Anjing gembala Lessinia dan Lagorai

baka anjing dari Itali

Anjing gembala Lessinia dan Lagorai[a] ialah satu baka anjing tua Itali dari rantau timur laut yang dipanggil Triveneto. Ia tidak diiktiraf oleh mana-mana pertubuhan kenel utama.

Anjing gembala Lessinia dan Lagorai
Anjing gembala Lessinia dan Lagorai merle biru
Nama lainAnjing gembala Lagorai, anjing gembala Lessinia, anjing gembala Val d'Adige
Negara asalItali
Trait
Bulu Separa panjang
Warna perang kekuning-kuningan, merle, perang, hitam
Pengelasan dan piawaian
Tidak oleh mana-mana kelab kenel utama
Anjing (Canis lupus familiaris)

Asal usul sunting

Pada tahun 2018, sebuah kajian genetik mendapati bahawa, sejurus sebelum tahun 1859, anjing gembala Eropah yang tertabur secara meluas telah membangkitkan anjing gembala Jerman, anjing gembala Picardie di Perancis, dan lima baka anjing gembala Itali: anjing gembala Bergamo, cane paratore, anjing serigala Gigante, anjing gembala Oropa, dan anjing gembala Lessinia dan Lagorai.[1]

Anjing gembala Lessinia dan Lagorai telah digunakan secara tradisional dalam kegiatan pastoral, seperti pengurusan kawanan dan penggiringan lembu merentasi dataran di Triveneto. Ia masih digunakan untuk tujuan sama dan pemilihan semula jadi telah menjadikannya anjing pekerja tahan lasak dan sihat. Terdapat projek yang sedang berlangsung untuk melindungi baka ini daripada kepupusan dan untuk mendapatkan status baka rasmi, yang dipimpin oleh Società Italiana Pastore della Lessinia e del Lagorai ("Persatuan Anjing Gembala Lessinia dan Lagorai Itali").

Penampilan sunting

Anjing gembala Lessinia dan Lagorai ialah anjing gembala bersaiz sederhana dan tangkas daripada jenis "serigala". Telinganya besar dan berbentuk segi tiga, sama ada tegak, separa tegak (terlipat), atau terkelepai. Lapis bulunya separa panjang dan lapis bulu bawahnya tebal. Warna-warna tipikal termasuk perang kekuning-kuningan, merle (biru atau merah), perang, dan hitam.[2]

Perangai sunting

Baka ini cergas, giat, jinak, dan ingin tahu, serta memerlukan banyak senaman. Ia juga pekerja yang tidak mengenal penat lelah dalam menggiring biri-biri, lembu, dan kuda.

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: انجيڠ ݢمبالا ليسينيا دان لاݢوراي; Itali: cane da pastore della Lessinia e del Lagorai; pastore della Lessinia e del Lagorai; bahasa Inggeris: Lessinia and Lagorai shepherd

Rujukan sunting

  1. ^ Talenti, Andrea; Dreger, Dayna L; Frattini, Stefano; Polli, Michele; Marelli, Stefano; Harris, Alexander C; Liotta, Luigi; Cocco, Raffaella; Hogan, Andrew N; Bigi, Daniele; Caniglia, Romolo; Parker, Heidi G; Pagnacco, Giulio; Ostrander, Elaine A; Crepaldi, Paola (2018). "Studies of modern Italian dog populations reveal multiple patterns for domestic breed evolution". Ecology and Evolution (dalam bahasa Inggeris). 8 (5): 2911–2925. doi:10.1002/ece3.3842. PMC 5838073. PMID 29531705.
  2. ^ Torresan F (2017). Il Pastore della Lessinia e del Lagorai (Itali).