Balan ialah bentuk muka bumi yang terbentuk di jasad air yang mengalir dan sentiasa cetek.[1] Ia merupakan tempat yang cetek di sungai di mana air mengalir dengan deras dengan melepasi beberapa halangan seperti batu.[2] Walaupun begitu dalam geologi, balan mempunyai ciri-ciri tertentu. Istilah padanan bagi balan dalam bahasa Inggeris ialah riffle. Balan selalu dijumpai dengan aliran yang sangat rendah berbanding dengan aliran yang memenuhi sesebuah saluran (kira-kira dalam 10 hingga 20 peratus). Akibatnya, air yang bergerak melalui balan akan kelihatan cetek dan deras dan bergelombang.[3]

Balan

Kepentingan sunting

Balan sangat penting untuk kehidupan yang berada di sungai. Kebanyakannya spesies akuatik bergantung kepada balan dalam satu cara yang berbeza. Banyak spesies makroinveterbrata bentik bergantung kepada perairan yang mempunyai aliran oksigen dan tiada mendapan yang terdapat dalam balan. Terdapat banyak spesies ikan termasuk juga spesies yang jarai ditemui ataupun terancam pupus menggunakan balan sebagai tempat untuk bertelur. Selain daripada tempat bertelur untuk ikan, sekitar balan juga merupakan tempat makan yang produktif untuk ikan; dan seterusnya pemangsa lain akan memakan ikan. Balan juga berfungsi sebagai tempat "mengudarakan" air, iaitu menigkatkan jumlah oksigen yang terlarut dalm badan air.[4] Air dengan paras oksiegn terlarut yang tinggi dan agak stabil kebiasaannya dianggap sebagai ekosistem yang sihat kerana secara amnya, balan mampu menyokong biodiversiti yang lebih besar.

Balan menyediakan habitat dan rantaian makanan yang penting untuk semua organisam akuatik. Namun, manusia telah mengubah ekosistem akuatik di seluruh dunia memalui perubahan infrastruktur dan penggunaan tanah.[5] Gangguan manusia terhadap aliran sesuatu sungai atau saliran mampu mengurangkan saiz sedimen dan seterusnya mengakibatkan pengurangan pembentukan balan.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ Leopold, Luna; Wolman, M. Gordon (1957). "River channel patterns: Braided, meandering, and straight". Professional Paper 282-B. United States Geological Survey: 50. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  2. ^ "LakeSuperiorStreams - Riffles, runs and pools". www.lakesuperiorstreams.org. Dicapai pada 2022-02-22.
  3. ^ Wyrick, J. R.; Senter, A. E.; Pasternack, G. B. (2014-04-01). "Revealing the natural complexity of fluvial morphology through 2D hydrodynamic delineation of river landforms". Geomorphology. 210: 14–22. Bibcode:2014Geomo.210...14W. doi:10.1016/j.geomorph.2013.12.013. S2CID 129784282.
  4. ^ Gary Chapman (1986). Ambient Aquatic Life Water Quality Criteria for Dissolved Oxygen. U.S. Environmental Protection Agency, Office of Water Regulations and Standards. m/s. 3.
  5. ^ Cook, Danielle R.; Sullivan, S. Mažeika P. (2018). "Associations between riffle development and aquatic biota following lowhead dam removal". Environmental Monitoring and Assessment (dalam bahasa Inggeris). 190 (6): 339. doi:10.1007/s10661-018-6716-1. ISSN 0167-6369. PMC 5945803. PMID 29748723.
  6. ^ Salant, Nira L.; Schmidt, John C.; Budy, Phaedra; Wilcock, Peter R. (2012). "Unintended consequences of restoration: Loss of riffles and gravel substrates following weir installation". Journal of Environmental Management. 109: 154–163. doi:10.1016/j.jenvman.2012.05.013. ISSN 0301-4797. PMID 22728828.