Anjing pemburu Halden

baka anjing dari Norway

Anjing pemburu Halden[a] ialah satu baka anjing bersaiz sederhana Norway daripada kelas hound yang digunakan untuk pemburuan kelinci dan buruan dataran lain. Ia menyerupai anjing pemburu rubah Amerika tetapi lebih kecil. Ia dinamai sempena Halden, sebuah bandar di Norway tenggara.

Anjing pemburu Halden
Negara asalNorway
Anjing (Canis lupus familiaris)

Perihal sunting

Penampilan sunting

Anjing pemburu Halden adalah serupa dengan anjing pemburu rubah Amerika dari segi penampilan tetapi ia lebih kecil. Anjing pemburu Halden berdiri setinggi 17–21.5 inci (43–55 cm) pada paras bahu dan berukuran kira-kira seberat 40–55 lb (18–25 kg). Ia mempunyai lapis bulu sangat pangat, telinga tergantung, dan berwarna putih dengan tompok hitam serta cahaya warna perang di kepala dan di tungkai. Ia merupakan anjing kuat dengan tubuh segi empat tepat dan belakang lurus dan padu. Ekornya agak tebar, terangkat rendah-rendah, dan tergantung ke bawah ke arah keting. Tengkoraknya sedikit berkubah dengan stop jelas dan batang hidung lurus. Pipinya rata. Telinganya berayun dan melengkung dan matanya perang gelap dan berwajah baik. Hidungnya hitam.[1] Para pembiak baka anjing pemburu Halden menyasarkan rupa bentuk kaki tertentu, dengan jari kaki tinggi, ketat, dan panjang dan bulu padat untuk kestabilan lebih tinggi dan kehangatan kerana rupa bumi yang dilalui untuk perburuan kerap bersalji dan sukar diharungi.[2][3]

Perangai sunting

Anjing pemburu Halden ialah anjing peliharaan penyayang dan mesra serta baka pemburu bagus. Ia dikatakan sebagai anjing keluarga baik dan menjaga tingkah laku dengan baik sesama kanak-kanak. Anjing pemburu Halden tahan lasak dan bertenaga, serta mampu mengharungi cuaca sejuk dan mengekalkan rentak pantas buat jangka masa yang berpanjangan. Ia paling sesuai di rumah dengan kawasan besar untuk bermain atau dengan pemilik yang menyediakan senaman berterusan. Gaya hidup tidak aktif berpanjangan dapat menyebabkannya menjadi gelisah dan tidak gembira. Anjing pemburu Halden tidak berburu dalam kawanan sebagaimana yang dilakukan oleh banyak hound. Ia dibiakbakakan untuk berburu sendirian dengan tuannya.[4]

Kesihatan sunting

Anjing pemburu Halden ialah baka sihat tanpa masalah kesihatan yang diketahui.[5] Ia memiliki purata jangka hayat sebanyak 12 tahun.[6]

Sejarah sunting

Anjing pemburu Halden ialah salah satu daripada tiga baka anjing pemburu kelinci Norway dan merupakan yang terkecil dari segi saiz. Baka ini, yang dibiakbakakan untuk pemburuan bau, dipercayai telah dikembangkan melalui penyilangan antara anjing pemburu bau tempatan Norway dengan anjing pemburu bau dari Sweden, Jerman, dan England. Ia pertama kali dikembangkan pada awal tahun 1900-an dan piawaian baka diasaskan pada tahun 1950-an. Anjing pemburu Halden agak jarang dan tidak selalu terlihat di luar Norway.[7]

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو هلدن; Norway: haldenstøver; bahasa Inggeris: Halden hound

Rujukan sunting

  1. ^ "FCI-Standard N° 267 HALDENSTØVER (Halden Hound)" [Piawaian FCI No. 267 Anjing Pemburu Halden] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Norsk Kennel Klub. 9 Ogos 1999. Dicapai pada 28 Disember 2023.CS1 maint: others (link)
  2. ^ De Prisco, Andrew, dan Johnson, James B. The Mini-Atlas of Dog Breeds (Inggeris). Neptune City, New Jersey: TFH Publications, 1990. ISBN 978-0-86622-091-0.
  3. ^ Wilcox, Bonnie, dan Walkowicz, Chris. The Atlas of Dog Breeds of the World (Inggeris). Neptune City, New Jersey: TFH Publications, 1995. ISBN 978-0-7938-1284-4
  4. ^ Fogle, Bruce. The New Encyclopedia of the Dog (Inggeris). London: Dorling Kindersley, 2000. ISBN 978-0-7894-6130-8
  5. ^ "Dog Breed Site – Site dedicated to pets". Dogbreedsite.net (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 22 November 2008. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  6. ^ "Halden Hound (Haldenstovare) - Breed Information at Eukanuba.com" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 November 2008. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  7. ^ Grandjean, Dominique, DVM. The Royal Canin Dog Encyclopedia (Inggeris) Paris, Perancis: Aniwa Publishing, 2000. ISBN 2-7476-0010-6