Anjing pemburu elk Norway

baka anjing dari Norway

Anjing pemburu elk Norway[b] ialah salah satu daripada baka anjing jenis spits utara dan merupakan anjing kebangsaan Norway. Anjing pemburu elk telah berkhidmat sebagai pemburu, penjaga, gembala, dan pengawal. Ia terkenal kerana keberaniannya dalam penjejakan dan pemburuan elk dan buruan besar lain, seperti beruang atau serigala.[1][2] Anjing pemburu elk Norway pertama kali dipersembahkan dalam pameran anjing di Norway pada tahun 1877.

Anjing pemburu elk Norway
Seekor anjing pemburu elk Norway betina yang menunjukkan ekor melingkar ketat
Nama lainAnjing pemburu elk kelabu Norway[a]
Negara asalNorway
CatatanFCI membahagikan ini kepada dua baka: kelabu (242) dan hitam (268).
Anjing (Canis lupus familiaris)

Objektif baka ini dalam perburuan adalah untuk menjejak elk dan melompat kepada elk itu, iaitu mengalih perhatian elk, sementara memberikan isyarat kepada pemburu dengan menyalak dengan sangat lantang sehingga pemburu yang mengikuti bunyi itu dapat tiba untuk menembak elk itu. Anjing ini hanya menyalak apabila elk tidak bergerak, tetapi ia dapat juga membawa elk itu perlahan-perlahan ke arah pemburu yang menunggu. Anjing pemburu elk Norway juga digunakan secara bercawak. Dalam mod pemburuan ini, anjing membawa pemburu ke arah elk itu sementara kekal senyap.

Zuriat

sunting

Baka ini tergolong di bawah sub-klad DNA mitokondrion yang dirujuk sebagai d1 yang hanya ditemukan di Skandinavia utara. Ini merupakan hasil daripada penghibridan anjing jantan–serigala betina yang berlaku pascapembelajinakan.[3][4] Subklad d1 berasal "paling lama dari 480–3,000 tahun lalu" dan menyertakan semua baka berkaitan dengan orang Sámi: anjing Lap Finland, anjing Lap Sweden, anjing gembala Lapland, anjing Jämtland, anjing pemburu elk Norway, dan anjing pemburu elk Hällefors. Jujukan ibu serigala yang menyumbang kepada baka-baka ini belum dipadankan di serata Eurasia.[5]

Perihal

sunting

Penampilan

sunting
Penamilan anjing pemburu elk Norway

Tubuh sederhana, tegap, dan berprofil segi empat sama
Berat 44–51 lb (20–23 kg)
Tinggi 19.5–20.5 in (50–52 cm)
Bulu Kasar, lurus, dengan lapis bulu bawah lembut
Warna Pewarnaan hitam dan putih, kerana diperhatikan sebagai kelabu atau perak
Kepala Lebar dan berbentuk baji dengan stop jelas
Gigi Gigitan gunting
Mata Perang gelap dengan wajah tajam dan ramah
Telinga Tajam, tegak
Ekor Tergulung ketat-ketat ke atas belakang
Anggota Lurus dan selari
 
Anjing pemburu elk Norway

Menurut piawaian baka The Kennel Club, anjing unggul berdiri kira-kira setinggi 19.5–20.5 inci (50–52 cm) dan berukuran sehingga seberat 23 kilogram (51 lb).[6] Lapis bulunya yang kelabu, putih, dan hitam terdiri daripada dua lapis: lapis bulu bawah yang padat dan licin dengan warna antara hitam di muncung, di telinga, dan di hujung ekor dengan kelabu perak di tungkainya, di ekor, dan di bawah tubuh dan lapis bulu pengawal berhujung hitam yang memberikan perlindungan. Anjing pemburu elk unggul mempunyai ekor yang melingkar ketat-ketat. Anjing pemburu elk ialah anjing bersaiz sederhana dan amat tahan lasak.

Perangai

sunting
 
Anjing pemburu elk dewasa yang memaparkan wajah ramah biasanya

Anjing pemburu elk Norway dibiakbakakan untuk pemburuan buruan besar seperti serigala, beruang, dan elk. Walaupun baka ini kuat dan tahan lasak, anjing biasanya mempunyai ikatan kukuh dengan tuannya dan agak setia. Semua anjing pemburu elk mempunyai salakan lantang nyaring yang menjadikannya sesuai sebagai anjing penjaga.

Anjing pemburu elk setia kepada "kawanan"-nya dan amat sesuai sebagai anjing keluarga jika diberi perhatian secukupnya. Ia galak, suka bermain, berdikari, berwaspada, amat cerdas, dan, pada masa-masanya, agak riuh. Ia menempati tangga ke-36 dalam The Intelligence of Dogs karya Stanley Coren, dengan skor purata untuk kecerdasan kerja/kepatuhan.

 
Seekor anjing pemburu elk Norway yang sedang ditunjukkan di Festival Skandinavia yang dianjurkan oleh Universiti Lutheran California di Thousand Oaks, California

Kesihatan

sunting

Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 12.9 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[7]

Anjing pemburu elk Norway terdedah kepada keabnormalan terwaris yang menyebabkan glukosuria ginjal primer melalui pengurangan keupayaan fungsi bagi sel-sel epitelium tubul untuk menyerap glukosa semula; kecelaruan ini selanjutnya mencenderungkannya terhadap jangkitan bakteria saluran kencing bawah.[8]

Anjing pemburu elk Norway juga cenderung terhadap diabetes diestrus dan gestasi, iaitu bentuk-bentuk berkaitan dengan progesteron bagi diabetes melitus.[9]

Suatu bentuk bagi kondrodisplasia terwaris telah diperihalkan pada anjing pemburu Elk Norway sejak tahun 1980-an. Gejala termasuk kelengkungan anggota hadapan, valgus karpus, penulangan terencat, dan pemendekan tubuh vertebra. Penyelidik dari Finland mengenal pasti bahawa puncanya ialah suatu mutasi tak bererti resesif pada gen ITGA10.[10]

Anjing pemburu elk Norway ialah salah satu baka yang lebih lazim terjejas akibat glaukoma sudut terbuka primer. Suatu mutasi resesif autosom pada gen ADAMTS10 bertanggungjawab atas keadaan ini pada baka ini.[11]

Sejarah

sunting

Anjing pemburu elk Norway memilik asal usul di Sweden. Di sana, ia sentiasa amat dihargai sebagai anjing pemburu. Ia 98% serupa secara genetik dengan anjing Jämtland dan mengongsi akar sama, iaitu di Jämtland dan di Norrland (Sweden Utara). Ia jarang terlihat atau dibiakbakakan di luar Norway sehingga kemunculannya di England pada abad ke-19.[12] Ia diiktiraf secara rasmi oleh The Kennel Club pada tahun 1901.

Anjing pemburu elk Norway terkenal

sunting

Lihat juga

sunting

Catatan

sunting
  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو ايلک کلابو نوروءي; Norway: grå norsk elghund; norsk elghund grå; bahasa Inggeris: grey Norwegian elkhound
  2. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو ايلک نوروءي; Norway: norsk elghund; bahasa Inggeris: Norwegian elkhound

Rujukan

sunting

Kutipan

sunting
  1. ^ "Norwegian Elkhound" [Anjing Pemburu Elk Norway]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris).
  2. ^ Miner, Edward Herbert. "Norwegian elkhounds hunt elk, bear, wolves and mountain lions (colour litho)" [Anjing pemburu elk Norway memburu elk, beruang, serigala, dan singa gunung (lito warna)]. Bridgeman Education - National Geographic Image Collection (Colour Litograph) (dalam bahasa Inggeris).[pautan mati kekal]
  3. ^ Pang, Junfeng; Klütsch, Cornelya F. C.; Zou, Xiaoju; Zhang, Aibing; Luo, Liyang; Angleby, Helen; Ardalan, Arman; Ekström, Camilla; Sköllermo, Anna; Lundeberg, Joakim; Matsumura, Shuichi; Leitner, Thomas Kenneth; Zhang, Yaping; Savolainen, Carl Peter Olavi (1 September 2009). Saitou, Naruya (penyunting). "mtDNA Data Indicate a Single Origin for Dogs South of Yangtze River, Less Than 16,300 Years Ago, from Numerous Wolves" [Data mtDNA Menunjukkan Satu Asal Usul Tunggal untuk Anjing di Selatan Sungai Yangtze, Kurang daripada 16,300 Tahun Lalu, daripada Banyak Serigala]. Molecular Biology and Evolution (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. 26 (12): 2849–2864. doi:10.1093/molbev/msp195. ISSN 1537-1719. PMC 2775109. PMID 19723671. S2CID 15737104.
  4. ^ Duleba, Anna; Skonieczna, Katarzyna; Bogdanowicz, Wiesław Zbigniew; Malyarchuk, Boris Arkadyevich; Grzybowski, Tomasz (16 Julai 2015). "Complete mitochondrial genome database and standardized classification system for Canis lupus familiaris" [Pangkalan data genom mitokondrion lengkap dan sistem pengelasan terpiawai untuk Canis lupus familiaris]. Forensic Science International: Genetics (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 19: 123–129. doi:10.1016/j.fsigen.2015.06.014. ISSN 1878-0326. PMID 26218982. S2CID 27345931.
  5. ^ Klütsch, Cornelya F. C.; Savolainen, Carl Peter Olavi (18 Januari 2011). "Regional occurrence, high frequency, but low diversity of mitochondrial dna haplogroup d1 suggests a recent dog-wolf hybridization in scandinavia" [Kehadiran serantau, kekerapan tinggi, tetapi kepelbagaian rendah bagi kelompok haplo d1 DNA mitokondrion mencadangkan penghibridan anjing-serigala baru-baru ini di Skandinavia]. Journal of Veterinary Behavior (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 6 (1): 85. doi:10.1016/j.jveb.2010.08.035. ISSN 1878-7517. S2CID 86008047.
  6. ^ "Breed standard" [Piawaian baka] (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Jun 2018. Dicapai pada 2 Januari 2024.
  7. ^ McMillan, Kirsten Marie; Bielby, Jon; Williams, Carys Louisa; Upjohn, Melissa Mary; Casey, Rachel Alison; Christley, Robert Matthew (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan). PMID 38302530 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 267382263 Check |s2cid= value (bantuan).
  8. ^ Littman, Meryl P. (4 Disember 2017). "Ch14 - Genetic basis for urinary tract diseases" [Bab 14 - Dasar genetik untuk penyakit saluran kencing]. Dalam Elliott, Jonathan; Grauer, Gregory F.; Westropp, Jodi L. (penyunting). BSAVA Manual of Canine and Feline Nephrology and Urology [Panduan Nefrologi dan Urologi Anjing dan Kucing BSAVA] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-3). Gloucester, United Kingdom: British Small Animal Veterinary Association. ISBN 9781905319947. OCLC 1004963453.
  9. ^ Fall, Tove Elisabet (2009). Characterisation of Diabetes Mellitus in Dogs [Pencirian Diabetes Melitus pada Anjing] (PhD) (dalam bahasa Inggeris). Uppsala, Sweden: Universiti Pertanian Sweden. S2CID 73156439.
  10. ^ Kyöstilä, Kaisa; Lappalainen, Anu Katriina; Lohi, Hannes Tapani (25 September 2013). Gullberg, Elon Donald (penyunting). "Canine Chondrodysplasia Caused by a Truncating Mutation in Collagen-Binding Integrin Alpha Subunit 10" [Kondrodisplasia Anjing yang Disebabkan oleh Mutasi Pemangkasan pada Integrin Pengikat Kolagen Alfa Subunit 10]. PLOS One (dalam bahasa Inggeris). PLOS. 8 (9): e75621. Bibcode:2013PLoSO...875621K. doi:10.1371/journal.pone.0075621. hdl:10138/164290. ISSN 1932-6203. PMC 3783422. PMID 24086591. S2CID 4288654.
  11. ^ Oliver, James A. C.; Mellersh, Cathryn Suzanne (14 Disember 2020). "Genetics" [Genetik]. Dalam Cooper, Barbara; Mullineaux, Elizabeth; Turner, Lynn (penyunting). BSAVA Textbook of Veterinary Nursing [Buku Teks Kejururawatan Veterinar BSAVA] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-6). Gloucester, United Kingdom: British Small Animal Veterinary Association. m/s. 131. ISBN 9781910443392. OCLC 1197697572.
  12. ^ Antonsen, Ellinor (1995). Den norske hundeboka [Buku Anjing Norway] (dalam bahasa Norway). Sunndalsøra, Norway: Ulvund tekst & forlag. m/s. 170. ISBN 9788291132051. OCLC 1028261040.

Bibliografi

sunting
  • Lynch, Deborah dan Jenny Madeoy. 2004 "Man's best research guide: Breeds hold key to shared ailments." (dalam bahasa Inggeris) dipersembahkan pada mesyuarat tahunan Persatuan Amerika untuk Kemajuan Sains oleh Deborah Lynch dari Canine Studies Institute di Aurora, Ohio dan Jenny Madeoy dari Fred Hutchinson Cancer Centre di Seattle. [1]
  • Lynch, Deborah dan Jenny Madeoy. 2004a "How top dogs took lead 7,000 years ago." (dalam bahasa Inggeris) dipersembahkan pada mesyuarat tahunan persidangan Persatuan Amerika untuk Kemajuan Sains di Seattle oleh Deborah Lynch dari Canine Studies Institute di Aurora, Ohio dan Jenny Madeoy dari Fred Hutchinson Cancer Centre di Seattle. [2]

Bacaan lanjut

sunting
  • Campbell, Olav P. (November 1988). My Sixty Years With Norwegian Elghunds [Enam Puluh Tahunku dengan Anjing Pemburu Elk Norway] (dalam bahasa Inggeris). Show Quality Pet Products. ISBN 9780962151200.
  • Crafts, Glenna Clark (1973). How to Raise and Train a Norwegian Elkhound [Cara untuk Mengasuh dan Melatih Anjing Pemburu Elk Norway] (dalam bahasa Inggeris). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. OCLC 1884739.
  • Cunliffe, Juliette (1 November 2005). Norwegian Elkhound: Special Limited Edition: A Comprehensive Owner's Guide [Anjing Pemburu Elk Norway: Edisi Terhad Khas: Panduan Komprehensif Pemilik] (dalam bahasa Inggeris). Allenhurst, New Jersey, Amerika Syarikat: Kennel Club Books. ISBN 9781593783068. OCLC 63137904.
  • Franciose, Helen E.; Swanson, Nancy C. (1974). Your Norwegian Elkhound [Anjing Pemburu Elk Norway Anda] (dalam bahasa Inggeris). Fairfax, Virginia, Amerika Syarikat: Denlinger's Publishers. ISBN 9780877140146. OCLC 1253832.
  • Great Gray Dogs: The Norwegian Elkhound Factbook [Anjing Kelabu Agung: Buku Fakta Anjing Pemburu Elk Norway] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Shreveport, Louisiana, Amerika Syarikat: Great Gray Dogs. 1980. OCLC 6823397.
  • Nicholas, Anna Katherine (1983). Norwegian Elkhounds [Anjing Pemburu Elk Norway] (dalam bahasa Inggeris). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. ISBN 9780876667224. OCLC 9852411.
  • Nicholas, Anna Katherine (Mei 1997). Norwegian Elkhounds [Anjing Pemburu Elk Norway] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-3). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. ISBN 9780793823192. OCLC 39883517.
  • Roslin-William, Anne (1993). The Elkhound in the British Isles [Anjing Pemburu Elk di Kepulauan British] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Anne Roslin-Williams. ISBN 9781856090506. OCLC 476383687.
  • Ross, Nina P. (1995). Luther, Luana (penyunting). The Norwegian Elkhound [Anjing Pemburu Elk Norway] (dalam bahasa Inggeris). Wilsonville, Oregon, Amerika Syarikat: Doral Publishing. ISBN 9780944875391. OCLC 32502386.
  • Wallo, Olav; Elvin, Karen (1987). The New Complete Norwegian Elkhound [Anjing Pemburu Elk Norway Lengkap Baharu] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-3). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. ISBN 9780876052433. OCLC 15660191.

Rencana majalah

sunting

Pautan luar

sunting