Asiah binti Muzahim

Isteri Firaun

Asiah binti Muzahim (Arab: آسيا بنت مزاحم), juga dieja Asiyah (Arab: آسية) atau Asiya (Arab: آسيا), ialah isteri kepada Firaun dan ibu angkat kepada Nabi Musa dalam Islam. Beliau amat disanjungi dan merupakan antara empat wanita terpuji dalam Islam.[1][2] Beliau dipercayai telah memeluk agama tauhid selepas melihat mukjizat Nabi Musa AS dengan tongkat baginda bertukar menjadi ular. Menurut tradisi Islam, Asiah menyembah Tuhan secara rahsia dan sembahyang secara tersorok-sorok kerana takutkan suaminya si Firaun. Asiah menjadi ibu angkat kepada Musa dan lembutkan hati suaminya supaya jangan membunuhnya. Asiah meninggal setelah diseksa oleh suaminya, yang dapat tahu bahawa isterinya telah memeluk agama tauhid.[3]

Asia (digambarkan dengan rambut hitam yang panjang mengurai, terjumpa Musa dalam bekas semasa bersiram di Sungai Nil.[4] Pakaian mereka ada pada pohon dan arus air dilukis dengan gaya lukisan China. Ilustrasi ini dipetik daripada Jami' al-tawarikh

Riwayat hidup sunting

Menurut riwayat, Asiah datang daripada keluarga yang kaya dan beliau merupakan wanita yang cantik dan murah hati. Perkahwinannya kepada Firaun dirancangkan oleh keluarganya. Dan tidak seperti suaminya, beliau amat rendah diri dan menerima kepercayaan yang Musa dan Harun AS utuskan. Walaupun beliau amat kaya, Asiah tidak bersifat angkuh seperti Firaun. Beliau sedar bahawa pegangan agama lebih penting dan telah dinaung Allah SWT daripada kalangan orang sezaman dengannya.

Pengambilan Musa sebagai anak angkat sunting

Asiah dan dayang-dayangnya sedang berada di sungai Nil. Pada ketika itu, mereka terjumpa sebuah peti yang hanyut dalam sungai tersebut. Asiah pun suruh ia dibawa ke tebing sungai. Dayang-dayangnya ingatkan ia harta, namun mereka terjumpa seorang bayi lelaki, Musa. Asiah terus bertaruh kasih sayang terhadap Musa. Beliau kemudian beritahu kepada Firaun tentangnya. Peristiwa ini termaktub di dalam Al-Quran.

Dan berkatalah isteri Firaun: "(Semoga ia menjadi) cahaya mata bagiku dan bagimu; janganlah kamu membunuhnya; mudah-mudahan ia berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak". Padahal mereka tidak menyedari (kesudahannya).

— Quran: Surah Al-Qasas, ayat 9[5]

Asiah kemudian menjemput seorang ke istana sebagai ibu susuannya dan mengupah dia atas khidmatnya, tanpa Asiah menyedari itu sebenarnya ibu Musa.[6][7]

Kematian sunting

Selepas melihat seorang wanita yang menerima agama Musa diseksa Firaun, beliau mengisytiharkan bahawa beliau sendiri pun memeluk agama tauhid, dan Asiah enggan mengakui yang Firaun itu tuhan. Asiah akhirnya dihukum seksa sehingga mati oleh Firaun.[8]

Peninggalan sunting

Asiah ialah seseorang yang kukuh kepercayaannya terhadap Allah, walaupun beliau isteri kepada Firaun. Menurut hadis, beliau akan berada di kalangan wanita pertama yang dapat masuk syurga kerana beliau menerima seruan tauhid Musa dan menolak kepercayaan Firaun. Al-Quran ada menyebut Asiah sebagai conth kepada semua orang Islam[7][9][10]

Dan Allah membuat perumpamaan kepada orang-orang yang beriman, iaitu: berkenaan isteri Firaun, ketika ia berkata: "Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam Syurga, dan selamatkanlah daku daripada Firaun dan perbuatannya, serta selamatkanlah daku daripada kaum yang zalim"

— Al-Quran, surah 66 (At-Tahrim), ayat 11[11]

Abu Musa Asya'ari meriwayatka bahawa Nabi Allah, Muhammad SAW bersabda, Yehoyaqim

Ramai lelaki mencapai tahap sempurna (dalam kerohanian tanpa pangkat kenabian atau kerasulan), akan tetapi tidak (ramai) mencapai tahap sempurna (dalam kerohanian) selain Maryam binti ‘Imran dan Asiah isteri Firaun.

— Sahih Al-Bukhari Hadis 7.329[1]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Muhammad al-Bukhari. Sahih Al-Bukhari Translated into English Prose by Muhammad Muhsin Khan.Hadith 7.329
  2. ^ Encyclopaedia of the Qur’an. Leidan: Brill, 2001.
  3. ^ Stowasser, B.F. (1994). Women in the qur’an, traditions, and interpretation. New York: Oxford University Press. 57
  4. ^ Avner Gilʻadi (1999). Infants, Parents and Wet Nurses: Medieval Islamic Views on Breastfeeding and Their Social Implications. Brill Publishers. ISBN 9789004112230.
  5. ^ Quran 28:9:(Here is) joy of the eye, for me and for thee: slay him not. It may be that he will be use to us, or we may adopt him as a son." And they perceived not (what they were doing)
  6. ^ Ṭabarī; Brinner, William M. (1991). The children of Israel. SUNY Press. ISBN 0-7914-0688-1.
  7. ^ a b Wheeler, Brannon M. (2002). Prophets in the Quran: an introduction to the Quran and Muslim exegesis. Continuum International Publishing Group. ISBN 0-8264-4957-3.
  8. ^ Renard Although the Quran says that she prayed to God to save her from Pharaoh and some Muslim traditions even say that she was migrated when Moses was delivering the Israelites., John (1998). Windows on the house of Islam: Muslim sources on spirituality and religious life. University of California Press: Continuum International Publishing Group. ISBN 0-520-21086-7.
  9. ^ Renard, John (1998). Windows on the house of Islam: Muslim sources on spirituality and religious life. University of California Press. ISBN 0-520-21086-7.
  10. ^ Turfe, Tallal Alie (1996). Patience in Islam: sabr. TTQ, INC. ISBN 1-879402-32-7.
  11. ^ Quran 66:11: "And God sets forth, as an example to those who believe the wife of Pharaoh: Behold she said: 'O my Lord! Build for me, in nearness to Thee, a mansion in the Garden, and save me from Pharaoh and his doings, and save me from those that do wrong':"