Apple I merupakan komputer pertama dibina oleh syarikat Apple Computer, Inc. pada tahun 1976. Ia direka bentuk dan dibina oleh Steve Wozniak.[1][2] Berbeza dengan komputer sezamannya, Apple I dipromosikan sebagai sistem yang siap dibina, tetapi, seperti kebanyakan sistem masa tersebut, hanya terdapat dalam bentuk papan induk.

Rujukan sunting

 
Papan litar Apple I yang disiap pasang.
  1. ^ "IOL Technology - Co-founder tells his side of Apple story". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-01. Dicapai pada 2009-02-18.
  2. ^ NPR : A Chat with Computing Pioneer Steve Wozniak

Pautan luar sunting