Kandungan rencana ini berkait dengan makanan.

Kuih Apam Tepung Beras atau juga dipanggil ‘’apom’’ merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia.

Kuih apam tepung beras.

Kuih apam ini biasanya dibuat sebiji-sebiji dan bewarna putih. Kadang-kala pewarna dicampur bagi menghasilkan apam yang bewarna-warni. Kuih apam biasanya gebu dan lembut.

Sebagaimana namanya, kuih apam tepung beras ini dihasilkan dengan menggunakan tepung beras, dan yis dengan campuran air dan gula. Ia kemudiannya dimasukkan ke dalam mangkuk acuan kuih kecil dan dikukuskan. Kadang-kala, ENO dicamporkan bagi menambah kegebuan kuih atau tapai digunakan bagi tujuan yang sama.[1]

Kuih apam ini boleh dihidangkan dengan pelbagai cara, samaada dengan parutan kelapa yang agak muda (“nyiur kulit hidup”), iaitu kelapa yang masih belum cukup tua, atau dengan kuah berempah (Terengganu).

Asal sunting

Nama sunting

Kuih apam tepung beras digelar sedemikian kerana ia dihasilkan dengan menggunakan tepung beras.

Penyebaran sunting

Kuih apam tepung beras banyak dibuat, dan ada dijual harian secara meluas dan tidak perlu ditempah lebih awal. Ia terdapat di pasar-pasar harian / malam.


Dalam budaya popular sunting

Kuih apam tepung beras mudah didapati. Selain nama apam beras tradisi terdapat juga nama ciptaan baru seperti Apam Strawberry [2]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Apam tepung beras (Sumber dari Roz- RNet/pic hanis00)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-06. Dicapai pada 2013-09-03.
  2. ^ "Apam Straberry (Sumber Pic dari Masriyah)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-06. Dicapai pada 2013-09-03.

Pautan luar sunting