Bandar Stargate

(Dilencongkan dari Bandar Star Gate)

Bandar Stargate merupakan sebuah bandar baru yang terletak berhampiran Tandop dan terletak di Jalan Plaza Tol, Alor Setar. Pembangunan ini dijalankan oleh syarikat YIKED-DXN Stargate Sendirian Berhad,[1] iaitu merupakan usaha sama DXN Holdings Berhad dan Yayasan Islam Kedah (YIKED).[2]

Projek ini didirikan di tanah seluas 124 hektar. Projek bandar baru ini menyasarkan pembinaan sebanyak 319 buah unit kedai, 1336 buah rumah, dan pangsapuri kos rendah sebanyak 500 buah kediaman.[2] Dijalankan dalam lima fasa, projek pembinaan dimulakan pada tahun 2007 dan dijangka siap pada tahun 2014.[1]

Selain itu sebuah pasar raya besar Tesco yang diberi nama Stargate turut didirikan di sini dengan kos sebanyak RM50 juta.Selain itu, kampus sementera Kolej Universiti INSANIAH juga turut beroperasi disini .[3]

Rujukan sunting

  1. ^ a b (Inggeris) "Our Profile". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-10-22. Dicapai pada 1 Februari 2011.
  2. ^ a b (Inggeris) "RM504m project to transform Alor Star". Dicapai pada 1 Februari 2011.
  3. ^ (Inggeris) "Tesco plans 3 more stores in Penang, Kedah". Dicapai pada 1 Februari 2011.[pautan mati kekal]