Babad Dinasti Joseon (Korea:조선왕조실록 Joseonwangjosillok) dikenali juga sebagai "Catatan Benar Dinasti Joseon", adalah dokumen bersejarah yang melakarkan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di setiap tahun pemerintahan raja-raja Dinasti Joseon, bermula dengan pemerintahan Raja Taejo, pengasas dinasti tersebut hingga ke raja terakhir, Raja Cheoljong. Babad ini ditulis selama 472 tahun dari 1392 hingga 1863 dan dianggap oleh ahli sejarah sebagai dokumen bersejarah yang penting kerana ia berjaya merakamkan pemerintahan sebuah dinasti yang telah memerintah dengan lama pada satu masa.[1]


Apabila seorang raja meninggal dunia, catatan mengenai raja itu akan dimulakan selepas pertabalan raja yang baharu oleh Pejabat Penyusunan Babad Sillokcheong.

Selain menuliskan tentang sejarah raja-raja Joseon, babad ini juga mencatit peristiwa sehari-harian di istana seperti laporan harian pejabat, perintah-perintah raja dan kejadian-kejadian lain. Ketika seorang raja mangkat, ditulis kompilasi catatan sementara dan babad dari masa pemerintahannya diterbitkan dan kemudian diarkibkan dalam tempat yang dijaga dengan ketat.

Keseluruhan muka surat babad itu disimpan di empat buah tempat penyimpanan yang terletak di pegunungan di seluruh wilayah, antaranya di Gunung Jeongjok, Taebaek, Jeoksan, dan Odae. Pada peristiwa penyerbuan Jepun dan Manchu, beberapa catatan musnah, tetapi ditulis dan dicetak semula.[2] Serta tersedia di jalur lebar.[3]

RujukanSunting

  1. ^ "력사에 류례없는 구출작전". Uriminzokkiri (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada asal pada 2019-07-01. Dicapai 2019-07-01. 
  2. ^ "E-Annals Bring Chosun History to Everyman". Chosun Ilbo. 27 January 2006. Dicapai 17 Ogos 2019. 
  3. ^ "The Annals of the Choson Dynasty". The Annals of the Choson Dynasty. Dicapai 17 Ogos 2019. 

Pautan luarSunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.