Awangku Aniq Durar Pengiran Malyx (lahir 18 Mac 1993) ialah seorang pelakon, model dan pengamal teater Malaysia.[1][2] Beliau terkenal dengan memegang watak sebagai Wid dalam Riot! dan sebagai Leftenan Miura dalam Pagari Bulan, yang kedua-duanya dikeluarkan pada 2023.[3]

Aniq Durar
Kelahiran
Awangku Aniq Durar bin Pengiran Malyx

(1993-03-18) 18 Mac 1993 (umur 31)
PendidikanJurusan Perniagaan
Pusat pendidikanUniversiti Monash, Australia
PekerjaanPelakon, model, pengamal teater
Tahun aktif2018–kini

Kerjaya sunting

Aniq Durar memulakan kerjaya lakonan sejak 2018, biarpun pada awalnya ia bukan kerjaya pilihannya. Hanya pada tahun 2023, beliau mendapat kejayaan secara meluas dalam bidang lakonan menerusi drama Luruhnya Bunga Cinta dengan memegang watak sebagai Awal dan drama Riot! dengan memegang watak sebagai Wid. Filem pertama lakonannya, Pagari Bulan ditayangkan pada Oktober 2023 dengan melakonkan watak sebagai Leftenan Miura.[4][5]

Kehidupan peribadi sunting

Aniq dilahirkan di Sarawak dan mempunyai adik-beradik seramai 7 orang yang mana beliau ialah anak kelima. Beliau berdarah kacukan Melanau dan Pashtun. Bapanya berasal dari Sarawak dan berketurunan Melanau dan ibunya pula berasal dari Perak dan berketurunan Afghanistan. Abang sulung beliau merupakan seorang penyanyi di Amerika Syarikat.[6][7] Beliau ialah pelajar jurusan perniagaan di Universiti Monash, Australia.

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2023 Pagari Bulan Leftenan Miura Filem pertama

Drama sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2020 Pink Smile TV3 Drama pertama; penampilan tidak dikreditkan
2023 Luruhnya Bunga Cinta Awal
Riot! Wid Astro Premier

Rujukan sunting

  1. ^ Ardi Idewani (25 Ogos 2023). "Saya Juga Anak Malaysia: Aniq Durar". Stail.my. Dicapai pada 24 November 2023.
  2. ^ Dini Azri (23 Februari 2021). "Men Crush February Issue - Up Close & Personal With Aniq Durar". Zalora Thread (dalam bahasa Inggeris). ZALORA. Dicapai pada 27 November 2023.
  3. ^ Syafil Syazwan Jefri (2 Oktober 2023). "Hero masa depan". Harian Metro. Dicapai pada 24 November 2023.
  4. ^ Ridzuan Abdul Rahman (24 November 2023). "Aniq panjat rasa syukur". Harian Metro. Dicapai pada 25 November 2023.
  5. ^ Fatin Farhana Ariffin (28 Oktober 2023). "Aniq pernah dibayar RM500?". Berita Harian. Dicapai pada 25 November 2023.
  6. ^ Azreezal Hafidz (1 Januari 2019). "Fresh Face 2019: Aniq Durar". Stail.my. Dicapai pada 27 November 2023.
  7. ^ Stephen Collin (11 Mei 2010). "Achievements of a Sarawakian with a rich cultural heritage" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 25 November 2023.

Pautan luar sunting