Astro 25 merupakan saluran Pop-Up yang menyiarkan rancangan hiburan, siri, filem, gaya Hidup, dokumentari dan pelbagai lagi yang telah ditayangkan di semua saluran Astro hampir 25 tahun bersama. Saluran Pop-Up ini beroperasi selama 24 jam setiap hari bagi perkhidmatan satelit rangkaian Astro serta menyediakan konsert istimewa ulang tahun mereka yang hanya berada dirumah berikutan dengan pandemik COVID-19 melanda iaitu ASTRO 25 CONCERT (Bersiaran serentak di Astro Ria). Saluran ini telah mula bersiaran pada tarikh 16 Ogos 2021 hingga 3 Oktober 2021, saluran ini telah diikuti sempena ulang tahun Astro yang ke - 25[3] dan bersempena dengan Hari Kebangsaan Malaysia ke-64 dan Hari Malaysia ke-58. Astro 25 tersedia dalam HD di Saluran 100 (HD) percuma untuk semua pelanggan di Astro, NJOI (hanya menggunakan pakej HD sahaja) dan juga di Astro GO.

Astro 25
NegaraMalaysia
Kawasan siaranMalaysia
Ibu pejabatBukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia
Pengaturcaraan
Format gambar16:9 HDTV (1080i)
Pemilikan
PemilikAstro Malaysia Holdings
Sejarah
Dilancarkan
  • 27 Disember 2008; 15 tahun yang lalu (2008-12-27)
  • 28 Disember 2010; 13 tahun yang lalu (2010-12-28)
  • 10 Oktober 2016; 7 tahun yang lalu (2016-10-10)
    (sebagai Astro Fiesta)
  • 16 Ogos 2021; 2 tahun yang lalu (2021-08-16)
    (sebagai Astro 25)
  • 10 Mei 2024; dalam masa 12 hari (2024-05-10)
    (sebagai Astro Heroes)[1]
Ditutup
  • 18 Januari 2009; 15 tahun yang lalu (2009-01-18)
  • 6 Januari 2011; 13 tahun yang lalu (2011-01-06)
  • 31 Disember 2016; 7 tahun yang lalu (2016-12-31)
    (sebagai Astro Fiesta)
  • 4 Oktober 2021; 2 tahun yang lalu (2021-10-04)
    (sebagai Astro 25)
  • 10 Jun 2024; dalam masa 43 hari (2024-06-10)
    (sebagai Astro Heroes)[2]

Sebagai Astro Fiesta sunting

 
Logo pada kali pertama dan kali kedua
 
Logo pada kali ketiga

Kali pertama sunting

Pada 27 Disember 2008 yang lalu, Astro telah melancarkan satu saluran Pop-up pertama mereka dan percuma untuk seluruh pelanggan setianya yang berterima kasih atas sokongan dan ia melancarkan satu saluran diberi nama Astro Fiesta. Astro Fiesta ialah satu saluran yang menampilkan filem hebat dan konsert dari seluruh dunia, acara-acara berprestij dan program-program khas yang bermula pada 27 Disember 2008 - 18 Januari 2009 dalam dua saluran di 808 dan 809 dalam definisi standard.

Kali kedua sunting

Pada 28 Disember 2010, Astro telah membuat kembali saluran Astro Fiesta yang formatnya sama tetapi pelanggannya dapat menonton dalam 2 saluran dalam berlainan definisi iaitu saluran 100 (dalam definisi tinggi "HD" ) yang mempunyai Astro B.yond dan saluran 120 (dalam definisi standard) bagi sama ada mempunyai set dekoder Astro B.yond atau tidak dan saluran ini sehingga 6 Januari 2011.

Kali Terakhir sunting

Pada 10 Oktober 2016 yang bersempena dengan Ulang tahun yang ke-20 nya, Astro telah menukar logo Astro Fiesta dan disertakan dengan berubahan konsep dan format yang amat berbeza. Ia mengajikan konsert-konsert berprestij di Malaysia dan antarabangsa dalam saluran 996 dan 998 (HD) sehingga 31 Disember 2016[4] dan nama Astro Fiesta tidak diumumkan kembali sehingga kini. Astro Fiesta telah dijenamakan semula sebagai Astro Heroes dan telah rasmi memulakan siaran pada 10 Mei 2024 sehingga 9 Jun 2024 melalui saluran 100 (HD) khas untuk pelanggan Astro sahaja bersempena dengan ulang tahun Astro yang ke -28.[5]

Lihat lagi sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Astro Media Solutions (17 April 2024). "2024 Mid Year Offer: The BIGGEST SALE in Advertising across Astro Universe". Astro Media Solutions.
  2. ^ Astro Media Solutions (17 April 2024). "2024 Mid Year Offer: The BIGGEST SALE in Advertising across Astro Universe". Astro Media Solutions.
  3. ^ "Astro saji lebih 150 tajuk istimewa sempena ulang tahun ke 25". www.astroawani.com. Dicapai pada 2024-04-23.
  4. ^ "Siaran Percuma Astro Fiesta Mulai Esok - Hiburan | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2016-10-10. Dicapai pada 2024-04-23.
  5. ^ Astro Media Solutions (17 April 2024). "2024 Mid Year Offer: The BIGGEST SALE in Advertising across Astro Universe". Astro Media Solutions.