Appenzeller (ayam)

Appenzeller adalah satu baka ayam yang berasal daripada wilayah Appenzell, Switzerland. Appenzeller boleh didapati dalam dua variati iaitu "Spitzhauben" bermakna "bonet runcing", dengan balung berbentuk-V dan bulu berjambul pada kedua-dua ayam jantan dan betina. Perkataan 'spitzhauben' berasal dari topi perayaan yang dipakai oleh para wanita di wilayah Appenzeller. Baka ini telah diimport ke Amerika oleh seorang doktor. Satu lagi kelainan dikenali sebagai "Barthuhner" ("ayam betina berjambang") yang memiliki balung ros, dan tiada jambul. Spitzhauben diakui dalam suruhanjaya Standard EE bagi warna-warna berikut: rinting perak, rinting emas, rinting lemon, rinting chamois, hitam dan biru. Appenzeller Berjambang diakui dalam warna renda biru, hitam dan warna ayam liar (hitam merah). Meskipun Appenzeller merupakan baka hiasan, ia juga merupakan ayam telur yang baik. Ia mampu bertelur 150 biji setahun dengan telur seberat 55 gram. Appenzeller juga boleh didapati dalam saiz bantam.

Trio ayam Appenzeller Spitzhauben Rinting Perak, dua ekor jantan (kiri) dan betina

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  • Ekarius, Carol (2007). Storey's Illustrated Guide to Poultry Breeds. 210 MAS MoCA Way, North Adams MA 01247: Storey Publishing. ISBN 978-1-58017-667-5.CS1 maint: location (link)
  • Graham, Chris (2006). Choosing and Keeping Chickens. 2-4 Heron Quays London E14 4JP: Octopus Publishing. ISBN 978-0-7938-0601-0.CS1 maint: location (link)