Buka menu utama

Bandar Springhill merupakan sebuah perbandaran terancang di daerah Port Dickson, Negeri Sembilan, yang dibangun oleh West Synergy Berhad, sebuah syarikat pembangunan hasil kerjasama Chin Teck Plantations Berhad dan Malayan United Industries (MUI) Properties Sdn. Bhd., dilancarkan pada 1997. Seramai 11,000 orang penduduk menetap di sini. Kemudahan tempat ibadat telah dibina di Bandar Springhill iaitu sebuah masjid iaitu Masjid Kariah Bandar Springhill, dua surau di fasa 1 dan fasa 10, dan sebuah kuil di fasa 2. Kemudahan pendidikan merangkumi lima buah sekolah iaitu Sekolah Antarabangsa UCSI, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Bandar Springhill, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Bandar Springhill, Sekolah Kebangsaan Lukut dan Sekolah Menengah Kebangsaan Yam Tuan Radin.

Bandar Springhill terletak kira-kira 17 kilometer dari pusat bandar Port Dickson, 3 kilometer dari Lukut dan 23 kilometer dari Seremban. Lebuhraya Seremban-Port Dickson juga menghubungkan Bandar Springhill dengan kedua-dua bandar berikut.

Pekan BerhampiranSunting