Cabak Kuba (burung)

(Dilencongkan dari Antrostomus cubanensis)

Cabak Kuba (Antrostomus cubanensis), ialah spesies tukang dalam keluarga Caprimulgidae.[2] Ia ialah endemik kepada Kuba.

Cabak Kuba
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Caprimulgiformes
Keluarga: Caprimulgidae
Genus: Antrostomus
Spesies:
A. cubanensis
Nama binomial
Antrostomus cubanensis
(Lawrence, 1860)
Sinonim

Caprimulgus cubanensis

Taksonomi dan sistematik sunting

Ia pada asalnya diperihalkan sebagai Antrostomus cubanensis; genus tersebut kemudiannya dilonggokkan ke dalam genus Caprimulgus dan kemudian lagi dipulihkan sebagai genus berasingan. Jawatankuasa Ornitologi Antarabangsa (IOC), Handbook of the Birds of the World (HBW) oleh BirdLife International, dan taksonomi Clements menganggapnya sebagai spesies tersendiri. Menurut mereka, ia mempunyai dua subspesies, iaitu A. c. cubanensis dan A. c. insulaepinorum. Persatuan Ornitologi Amerika (AOS) menganggap kedua-dua subspesies tersebut dan cabak Hispaniola sebagai subspesies cabak Antillen Besar.[3][2][4][5][6]

Pemerihalan sunting

Panjang subspesies A. c. cubanensis ialah 25 hingga 29.5 cm (9.8 hingga 12 in). Jantan berberat kira-kira 76 g (2.7 oz) dan betina 70 g (2.5 oz). Bahagian atasnya perang gelap berbintik kelabu-kuning pucat, kuning pucat pudar, dan perang-kelabu. Ekornya perang dan tiga pasang bulu luarnya berhujung putih (jantan) atau kuning pucat (betina). Pasangan bulu paling dalamnya bercorak pucuk rebung perang-kelabu. Sayapnya berbintik, bersorot, dan berbelak perang letau terang. Mukanya kuning keperangan berbintik perang gelap, dagu dan tekaknya perang gelap berbintik lelang, dadanya perang gelap bertompok besar dan berbintik kecil putih-kuning pucat, dan perut serta lambungnya perang gelap berbintik kelabu. A. c. insulaepinorum lebih kecil, lebih gelap, dan berekor lebih pendek.[3]

Taburan dan habitat sunting

Subspesies penama ditemui di pulau utama Kuba dan kebanyakan pulau kecil bersebelahan di kepulauan tersebut. A. c. insulaepinorum hanya terdapat di Pulau Muda. Ia mendiami landskap yang diperihalkan oleh pengarang berbeza-beza sebagai "belukar padat", "hutan kayu terbuka dan pinggir paya", dan "rimba yang agak tebal".[3]

Tingkah laku sunting

Pemakanan sunting

Ia bersifat krepuskul dan nokturnal. Mangsanya ialah serangga yang ditangkap dalam penerbangan, walaupun samada semasa penerbangan berterusan atau dengan menangkap dari tenggeran atau tanah tidak diketahui.[3]

Pembiakan sunting

Ia membiak antara Mac dan Julai. Biasanya, dua biji telur sesangkak ditelurkan terus ke atas tanah tanpa sarang. Kedua-dua jantina dipercayai mengeram telur.[3]

Vokalisasi sunting

Seruannya ialah "seruan satu sukukata yang agak keras dan dengung; raninya menaik dan menurun, dengan penurunan keseluruhan raninya".[3]

Status sunting

IUCN telah menilainya sebagai Kurang Membimbangkan. Walaupun populasinya tidak diketahui, ia dipercayai semakin berkurang. Tiada ancaman segera telah dikenalpasti.[1] Walau bagaimanapun, "kemusnahan habitat sudah pasti akan menjejaskan spesies tersebut, dan pemangsa yang diperkenalkan juga berpotensi menjadi ancaman."[3]

Rujukan sunting

  1. ^ a b BirdLife International (2018). "Cuban Nightjar Antrostomus cubanensis". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2018. Dicapai pada 15 October 2021. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "IUCN" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ a b Gill, F.; Donsker, D.; Rasmussen, P. (July 2021). "IOC World Bird List (v 11.2)". Dicapai pada July 14, 2021.
  3. ^ a b c d e f g Weber, D. (2020).
  4. ^ HBW and BirdLife International (2020) Handbook of the Birds of the World and BirdLife International digital checklist of the birds of the world Version 5.
  5. ^ Clements, J. F., T. S. Schulenberg, M. J. Iliff, T. A. Fredericks, J. A. Gerbracht, D. Lepage, S. M. Billerman, B. L. Sullivan, and C. L. Wood. 2022.
  6. ^ "Check-list of North and Middle American Birds". American Ornithological Society. June 29, 2021. Dicapai pada August 9, 2021.