, ia boleh menjadi kepada ancaman pengganas. Kadangkala, ancaman bunuh adalah sebahagian daripada kempen penderaan yang lebih meluas yang menyasarkan seseorang atau sekumpulan orang.

Rujukan sunting

  1. ^ "Sec. 11.41.530. Coercion. – The Alaska Legal Resource Center". www.touchngo.com.
  2. ^ Blog death threats spark debate BBC News retrieved September 30, 2007