Atap rumbia merupakan sejenis atap sesuatu binaan yang diperbuat daripada daun rumbia. Pada asasnya atap rumbia terdiri daripada "tulang" atau dikenali sebagai "bengkawan", yang diperbuat daripada buluh yang diraut ataupun kayu kecil yang dilipat daun rumbia bagi membentuk seperti sayap dan dijahit dengan menggunakan rotan ataupun kulit bemban untuk mengikatnya. Pada masa kini, kerana sukar untuk mendapatkan kulit pokok bemban tersebut, tali plastik atau nilon digunakan bagi menyemat atap.

Atap rumbia.

Setiap atap rumbia biasanya mempunyai panjang kira-kira 1.5 meter hingga 1.8 meter dan daunnya perlu dilipat agar sama panjang untuk mencantikkan atap yang dihasilkan. Seorang pembuat atap yang mahir, mampu menghasilkan sebanyak 80 hingga 90 keping atap sehari kerana kerja membuatnya memerlukan pemerhatian yang rapi.

Atap rumbia yang dibuat menggunakan hanya selapis daun digelar atap kudi atau "kelarai", sementara atap yang diperbuat daripada dua lapis daun dikenali sebagai atap pakai atau "mata ketam". Atap mata ketam adalah lebih tebal dan tahan daripada atap kudi, tetapi harganya adalah lebih tinggi.

Penggunaannya

sunting

Atap rumbia merupakan bahan atap yang paling meluas digunakan pada binaan tradisional di Malaysia pada masa dahulu.[1] Atap ini cepat rosak dan perlu diganti setiap 10 - 15 tahun sekali. Bagaimanapun bagi kerosakan kecil, cuma kepingan atap yang rosak perlu diganti. Selain daun rumbia, daun nipah juga turut digunakan bagi menghasilkan atap nipah.

Pada era 50 - 70-an istilah atap nipah membawa erti orang miskin, yang dapat dilihat dalam buku berjudul Atap Genting Atap Rumbia.[2]

Kelebihan

sunting

Atap rumbia memmiliki kelebihan kerana ia lebih sejuk kerana ia tidak menyimpan haba sebagaimana atap genting.[3] Bagi atap rumbia gred satu yang menggunakan bilangan daun yang banyak dan rapat-rapai, ia mampu tahan lebih daripada sepuluh tahun berbanding atai nipah yang perlu ditukar setiap tiga hingga lima tahun sekali, bagi atap nipah yang tidak diproses. Bagaimanapun harganya yang rendah mengurangkan kos penggantiannya. Bagi atap daripada daun nipah yang direndam pula, ia mampu bertahan antara enam hingga lapan tahun. Atap daripada daun nipah yang direndam juga lebih mudah disusun kerana lebih lembut dan tidak mudah patah apabila dilipat.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Rumah-rumah tradisional Melayu.
  2. ^ "Atap Genting Atap Rumbia (Edisi Pelajar)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-05-04. Dicapai pada 2010-03-22.
  3. ^ Kosmos - Rumah jadi lebih nyaman.