Antivenom ialah serum antitoksin untuk meneutralkan bisa, khususnya bisa ular. Ia dihasilkan dengan mengeluarkan racun daripada ular, labah-labah atau serangga yang dikehendaki. Kemudiannya ia dicairkan dan disuntik kepada kuda, biri-biri atau pun kambing. Subjek uji kaji akan mengalami proses tindakbalas imunisasi terhadap racun itu, menghasilkan antibodi melawan molekul aktif racun tersebut. Ia kemudian boleh diambil daripada darah haiwan uji kaji itu dan digunakan untuk merawat pembisaan. Di peringkat antarabangsa, antivenom perlu mendapat pengesahan standard farmakopeia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Pemerahan racun ular untuk penghasilan antivenom.

Rujukan

sunting