Bae Su-ji (lahir 10 Oktober 1994), lebih dikenali sebagai Suzy, ialah seorang penyanyi dan pelakon wanita Korea Selatan. Beliau merupakan bekas ahli kumpulan wanita, miss A di bawah JYP Entertainment.

Bae Suzy
Suzy pada bulan Februari 2018
Kelahiran
Bae Suji

(1994-10-10) 10 Oktober 1994 (umur 29)
Nama lainBae Suzy
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • pelakon
  • model
Kerjaya muzik
Genre
Instrumen
Tahun aktif2010–sekarang
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Laman sesawang
suzy.jype.com
Nama Korea
Hangul배수지
Hanja裵秀智
Perumian SemakanBae Su-ji
McCune–ReischauerPae Su-chi
Nama panggung
Hangul수지
Perumian SemakanSu-ji
McCune–ReischauerSu-chi
Tandatangan

Kehidupan awal sunting

Suzy lahir di daerah Buk, Gwangju, Korea Selatan pada 10 Oktober 1994 kepada Bae Wan-young dan Jeong Hyun-sook. Beliau mempunyai seorang kakak bernama Su-bin dan seorang adik lelaki bernama Sang-moon.[1] Beliau menghadiri Sekolah Tinggi Seni Persembahan Seoul. Sebelum membuat kemunculan pertama sebagai penyanyi, beliau merupakan seorang model beli belah dalam talian.[2] Pada tahun 2009, beliau menjalani ujibakat untuk pertandingan nyanyian Mnet, Superstar K dan berjaya melepasi pusingan awal sebelum akhirnya tersingkir. Walau bagaimanapun, beliau berjaya menarik perhatian seorang pencari bakat dari JYP Entertainment dan tidak lama selepas itu beliau menjadi seorang pelatih di label rakaman tersebut.[3] Selepas latihan selama setahun, beliau dipasangkan bersama Fei dan Jia. Selepas penambahan Min ke dalam kumpulan ini, keempat-empat mereka membuat persediaan untuk membuat kemunculan pertama sebagai kumpulan miss A.

Kerjaya sunting

miss A sunting

Pada bulan Mac 2010, Suzy menyertai Fei dan Jia untuk membentuk kumpulan miss A. Ketiga-tiga mereka memulakan aktiviti promosi rasmi pertama di China sebagai sebuah kumpulan dengan menandatangani bersama kumpulan Samsung Electronics di China. Kumpulan ini mengeluarkan sebuah lagu yang digunakan di dalam iklan "Love Again" untuk Samsung Beat Festival. Lagu ini ditulis oleh komposer Korea, Super Changddai dan video muzik diarahkan oleh Hong Won-ki. Kumpulan ini kemudiannya disertai oleh ahli keempat, Min.

Kumpulan ini membuat penampilan pertama mereka pada bulan Julai 2010 melalui JYP Entertainment dengan lagu single, "Bad Girl Good Girl". Selepas promosi selama tujuh minggu, kumpulan ini kembali pada bulan Oktober dengan lagu baru, "Breathe" dari album Step Up. Mereka mempromosi lagu ini selama sebulan sebelum membuat persembahan pentas terakhir pada 7 November.

Kumpulan ini kemudiannya kembali pada bulan Julai 2011 menerusi album studio pertama mereka, A Class dan lagu "Good Bye Baby". Kumpulan ini kemudiannya membuat persembahan terakhir pada awal bulan September sebelum memberi tumpuhan terhadap aktiviti luar negara. Pada bulan Februari 2012, mereka kembali dengan gaya baru muzik melalui album Touch.

Juga pada tahun 2012, mereka mengeluarkan album Independent Women Pt.III. Pada 6 November 2013, miss A kembali selepas lebih daripada setahun dengan album studio kedua mereka, Hush. Pada 30 Mac 2015, kumpulan ini mengeluarkan sebuah lagi lagu yang mengungguli carta bertajuk "Only You" yang diterbitkan oleh Black Eyed Pilseung dari album mini mereka, Colors.

2010–2012 sunting

 
Suzy pada bulan Oktober 2012

Pada bulan Oktober 2010, Suzy menjadi pengacara rancangan muzik MBC, Show! Music Core bersama-sama Minho dan Onew dari SHINee dan Jiyeon dari T-ara. Suzy juga mengacarakan rancangan-rancangan lain seperti Inkigayo, M! Countdown, M! Countdown Hello Japan, Anugerah Muzik Seoul ke-21, Anugerah Golden Disk ke-26 bersama Lee Hong-ki dan Anugerah Mnet 20's Choice bersama Song Joong-ki dimana beliau memenangi satu anugerah untuk kategori "Bintang Baru Terhangat 2011".

Selain daripada aktiviti kumpulan, Suzy juga menceburi bidang lakonan. Beliau membuat penampilan lakonan pertamanya sebagai Go Hye-mi di dalam drama Dream High yang disiarkan menerusi saluran KBS2 dari 3 Januari sehingga 28 Februari. Suzy juga mengeluarkan sebuah lagu runut bunyi asal untuk drama ini bertajuk "Winter Child". Drama ini mencapai kejayaan Korea Selatan dengan mencatat rating tontonan yang tinggi dan juga mencapai populariti di negara-negara lain.[4] Di Anugerah Drama KBS, Suzy memenangi anugerah Pelakon Baru Wanita Terbaik serta anugerah Pasangan Terbaik bersama Kim Soo-hyun.

Pada bulan Oktober 2011, Suzy menjadi ahli rancangan realiti TV KBS2, Invincible Youth 2. Rancangan realiti ini mula menjalani penggambaran episod pertamanya pada 19 Oktober dan mula disiarkan pada 11 November.[5] Pada 22 Mac 2012, beliau membuat penampilan filem pertamanya di dalam filem Architecture 101 sebagai Seo yeon sewaktu muda. Pada tahun yang sama, Suzy melakonkan watak sokongan di dalam drama Big yang dibintangi oleh Gong Yoo dan Lee Min-jung.

Beliau juga menjadi selebriti wanita Korea Selatan pertama untuk memenangi anugerah rookie penyanyi, drama dan filem selepas menerima anugerah Pelakon Baru Wanita Terbaik di Anugerah Seni Baeksang ke–48 untuk persembahan lakonannya di dalam Architecture 101.[6] Pada 22 Disember 2012, Suzy memenangi anugerah Pendatang Baru Terbaik di dalam kategori aneka ragam di Anugerah Hiburan KBS untuk peranan beliau di dalam Invincible Youth 2.[7]

2013–2016 sunting

 
Suzy pada bulan Julai 2014

Pada tahun 2013, beliau membintangi drama sejarah, Gu Family Book bersama Lee Seung-gi.[8] Beliau memenangi anugerah Kecemerlangan Tertinggi di Anugerah Drama MBC dan anugerah Pelakon Wanita Cemerlang di Anugerah Drama Antarabangsa Seoul untuk persembahan lakonannya di dalam drama ini. Beliau juga muncul di dalam Healing Camp menjadikan beliau tetamu termuda di dalam rancangan ini. Suzy juga membuat penampilan kameo di dalam drama SBS, My Love from the Star.

Pada bulan Mei 2014, Suzy telah dipilih untuk membintangi filem The Sound of a Flower (2015) sebagai Jin Chae-sun, penyanyi Pansori wanita pertama Korea.[9] Filem ini menggambarkan perjuangan seorang penyanyi yang tidak dibenarkan melakukan persembahan di khalayak ramai kerana jantinanya semasa era Joseon. Untuk membuat persediaan melakonkan watak ini, Suzy menerima latihan pansori selama setahun.[10] Pada tahun yang sama, Suzy berkolaborasi bersama penyanyi-pelakon Taiwan, Show Luo untuk lagu "Together In Love" dari album "Reality Show".[11]

Pada bulan Januari 2016, Suzy mengeluarkan sebuah lagu bertajuk "Dream" bersama Baekhyun dari EXO.[12] Lagu ini menduduki tempat pertama di dalam carta digital mingguan Gaon dan memenangi anugerah Kolaborasi Terbaik di Anugerah Muzik Asia Mnet. Beliau kemudiannya membintangi drama melo-romantik KB2, Uncontrollably Fond bersama Kim Woo-bin.[13] Suzy juga mengeluarkan dua lagu runut bunyi asal untuk drama ini termasuk sebuah lagu yang ditulis olehnya sendiri.[14] Pada bulan September 2016, patung lilin Suzy di Madame Tussauds Hong Kong telah dipamerkan.[15] Beliau merupakan selebriti wanita Korea pertama untuk mendapat patung lilinnya sendiri di Madame Tussauds.[16]

2017–sekarang sunting

Pada awal tahun 2017, Suzy membuat penampilan pertamanya sebagai artis solo menerusi album bertajuk Yes? No?.[17] Pada bulan Februari 2017, Suzy mengeluarkan sebuah lagu duet bersama Park Won bertajuk "Don't Wait for Your Love".[18] Suzy kemudiannya membintangi bersama Lee Jong-suk di dalam drama fantasi thriller, While You Were Sleeping yang mula disiarkan pada bulan September 2017.[19] Drama ini merupakan kolaborasi kedua diantara Suzy dan penulis skrip, Park Hye-ryun selepas bekerja bersama-sama di dalam drama tahun 2011, Dream High.[20]

Pada awal tahun 2018, ianya telah diumumkan bahawa Suzy akan membuat kemunculan kembali pada lewat bulan Januari.[21] Pada 22 Januari, Suzy mengeluarkan lagu bertajuk "In Love with Someone Else". Suzy mengeluarkan album keduanya bertajuk Faces of Love pada 29 Januari bersama lagu "Holiday". Pada 14 Februari, Suzy mengeluarkan sebuah video muzik untuk lagu "SoBer".[22]

Diskografi sunting

EP sunting

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Peranan
2012 Architecture 101 Yang Seo-yeon (muda)
2015 The Sound of a Flower Jin Chae-sun
2017 Real Pencacah tatu (kameo)

Drama sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran
2011 Dream High Go Hye-mi KBS2
Human Casino (Drama Special) Kameo
2012 Dream High 2 Suzy (kameo)
I Need a Fairy Pelakon (kameo)
Big Jang Ma-ri
2013 Gu Family Book Dam Yeo-wool MBC
2014 My Love from the Star Go Hye-mi (kameo, episod 17) SBS
2016 Uncontrollably Fond Noh Eul KBS2
2017 While You Were Sleeping Nam Hong-ju SBS
2019 Vagabond Go Hae-ri
2020 Start-Up Seo Dal-mi tvN

Rujukan sunting

  1. ^ 뭇 남성 사로잡은 첫사랑 아이콘 미쓰에이 수지. The Donga Ilbo (dalam bahasa Korea). Disember 2012. Dicapai pada 24 September 2018.
  2. ^ 미쓰에이 수지 데뷔 전 쇼핑몰 모델 활동…사진봤더니 [miss A's Suzy shopping mall model past photos revealed]. The Donga Ilbo (dalam bahasa Korea). 17 Disember 2010. Dicapai pada 24 September 2018.
  3. ^ "'미쓰에이' 수지, "슈퍼스타K 오디션장에서 캐스팅 됐다"" [miss A's Suzy: "I was launched by Superstar K"]. Hankyung (dalam bahasa Korea). 3 April 2012. Dicapai pada 24 September 2018.
  4. ^ "탄력받은 '드림하이', 1인자 굳히기?". Osen (dalam bahasa Korea). 19 Januari 2011. Dicapai pada 24 September 2018.
  5. ^ "Full cast list for 'Invincible Youth 2'". inNews (dalam bahasa Korea). 18 Oktober 2011. Dicapai pada 24 September 2018.
  6. ^ "Suzy wins 'Best New Actress' award". Yahoo News. 28 April 2012. Dicapai pada 24 September 2018.
  7. ^ "Suzy wins one last award for 2012". Korea JoongAng Daily. 24 Disember 2012. Dicapai pada 24 September 2018.
  8. ^ "Lee Seung-gi and Suzy to star in drama". Korea JoongAng Daily. 1 Februari 2013. Dicapai pada 24 September 2018.
  9. ^ "Suzy finishes filming for period movie". Korea JoongAng Daily. 9 Januari 2015. Dicapai pada 24 September 2018.
  10. ^ "Review: Suzy shows a new side in historical film". Korea JoongAng Daily. 27 November 2015. Dicapai pada 24 September 2018.
  11. ^ "Show Luo releases new MV with Miss A's Suzy". Yahoo News. 26 November 2015. Dicapai pada 24 September 2018.
  12. ^ "Baekhyun, Suzy duet to premiere". Korea JoongAng Daily. 4 January 2016. Dicapai pada 24 September 2018.
  13. ^ "Suzy lands lead role in new drama on KBS". Korea JoongAng Daily. 14 Mac 2016. Dicapai pada 24 September 2018.
  14. ^ "miss A's Suzy Becomes A Singer-Songwriter For "Uncontrollably Fond"". Soompi. 3 Ogos 2016. Dicapai pada 24 September 2018.
  15. ^ "Suzy Bae unveils world- first wax figure of herself". Madametussauds.com. 13 September 2016. Dicapai pada 24 September 2018.
  16. ^ "Suzy to Get Place in Hong Kong Wax Museum". The Chosun Ilbo. 12 Julai 2016. Dicapai pada 24 September 2018.
  17. ^ "Suzy returns to music to make solo debut". Korea JoongAng Daily. 10 Januari 2017. Dicapai pada 24 September 2018.
  18. ^ "Park Won and Suzy to collaborate on single". Korea JoongAng Daily. 18 Februari 2017. Dicapai pada 24 September 2018.
  19. ^ "Lee Jong-suk, Su-zy to Star in New TV Series This Fall". The Chosun Ilbo. 5 Ogos 2017. Dicapai pada 24 September 2018.
  20. ^ "Singer-actress Suzy cast in new SBS series". Yonhap News Agency. 28 November 2016. Dicapai pada 24 September 2018.
  21. ^ "Suzy to release EP 'Faces of Love'". Kpop Herald. 16 Januari 2018. Dicapai pada 24 September 2018.
  22. ^ "Suzy's photos for 'SObeR'". Kpop Herald. 29 Januari 2018. Dicapai pada 24 September 2018.

Pautan luar sunting