Atap bertam merupakan sejenis atap sesuatu binaan yang diperbuat daripada daun bertam. Pada asasnya atap bertam terdiri daripada "tulang" atau dikenali sebagai "bengkawan", yang diperbuat daripada buluh yang diraut ataupun kayu kecil yang daun bertam dianyam padanya bagi membentuk seperti sayap dan dijahit dengan menggunakan rotan ataupun kulit bemban untuk mengikatnya. Pada masa kini, kerana sukar untuk mendapatkan kulit pokok bemban tersebut, tali plastik atau nilon digunakan bagi menyemat atap.

Fail:Beranda-beratap-daun-bertam.jpg
Gambar beranda atap bertam diambil dari Fotopages http://shw.dangau-puncak.fotopages.com/19827167/beranda-beratap-daun-bertam.html Diarkibkan 2016-03-04 di Wayback Machine

Setiap atap bertam biasanya mempunyai panjang kira-kira 1.5 meter hingga 1.8 meter dan daunnya perlu dilipat agar sama panjang untuk mencantikkan atap yang dihasilkan. Seorang pembuat atap yang mahir, mampu menghasilkan sebanyak 80 hingga 90 keping atap sehari kerana kerja membuatnya memerlukan pemerhatian yang rapi.

Atap bertam yang dibuat menggunakan hanya selapis daun digelar atap kudi atau "kelarai", sementara atap yang diperbuat daripada dua lapis daun dikenali sebagai atap pakai atau "mata ketam". Atap mata ketam adalah lebih tebal dan tahan daripada atap kudi, tetapi harganya adalah lebih tinggi.

Penggunaannya

sunting

Atap bertam merupakan bahan atap yang paling meluas digunakan pada binaan tradisional di Malaysia pada masa dahulu.[1] Atap ini cepat rosak dan perlu diganti setiap 10 - 15 tahun sekali. Bagaimanapun bagi kerosakan kecil, cuma kepingan atap yang rosak perlu diganti. Selain daun bertam, daun nipah juga turut digunakan bagi menghasilkan atap nipah.


Kelebihan

sunting

Atap bertam memiliki kelebihan kerana ia lebih sejuk kerana ia tidak menyimpan haba sebagaimana atap genting.[2]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting