Anna Maria Chlumsky[1] (/ˈklʌmski/; lahir 3 Disember 1980[2]) ialah seorang pelakon wanita Amerika Syarikat. Beliau memulakan kerjayanya sebagai pelakon kanak-kanak, terkenal dengan melakonkan watak Vada Sultenfuss dalam My Girl (1991) dan kesinambungan 1994. Antara 1999 dan 2005, kerjaya Chlumsky terhenti seketika apabila beliau melanjutkan pelajaran di kolej. Beliau kembali berlakon dengan watak dalam beberapa filem bebas, termasuk Blood Car (2007) dan In the Loop (2009). Dari 2012 hingga 2019, Chlumsky melakonkan watak Amy Brookheimer dalam siri televisyen HBO Veep, yang mana beliau telah menerima 6 pencalonan untuk Anugerah Emmy Primetime bagi Pelakon Pembantu Wanita Cemerlang dalam sebuah Siri Komedi.

Anna Chlumsky
Chlumsky pada 2013
Kelahiran (1980-12-03) 3 Disember 1980 (umur 43)
PendidikanUniversiti Chicago (BA)
Atlantic Acting School
PekerjaanPelakon
Tahun aktif
  • 1989–1998
  • 2006–kini
PasanganShaun So (k. 2008)
Anak-anak2

Kehidupan awal sunting

Chlumsky dilahirkan di Chicago, Illinois,[2] anak perempuan Nancy (née Zuncic), penyanyi, pelakon, dan bekas atendan pesawat, dan Frank Chlumsky Jr., cef dan pemain saksofon.[3][4] Beliau dibesarkan dalam sebuah keluarga Katolik.[5] Chlumsky berketurunan Czech[6][7] dan Croatia.[8]

Rujukan sunting

  1. ^ Chlumsky, Anna (June 18, 2019). "Anna Chlumsky". Life is Short with Justin Long (Temu ramah). Ditemuramah oleh Justin Long. Peritiwa berlaku pada 18:10. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-10-31. Dicapai pada 2021-07-21 – melalui Stitcher Radio.
  2. ^ a b "Anna Chlumsky Actor". TVGuide.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 18, 2015. Dicapai pada August 21, 2017.
  3. ^ Obituary for Frank Chlumsky, Jr., legacy.com; accessed May 14, 2014.
  4. ^ Pearlman, Cindy (January 26, 1992). "The minors become a major force on the screen". Chicago Sun-Times.
  5. ^ Strasburger, Chantal (May 26, 2016). "It's Pronounced KLUM-ski". Sweet. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-20. Dicapai pada December 28, 2016.
  6. ^ YouTube. youtube.com.
  7. ^ "My Girl's Anna Chlumsky Engaged". PEOPLE.com.
  8. ^ The NBA on Christmas Day: Talking with Anna Chlumsky Diarkibkan 2018-12-01 di Wayback Machine, allball.blogs.nba.com, December 18, 2014; accessed February 5, 2017.

Pautan luar sunting