Awang Mahyan Awang Mohamad

Awang Mahyan Awang Mohamad (dilahirkan pada 1950) merupakan bekas jurulatih pasukan bolasepak Sarawak dalam Liga Malaysia pada 1988-1990. Beliau telah mencipta slogan 'Ngap Sayot' untuk menyuntik semangat pasukan bola sepak negeri itu.[1] Ngap Sayot bermaksud pasukan lawan mudah dikalahkan. Frasa ini turut digunakan di sekolah-sekolah menengah tertentu di-sarawak.

Beliau pernah terjun ke dalam Sungai Sarawak bersama pemain-pemain skuad Sarawak FA apabila pasukan bolasepak Sarawak FA berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia 1988.[2] Pada masa tersebut agak sukar untuk negeri-negeri untuk melangkah ke Piala Malaysia kerana hanya 8 pasukan sahaja yang akan bertanding. Pasukan Sarawak FA berjaya berada dalam kedudukan no.6 teratas di kalangan 17 pasukan dalam carta Liga Malaysia 1988 dan layak automatik ke Suku Akhir Piala Malaysia 1988 kerana berada dalam 8 pasukan terbaik dalam liga.[3]

Pada 20 Mei 2010, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mahu menggunakan slogan Nyap Sayot. Ikrar itu sempena kemenangan DAP dalam Pilihan raya kecil Sibu 2010 dan bagi menghadapi Pilihan raya DUN Sarawak 2011.[4]

Pada 4 November 2017, beliau menjadi Jurulatih Sarawak pertama dianugerahkan Tokoh Sukan, Jurulatih Sepanjang Zaman oleh Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia atas pencapaian terbaik beliau sepanjang menjadi jurulatih ketika membawa Sarawak mara ke separuh akhir Piala Malaysia pada 1988.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ Mimi, Sabreena. "HENTI EKSPERIMEN, SARAWAK PERLU PASUKAN MANTAP: AWANG MAHYAN". Mukah Pages. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 February 2022. Dicapai pada 12 February 2022.
  2. ^ Hafizul, Hakim. "Awang Mahyan: BAPA REVOLUSI BOLA SEPAK SARAWAK". Shoot Sampei Bisak. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 February 2022. Dicapai pada 12 February 2022.
  3. ^ Malaysia 1988 | RSSSF
  4. ^ Bernama, News. "Awang kesal Pakatan guna 'Ngap Sayot'". Malaysia Kini. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 February 2022. Dicapai pada 12 February 2022.
  5. ^ Harry, Ilias. "Awang Mahyan terima pengiktirafan tertinggi". Utusan Borneo Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 February 2022. Dicapai pada 12 February 2022.