Aptos (muka taip)

muka taip

Aptos (sebelum ini dikenali sebagai Bierstadt) ialah muka taip sans-serif grotes yang dibangunkan oleh Steve Matteson.[2] Ia telah diperkenalkan pada tahun 2023 sebagai fon lalai baharu untuk Microsoft Office, menggantikan fon Calibri yang digunakan sebelum ini.

Aptos
Contoh rupa huruf Aptos (dahulu dikenali sebagai Bierstadt).
Umum
KategoriSans-serif
JenisTypeface family Sunting ini di Wikidata
Pengelasan Vox-ATypI
Grotes[1]
Juga dikenali sebagai
Bierstadt
Sejarah
Ditauliahkan oleh
Microsoft
FaundriMicrosoft Corporation
PenciptaSteve Matteson
Tarikh dicipta
2021
Tarikh dikeluarkan
2023
Sampel
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah sunting

Bierstadt dinamakan sempena Gunung Bierstadt di Pergunungan Rocky di Colorado.[3]

Ia berdasarkan fon Swiss biasa dari pertengahan abad ke-20. Nama itu merujuk kepada fon Helvetica dan Arial. Ia dikeluarkan pada tahun 2021 dengan empat fon baharu yang lain (Grandview, Seaford, Skeena dan Tenorite) untuk perisian Microsoft Office dan Microsoft 365, dan para pengguna diminta untuk menilai serta mengundi fon lalai pilihan mereka. Daripada pungutan suara tersebut, Bierstadt diangkat sebagai pengganti fon piawai Calibri Microsoft Office yang diperkenalkan pada tahun 2007.[4]

Pada Julai 2023, Microsoft mengumumkan bahawa Bierstadt akan menjadi pengganti Calibri, namun namanya diubah kepada Aptos⹁ sempena sebuah tempat di pantai Pasifik California.[5]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Matteson, Steve. "A Closer Look at Bierstadt (the new font design – not 'Beer-Town'". Matteson Typographics. Dicapai pada 15 July 2023.
  2. ^ Warren, Tom. "Meet Microsoft Office's new default font: Aptos". The Verge. Dicapai pada 14 July 2023.
  3. ^ "Meet the Bierstadt, Grandview, Seaford, Skeena and Tenorite". PresentationPoint. 11 May 2021. Dicapai pada 16 July 2023.
  4. ^ The Microsoft 365 Marketing Team (28 April 2021). "Beyond Calibri: Finding Microsoft's next default font". Microsoft. Dicapai pada 16 July 2023.
  5. ^ Daniels, Si (14 July 2023). "A change of typeface: Microsoft's new default font has arrived". Medium. Dicapai pada 16 July 2023.